Bayi Tong Sampah?

Setiap kita ada  Sixth Sense. Ya, deria keenam bernama hati yang sering diabaikan. Kita mungkin tidak sedar, kita telah menyakitkan hati orang lain sedangkan saat itu hati kita bergembira. Bergembira dengan kesakitan hati orang yang kita sakiti. Sama ada sahabat, kawan, guru atau jiran.

“Padan muka kau! Haha”

Mungkin nampak ringkas. Tapi itulah yang membuatkan kita mengabaikan hati. Begitu mudah kita terhasut dengan tipu daya syaitan. Pada masa yang sama, kita mengabaikan hati kita sendiri. Hari ini kita makan nasi sepinggan tak cukup, tambah 5 pinggan lagi. Kita bersungguh-sungguh makan atau dalam bahasa mudahnya-melantak. Kita bersungguh-sungguh untuk menyihatkan tubuh fizikal kita ini. Tetapi, tanpa disedari, rohani kita dibiarkan kurus kering, lumpuh, mati.

Di masa rasa belas kasihan kita?

Kalau tidak pun, rasa kemanusiaan, di manakah menghilangnya ia?

Adakah dalam TONG SAMPAH?

Hari ini saya sedih melihatkan, Zina semakin berleluasa. Anak luar nikah makin ramai. Bayi tong sampah juga!

Seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terkejut apabila menemui mayat bayi yang baru dilahirkan di dalam tong sampah ketika pekerja terbabit sedang mengutip sampah di kawasan rumah pangsa, Jalan Asby hari ini. (Malaysia Kini)

KUALA LUMPUR: Lagi kes pembuangan bayi berlaku, terbaru dengan penemuan mayat bayi lelaki dibungkus dengan surat khabar dan masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan di dalam tong sampah di Kampung Tanjung dekat Sungai Choh, Hulu Selangor, pagi semalam. (Berita Harian)

KUALA KRAI 13 Feb. – Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan beberapa hari ditemui dalam keadaan rentung dalam sebuah tong sampah di belakang sebuah bank di sini hari ini. (Utusan Melayu)

Hari ini kita mungkin mengabaikan isu-isu keberantakan masyarakat. Zina semakin berleluasa. Anak luar nikah makin ramai. Bayi tong sampah juga! Itu baru yang dilaporkan akhbar. Itu baru yang dibuang dalam tong sampah. Yang dibuang dalam mangkuk tandas? Yang ditanam dalam tanah? Yang dibuang di dalam sungai? Yang dibuang di tempat pembuangan sampah?

Bagaimana pula dengan yang tidak dibuang dimana-mana, dibiarkan hidup merempat dan membesar di rumah-rumah kebajikan?

Dapatkah kita membayangkan nasib kanak-kanak ini? Anak-anak luar nikah yang tidak berdosa, dibiarkan hidup sengsara dan terseksa, dimaki dicerca sepanjang hayat mereka…

Masya-Allah…

Firman Allah s.w.t:

“Dan jangalah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

(Surah Al Isra’:32)


Allah s.w.t, Tuhan yang Maha Bijaksana. Perkataan “Jangan mendekati zina” adalah perkataan yang sangat tepat kerana seseorang tidak akan berlaku zina sebelum mendekatinya terlebih dahulu. Di sini diberikan analogi bagaimana zina boleh berlaku:

bertentang mata > tegur menegur > berbual mesra > bersms dan bergayut > ajak keluar shopping > berdua-duaan di tempat awam > berdua-duaan dalam kereta > bersentuhan > berciuman > BERZINA


Mari bermuhasabah. Apakah kita berada di salah satu peringkat di atas?

Allah s.w.t Maha Mengetahui bahawa jika ingin dielakkan zina, perkara terawal yang menjurus kepadanya mesti dihalang. Jika tidak berzina tidak dapat dielakkan lagi. Sebab itu selalu ramai remaja yang berkhalwat dewasa ini kerana masyarakat sudah mengambil ringan hal-hal seperti dating, bergayut, shopping bersama, berduaan dalam kereta dan lain-lain. Gejala zina tidak akan dapat dibenteras sekiranya perkara yang mendekatkan kepada zina tidak dihalang. Sesiapa sekalipun yang pernah berzina, pada awalnya mereka berkata

“nak berkenalan aje..”

Dari Jabir Bin Samurah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya”

(Hadith riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Perlu kita ingat bahawa umat Islam adalah bersaudara. Apakah kita sanggup melihat saudara kita sendiri terlanjur? Semestinya tidak. Oleh itu menjadi tanggungjawab untuk saling menegur dan berdakwah. Janganlah diabaikan hati. Tingkatkan keimanan kepada Allah, selagi degup jantung dan denyut nadi yang serentak ini masih berdetak.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya (kekuasaan) dan jika dia tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan lidah dan jika dia juga tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman. “

3 thoughts on “Bayi Tong Sampah?

  1. sokong artikel ni 500%..xyah la cbuk2 nk p berdating2..smpai masa nnti, kalo da jmpe jodoh yg sesuai..kahwinla…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s