Ini Kejutan Budaya

“Awak semua mesti bersedia sebelum pergi ke sana,sedia fizikal dan mental,”pesan seorang Fasilitator semasa kem Ibadah tahun lalu.

“Solat jangan tinggal,makanan kena jaga.Kuatkan iman,nanti sampai sana,pelbagai jenis kejutan budaya awak akan rasai. Sebelum bercakap dengan anda semua,saya telah lakukan ‘homework’ saya,saya mesej dengan ramai pelajar-pelajar Malaysia di Jepun dan setelah servey selesai,saya dapati kejutan budaya yang paling dirasai oleh pelajar Malaysia ialah ‘yang bertudung lepaskan tudung’,maksud saya freehair. Sebabnya,di Jepun nanti,mereka yang bertudung akan disoal macam-macam oleh kawan-kawan Jepun.Kalau mereka soal sebab nak tahu takpe,tapi yang jenis mengejek.Ada yang kata orang pakai tudung botak la dan macam-macam lagi.Jadi,kuatkan iman!”Sambung beliau.

“Kejutan wanita!”Sampuk pelajar lelaki yang duduk di belakang sambil menyembunyikan diri,malu agaknya.

“Ha,yang itu pun masalah,masalah orang lelaki.”Sahut Fasilitator,dengar rupanya.

“Di Jepun nanti,semua berskirt pendek,putih gebu orangnya,comel-comel belaka.Tambah-tambah musim panas,hanya Allah yang tahu.Kalau iman takde,comfirm langgan pelacur sebab pelacur di sana murah-murah.”Tambah beliau walaupun beliau tidak pernah menjejakkan kaki di bumi sakura ini.

Dan akhirnya,selepas berhempas pulas di JAD selama 3 tahun,saya dan kawan-kawan berjaya menjejak kaki di bumi sakura ini dan hari ini,sudah hampir 2 bulan lebih kami hidup di bumi sakura. Segala cerita-cerita dari orang-orang dahulu yang pernah sampai di Jepun mampu kami hakimi,ini kisah betul atau rekaan.

Kejutan budaya?Sampai sekarang,saya tidak pernah melihat kawan-kawan perempuan saya membeli kimono dan memakainya,agaknya belum terkejut lagi dengan budaya pakaian Jepun.Tapi,dalam bab pemakaian,tidak dinafikan, mereka yang dulu selekeh di Malaysia,kini mampu bergaya keluar jalan-jalan di sekitar Shinjuku.

Dan setakat pengetahuan saya,tidak ada lagi kawan-kawan saya yang melanggan pelacur,Alhamdulillah.Walaupun diasak dengan hari-hari melihat perempuan putih gebu yang berskirt sangat pendek,Alhamdulillah,tidak ada seorang pun yang kecundang.

Tapi tidak dinafikan,kejutan budaya benar-benar berlaku kepada saya dan kawan-kawan.

Cerita Hachioji

Sesampai kami Jepun,kami dikehendaki mendaftar di Hachioji Seminar House untuk menyertai Orientasi. Kami sampai di Seminar House tepat pukol 11 malam dan angin pada malam itu bertiup kencang,suhu sangat rendah sehingga menyebabkan salah seorang dari kami ingin tumbang dek kesejukan yang tidak biasa.

Al-maklumlah,orang kampung masuk bandar,masakan mampu tidur malam pertama.Kami lepak di koridor.Tengah-tengah merancang untuk berjalan-jalan di sekitar Seminar House,Shamsul(bukan nama sebenar) keluar dari biliknya.

“Weh,rokok sebatang.”Minta Shamsul.

Saya terkejut,Shamsul yang tidak merokok di Malaysia tiba-tiba merokok di Jepun.

“Eh,mung isap rokok?”Soal saya.

“Aku kalau tak dot Jepun,aku tidak hisap rokok.Cuaca sini sejuk,best hisap rokok,”balas Shamsul.

Saya terdiam.

Kisah Abang dan Adik

2 bulan sebelum terbang ke Jepun,dalam satu halaqah dan sesi luahan hati(Qadayah wa Busyra)

“Saya ada masalah bang,boleh saya kongsi?”Soal Azmeer.

“Silakan,kita sama-sama dengar dan sapa-sapa ada jawapan,kongsikan,”abang Aizuddin membenarkan.

“Saya ada adik,sekarang tingkatan 4 dan dia duduk seorang di rumah.Mak dan ayah saya ada di rumah tapi adik saya ni jenis yang jalan-jalan ikut kawan dan satu hari,saya tahu yang dia merokok.Saya tak suka dia merokok,saya pernah tegur tapi dia buat tidak kisah.Mungkin sebab abang-abang dia semua dah belajar jauh-jauh,dia ikut kawan sebab nak berkawan.Saya buntu macamana….”Luah Azmeer.

