Dari sahabat untuk sahabat: Sebuah Perkongsian

“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan salat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.”

[al-Baqarah:177]

Nak jadi orang yang baik? Jadi kena laksanakan solat. Sejak kita kecil, kita telah diajar tentang kewajipan solat selepas lidah kita diajar melafazkan kalimah syahadah. Solat adalah ibadah yang ditentukan waktunya terhadap orang-orang yang beriman. Jadi beriman atau tidaknya seseorang itu dapatlah kita lihat kepada solatnya. Tatkala solatlah kita berada paling dekat dengan pencipta kita. Pada saat inilah kita luahkan segalanya. Ia juga merupakan salah satu cara kita bermunajat dan berzikir kepada ALLAH.

Namun solat bukanlah sekadar melakukan pergerakan dan membaca zikir, tapi setelah hati berniat, jiwa kita juga perlu merasai kemanisan solat itu. Jika tidak solat itu hanya akan tinggal solat semata-mata. Tidak semua yang solat memahami solatnya, ada yang hanya solat kerana kewajipan. Solat mereka cukup 5 waktu, kelihatan seperti mereka menjaga solatnya. Jadi bila ada yang mempersoalkan, akan kedengaran jawapan seperti ini,

“Tidak mengapalah. Asalkan saya solat. Lebih baik dibandingkan dengan orang yang tidak solat langsung.”

Memang sekali pandang, akan nampak rasionalnya. Tetapi mengapa perlu dibandingkan dengan orang yang tidak solat? Itu hanyalah jawapan untuk menutup kelemahan sendiri. Kalau begitu, bila kita ke kedai makan, dan makanan yang dihidangkan kurang sedap, kita akan merungut bukan? Mengapa pada waktu itu kita tak cakap pada diri kita sendiri, biarlah kurang sedap pun, ada orang tu langsung tak dapat makan? Ataupun bila kita dilanda masalah, kita akan melatah, kenapa pada waktu tu kita tak cakap pada diri kita ada orang lain yang lebih teruk masalahnya?

Jadi janganlah kita mengambil langkah escapism dengan membandingkan dengan mereka yang lebih buruk. Kerana ALLAH telah mencela sesiapa yang lalai dalam solatnya.

“Maka celakalah orang yang solat, (yaitu) orang-orang yang lalai  terhadap solatnya.”

[Al-Maun, 4-5]

Jadi seperti yang tertulis dalam artikel Check semula solat kamu! [13 Mei 2010], marilah kita sama-sama renung kembali solat kita. Semoga ia menjadi benteng yang menghalang kita daripada melakukan kemungkaran. Bukannya hanya menjadi bayangan yang tidak mampu melindungi kita. Dari mana kita harus bermula? Adakah kita perlu buka semula buku mari belajar sembahyang? Kalau yang lelaki, diselak buku Mari Belajar Sembahyang untuk Lelaki, kalau perempuan, sebaliknya. TIDAK! Saya ulangi TIDAK.  Kalau begitu, kita perlu ikut cara orang lain sembahyang ke? Ikut ustaz? Ustazah? BUKAN.  Habis tu siapa?

Jawapannya mudah. Ikutlah Muhammad Bin Abdullah. Saat kamu ingin menilai semula solat kamu, inilah panduannya. Bukan ustaz lulusan Madinah, Mesir ataupun Jordan. Bukan yang diamalkan oleh ramai orang, tetapi ikutlah mereka yang mengajar menurut hadis-hadis rasulullah yang sahih.

“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat.”

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Jadi melalui hadis ini, jelaslah dua perkara. Untuk memastikan solat kita diterima dan tinggi kualitinya, caranya hanya satu, contohilah solat kekasih ALLAH Nabi Muhammad SAW.  Solat lelaki dan perempuan tiada BEZANYA. Kerana tiada hadis menyuruh kita mengikut cara solat Aisyah atau Fatimah. Tapi hanya hadis ini, solatlah kita sebagaimana rasulullah solat. Jadi pada kesempatan yang diberi ini, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya dapat daripada menonton VCD dan ceramah yang saya dengar mengenai ‘Mencontohi Sifat Solat Rasulullah’. Apa yang saya tulis adalah apa yang saya tulis adalah berdasarkan hadis-hadis sahih yang dikemukan. Tapi saya tidak mampu menulis secara penuh hadis tersebut, tapi insyaALLAH dengan pendengaran dan penglihatan yang ALLAH kurniakan, apa yang saya sampaikan bukanlah berlandaskan tok imam atau apa yang orang ramai buat, tapi adalah dengan berlandaskan sunnah dan AL-Quran. Jika ada yang tersilap, adalah amat dialu-alukan untuk membetulkannya. Kali ini, perkongsian saya adalah mengenai wudhu. Walapun saya bukanlah alim tentang agama, saya juga bukanlah pakar hadis, cuma mahu berkongsi dari seorang sahabat buat sahabat yang lain.

Kenapa kita wajib berwudhu? Kerana wudhu inilah yang menjadi titik mula paling utama dalam menyempurnakan solat kita.

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan salat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.

[Al-Maidah:6]

Dan terdapat juga hadis,

“Tidak akan diterima solat tanpa bersuci.”

