Soal hati:Segalanya demi Islamkah?

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Suatu hari saya buka email dan terdapat satu link video di youtube. Video yang membuatkan saya terdiam tanpa kata. Video yang membuatkan saya kembali memuhasabah diri dan segala yang dilakukan sehingga hari ini.

Betullah bak kata saudara Taqiyuddin,

syaitan itu takkan pernah berhenti mengganggu kita. Dari tidak solat, apabila kita solat, dilewatkannya solat kita. Apabila dikuatkan hati untuk solat di awal waktu, dilahirkan pula rasa malas menunggu rakan-rakan lain untuk berjemaah sekali.

Dalam perjuangan kita menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini juga, kita takkan pernah berhenti daripada menerima pelbagai ujian dan cabaran. Syaitan juga takkan pernah berhenti menyelewengkan hati-hati kita daripada kebenaran.

Selangkah kita bergerak melalui jalan dakwah ini, bukan bermakna kita sudah dijamin untuk berada di dalam syurgaNya yang abadi. Tak mustahil juga, selangkah kita berada dalam medan ini, beberapa langkah kita mendekati kemurkaanNya, juga nerakaNya. Berapa ramai abid dan daie yang  akhirnya memusnahkan diri mereka sendiri akibat perbuatan mereka. Maka, sebagai manusia yang sering terlupa dan berbuat salah, marilah kita sama-sama duduk sebentar dan muhasabah.

Lihatlah kembali saat-saat awal kita melangkah untuk membetulkan diri.

Kenapa kita memilih untuk menggabungkan diri dengan Islam?

Mengapa kita memilih untuk mengikut syariat Islam?

Mengapa kita memilih untuk tergolong dalam golongan yang menyampaikan Islam(dakwah) ini?

Soalan yang hanya hati kita dan Allah sahaja yang tahu jawapannya. Luaran kita mungkin serupa, adab pergaulan sesama Muslim, adab perpakaian, gaya percakapan dan tulisan, malah ibadah-ibadah harian kita juga mungkin serupa. Cuma yang membezakan darjat kita di sisiNya adalah taqwa dalam hati kita.

Jangan kecewa apabila tersilap langkah, tersalah pilih jalan. Tapi bersyukurlah…

Kerana sesungguhnya Allah telah menyelamatkan kita di perhentian ini.

Sakitnya mengetahui hakikat diri dan amalan yang mungkin rosak akibat niat-niat buruk kita, namun syukurlah masih diberi peluang untuk tersedar kembali dari kesilapan silam.

Sekuarng-kurangnya, sakit dan penyesalan yang dirasakan hari ini, tidak selewat penyesalan di mahsyar kelak.

Mungkin kalau saya yang sampaikan, tidak sehebat akhi ini untuk menyentuh hati-hati kita kembali merenung hakikat diri. Maka, saya sarankan marilah selamatkan hati-hati kita, selamatkan amalan-amalan pada umur kita yang berbaki entah berapa minit dan hari jua lagi ini, dengan sedikit masa untuk mendengar video ini.

Kunci utamanya, jujur pada diri sendiri. Tiada siapa yang mampu menyelamatkan hati kita melainkan pemiliknya sendiri yang lebih mengetahui kondisi hati masing-masing.

Mungkin lemah semangat kita melihat betapa panjangnya video ini, tapi mungkin 50 minit inilah titik perubahan kita yang sebenar.

Mungkin inilah titik penyelamat amal-amal kita akan datang.

Belajar membezakan perjuangan dengan iman, juga perjuangan dengan semangat.

Benarkah segala yang kita lakukan hari ini?

Kita di sini untuk mempromosikan Islam atau diri sendiri?
http://www.youtube.com/v/xtjwtmjbOKE&hl=en_US&fs=1&color1=0x006699&color2=0x54abd6

Ya Allah, selamatkanlah hati-hati kami.

Peliharalah kesucian amal-amal kami.

Lindungi kami daripada amalan yang tidak diterima, ilmu yang tidak bermanfaat, masa yang terbazir dengan sia-sia.

Amin…

One thought on “Soal hati:Segalanya demi Islamkah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s