“Awak cuba dekati dia,selalu tanya khabar,nasihat dia.”Jawab abang Aizuddin,ringkas.

Sekarang,2 bulan selepas terbang ke Jepun,saya tengah borak-borak dengan seorang kawan di hadapan sebuah mesin jual rokok automatik.

“Bukan ke nikotin Jepun kurang dari Malaysia?”Saya memulakan bicara.

“A’a.1 per 12 dari Malaysia punya.Maksudnya,hisap 12 putung rokok Jepun sama dengan 1 rokok Malaysia.”Terang beliau.

lor,takde nikmat la macam tu..”Ujar saya.

“Sedap,ramai budak batch kita hisap rokok Jepun.Azmeer pun hisap.”

“Hah?Azmeer hisap rokok?Biar betul..”Saya terkejut.

“A’a,dia cakap hari tu.Tapi dia tidak pernah beli la rokok,kawan-kawan Jepun yang bagi.”

Iktibar

Rasanya tidak perlu diulas panjang tentang tindakan Azmeer,dia benci tapi dia buat.Entah,saya tidak tahu apa yang perlu dikatakan lagi,lindah menjadi kelu dan fikiran buntu,saya nukilkan artikel ini khas untuk beliau.

Dan kepada anda,ujian Allah itu datang dari setiap sudut.Dalam satu hadis yang maksudnya; Fitnah itu ditebarkan seperti tikai ke atas hati manusia. Maksudnya,fitnah atau ujian akan datang satu per satu kepada kita,kejutan demi kejutan yang akan kita rasai,baik dari kejutan perangai,pakaian,makanan dan bermacam lagi dan semua ini bergantung kepada kita sendiri untuk terkejut atau tidak.Jika kita tidak terkejut,panjatkanlah kesyukuran kepada Allah dan bantu sedarkan kawan-kawan kita yang sedang terkejut,baik di Jepun,Malaysia dan di mana jua kita berada kerana ujian Allah tidak mengenal tempat.

7 thoughts on “Ini Kejutan Budaya

  1. ler.. waktu fuyu nk isap rokok watper..
    asap dah keluar semulajadi da dari mulut..
    free jer, x yah kluar duit~ -_-“

  2. bukan rokok jer..mcm2 kejutan laen..yachin mahal sgt ek kt jepun smpai baju jd mgkin singkat..saa..moge Allah pelihara kita

  3. @ hd,
    macam tu la… kita pun xtau macam mana Allah nak uji kita…

    adakala kita tengok kawan2 kita, ‘isy nampak lari sangat dari agama’ bukak sana, bukak sini… tp adakala juga kita pun xsedar sebenarnya kita juga dalam keadaan berdosa sebab xlaksanakan lg sepenuhnya tanggungjawab kita sebagai muslim kan (dakwah sebagai contoh yg paling mudah dan cliche)….

    kita kene sentiasa ingatkan diri kita, dosa tu bukan sahaja pada melanggar peraturan-Nya, tapi juga dengan tidak menunaikan perintah-Nya….
    dan bila mata kita tengok macam2 bende ni, jangan hati kita merasa aman pula dari api neraka… selamanya tidak ada jaminan, kita bukan salah satu dari bahan bakarannya…. naudzubillah… sama2 kita muhasabah…..

  4. ujian Allah datang setiap sudut
    kadang2 kita x sedar
    saye pernah rasa takut datang ke Jepun
    takut saya jd pandang remeh soal agama
    contohnya:
    1) soal solat. takut jd orang yang pandang remeh bab solat. ada keje sikit da nak qadar solat. ada keje sikit da nak solat lambat.
    2) soal aurat. takut terpandang remeh soal solat.mungkin sesetengah situasi membuatkan kita ambil mudah soal aurat. nak pegi rumah kawan kejap je, x payah pakai stokin la. hari ni ade 1 kelas je, pakai biase2 je, xyah pakai anak tudung la.
    3) soal makanan.takut menjadi orang yang ‘terlebih yakin’ soal makanan. kalau ada yang diragui, kita yakinkan jugak diri sebab nk makan sangat makanan tu.
    itulah yang sangat2 takut di Jepun ni. semoga Allah jauhkan diri dr segala yang tak diingini. Semoga sentiasa dapat menjaga solat, aurat, kesucian makanan dan sebagainya.amin~
    ganbatte kawan2. selagi Allah dihati, insyaAllah aturan hidup menjadi cantik sekali..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s