Ingat lagi kisah-kisah Nabi??

Jika diingat kembali, zaman sekolah merupakan zaman yang paling menyeronokkan. Tetapi malangnya ketika kanak-kanak mungkin kita tidaklah matang seperti sekarang lantas mungkin kita tidak terfikir untuk betul-betul memahami dan menghayati ilmu-ilmu yang kita peroleh. Dan jika dikenang kembali masa silam, zaman kanak-kanaklah waktu paling banyak kita belajar tentang nabi-nabi. Ada yang hafal lagu “25 rasul”, ada yang hafal lagu “anak nabi kita”.  Sekarang usia kita hampir dan telah menjangkau 20-an. Jika tiba-tiba anda diberi sehelai kertas yang terkandung berpuluh-puluh soalan kuiz tentang sejarah kenabian, agak-agak  berapa markah yang anda dapat? Sekadar berkongsi, 2 minggu lepas saya telah diberi sehelai kertas yang terkandung berpuluh-puluh soalan tentang nabi-nabi. Agak terkejut juga saya ketika itu kerana setelah hampir 10 tahun saya tidak baca tentang sejarah nabi-nabi, tiba-tiba kena jawab soalan- soalan dibawah. Maka bolehlah dikongsi dengan pembaca. Mungkin soalan-soalan ini boleh mengingatkan kita kembali tentang cerita-cerita nabi yang pernah kita dengar dulu.

JOM KENALI NABI-NABI KITA!!

  1. Nabi yang dikenali sebagai Khalil Allah : Nabi Ibrahim.
  2. Nabi yang diberikan kitab Zabur : Nabi Daud.
  3. Nabi yang mempunyai anak bernama Yaakub : Nabi Isyak.
  4. Nabi yang ditelan ikan : Nabi Yunus.
  5. Nabi yang berdakwah kepada kaumnya selama 950 tahun : Nabi Nuh.
  6. Nabi yang mempunyai suara yang indah : Nabi Daud.
  7. Nabi yang bermimpi melihat 11 planet, matahari dan bulan tunduk sujud kepadanya : Nabi Yusoff.
  8. Nabi yang boleh melembutkan besi : Nabi Daud.
  9. Nabi yang menguasai jin : Nabi Sulaiman.
  10. Nabi yang memahami bahasa binatang : Nabi Sulaiman. ( rujuk 27:18)
  11. Nabi yang mempunya wajah yang kacak : Nabi Yusoff.
  12. Nabi yang boleh menghidupkan orang mati : Nabi Isa.
  13. Nabi yang diuji dengan penyakit yang dasyat dalam masa yang lama : Nabi Ayub.
  14. Nabi yang cuba disalib oleh kaumnya : Nabi Isa.
  15. Nabi yang menjaga Maryam : Nabi Zakaria.
  16. Nabi yang membunuh seorang kaum Qibti( Coptic) : Nabi Musa.
  17. Nabi yang diutuskan kepada kaum Sodom : Nabi Luth.
  18. Nabi yang diutuskan kepada kaum Ad : Nabi Hud.
  19. Nabi yang diutuskan kepada kaum Thamud : Nabi Salleh.
  20. Nabi yang diutuskan kepada kaum yang suka menipu dalam timbangan barangan : Nabi Syuaib.
  21. Nabi yang berdakwah kepada kaum Saba’ : Nabi Sulaiman.
  22. Nabi yang berkahwin dengan anak Nabi Syuaib : Nabi Musa.
  23. Nabi yang membunut Jalut : Nabi Daud.
  24. Nabi yang frust dengan kaumnya lalu meninggalkan kaumnya tetapi dimarahi oleh Allah : Nabi Yunus.
  25. Nabi yang tinggalkan orang buta kerana mahu melayan orang kaya dan pembesar semasa berdakwah lalu dimarahi oleh Allah : Nabi Muhammad s.a.w
  26. Nabi yang dimarahi oleh Allah kerana mengaku bahawa dia paling pandai diatas dunia ini : Nabi Musa.
  27. Nabi yang sentiasa berpuasa selang sehari : Nabi Daud.
  28. Nabi yang menjadi raja dan memerintah negara Palestine : Nabi Daud dan Nabi Sulaiman.

2 thoughts on “Ingat lagi kisah-kisah Nabi??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s