[HR Muslim]

Jadi kita wajib mengambil wudhu’ sebelum menunaikan solat. Seterusnya adalah hadis-hadis mengenai kaifiyat berwudhu’. TIDAK ada hadis yang meriwayatkan bahawa kita perlu melafazkan niat untuk berwudhu’, yang ada adalah kita disuruh membaca bismillah sebelum memulakan pengambilan wudhu’.

1. Membaca “Bismillah” [Hadis Riwayat Abu Dawud, Sahih Ibnu Majah]

Selepas membaca bismillah, mulakanlah dengan membasuh kedua tangan.

2. Mencuci kedua telapak tangan sebanyak 3 kali. [Hadis Riwayat Bukhari Muslim]

Kemudian masukkanlah sedikit air ke dalam hidung dengan satu cedukan tangan kanan dan dikeluarkan semula. Ia diulang sebanyak tiga kali.

3. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung sebanyak tiga kali kemudian mengeluarkannya. [Hadis Riwayat Bukhari-Muslim]

Seterusnya barulah kita mencuci wajah sebanyak tiga kali.

4. Mencuci Wajah sebanyak tiga kali. [Hadis Riwayat Bukhari Muslim]

Setelah mencuci wajah, basuhlah tangan kita sehingga siku sebanyak tiga kali. Ia dimulakan dengan mencuci tangan kanan selepas itu tangan kiri.

5. Mencuci tangan kanan sampai siku tiga kali kemudian tangan kiri sampai siku tiga kali.                [Hadis Riwayat Bukhari Muslim]

Setelah itu, wudu diteruskan dengan mengusap bahagian kepala dan telinga. Caranya adalah kita mengambil air dengan kedua belah tangan dan membuangnya kembali. Dengan tangan yang masih basah itu, usaplah kepala dan telinga kita. Dimulakan dengan bahagian hujung tumbuh rambut bahagian depan sampai tengkuk, kemudian dikembalikan ke depan lagi. Kemudian terus mengusap telinga dengan memasukkan jari telunjuk ke dalam telinga dan mengusap bahagian luar telinga dengan ibu jari. Menurut hadis, ia hanya dilakukan sekali.

6. Mengusap kepala dan mengusap telinga sebanyak satu kali. [Hadis Riwayat Bukhari Muslim]

Akhir sekali, basuhlah kaki kita sehingga mata kaki (buku lali)  sebanyak tiga kali. Sama seperti tangan tadi, kita mulakan dengan tangan kanan. Dan sewaktu mencuci kaki ni, dianjurkan untuk menggosok kaki dengan tapak tangan untuk meratakan air dan biar air sampai pada anggota wudhu.

7. Mencuci kaki kanan sampai mata kaki sebanyak tiga kali kemudian mencuci kaki kiri sampai mata kaki sebanyak tiga kali. [Hadis Riwayat Bukhari Muslim]

Setelah itu disunnahkan untuk membaca doa yang bermaksud:

Aku bersaksi tiada sesembahan yang berhak disembah selain ALLAH. Tiada sekutu baginya dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusanNYA. [Hadis Riwayat Bukhari Muslim]

Begitulah caranya. Saya tiada kuasa untuk mengatakan apa yang kita lakukan selama ini menghukum salah apa yang kita buat selama ini, jika menurut hadis inilah kaifiyatnya. Kita hidup di dunia ini sebagai bekalan menuju akhirat dan apa yang melindungi sepanjang laluan itu adalah AL-Quran dan hadis. Jadi jika kita berpegang pada keduanya, insyaALLAH kita selamat.

Sampai di sini sahaja dahulu. InsyaALLAH jika diberi kesempatan, saya akan menyambung lagi. Semoga sedikit perkongsian memberi manfaat kepada pembacanya. Amin.

7 thoughts on “Dari sahabat untuk sahabat: Sebuah Perkongsian

  1. Assalamualaikum,

    niat tak perlu?
    bukan niat mengangkat hadas kecil itu merupakan salah satu rukun dalam wuduk?

    =)

    p/s : betulkan saya andai saya salah.

  2. bukan tak perlu niat, tak perlu ‘lafazkan’ niat…

    wallahualam, mungkin penulis ada jawapan lebih baik…

  3. jawapan sama seperti euforia.. =)
    niat itu penting dan perlu.. tetapi ‘lafaznya’ tidak.. maknanya tiada lafaz niat tertentu untuk mengambil wudhu’.. seperti “nawaitu wudhua… ” begitu juga dengan amalan lain.. cukup sekadar dengan lintasan dalam hati.. cuma untuk mengambil wudhu, ada hadis untuk membaca bismillah.. tetapi untuk melafazkan niat dengan bacaan tertentu, tiada contoh daripada rasulullah.. wallahualam.. =)

  4. jawapan sama seperti euforia.. =)
    niat itu penting dan perlu.. tetapi ‘lafaznya’ tidak.. maknanya tiada lafaz niat tertentu untuk mengambil wudhu’.. seperti “nawaitu wudhua… ” begitu juga dengan amalan lain.. cukup sekadar dengan lintasan dalam hati.. cuma untuk mengambil wudhu, ada hadis untuk membaca bismillah.. [setakat yang saya temui =)] tetapi untuk melafazkan niat dengan bacaan tertentu, tiada contoh daripada rasulullah.. wallahualam.. =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s