Kita Yang Tertipu

Beberapa langkah lagi,Salahuddin dan tenteranya akan menakluk semula Palestin dari cengkaman Kafiq Quraisy.Tiba-tiba,datang satu berita yang mengejutkan Salahuddin.

“Khalifah,Makkah akan diserang. Tentera Kristian sedang menuju ke arah Makkah!”Lapor seorang perisik beliau.

Saat yang dinanti-nanti untuk menakluk semula Palestin hanya ada di depan mata,sedikit sahaja lagi bumi Palestin akan bersinar semula dengan sinar Islam.Namun,selepas mendengar berita tersebut,Salahuddin mengeluarkan arahan.

“Berundur,kita akan ke Makkah,aku tidak akan biarkan mereka memijak tanah haram walau setapak,”arah Salahuddin Al-Ayyubi.

“Tapi,hanya beberapa langkah lagi kita akan menakluk Palestin,”kata seorang pengikutnya.

“Ya,lagipun bukankah Allah telah menjami keselamatan Ka’bah?”Tambah seorang lagi.

“Ya,memang Allah menjaga dan melindungi Ka’bah,namun aku ingin menjadi seperti burung dalam kisah Ibrahim.Walaupun mempunyai paruh yang kecil,burung itu terbang mengambil air dan cuba memadamkan api yang membakar nabi Allah Ibrahim. Bila malaikat tanya,supaya aku mempunyai hujah di hadapan Allah nanti,”ujar Salahuddin.

Quran Yang Dilindungi

Beberapa tahun lalu,kita digegarkan dengan penambahan Surah dalam Al-Quran oleh orang kafir.Kita panas,kita bangkit dan mula bersuara dan kita disejukkan kembali dengan janji Allah,”biar orang kafir cuba mengubah ayat Allah,pasti mereka tidak mampu.” Sampai sekarang kita duduk bersenyum sambil menggoyang kaki,datang orang kafir cuba mengubah Al-Quran,kita sambil muka bangga berkata, “ubah lah kalau kau mampu,Allah telah jamin kemuliaan ayatnya,hahahhaha.”Kita tergelak besar.

Tapi,sebenarnya kita yang tertipu.Allah tidak pernah menipu kita,ayat Quran akan tetap dijaga dan dibela oleh Allah biar kuat mana pun usaha orang kafir mengubahnya tapi kita tertipu.Tertipu yang bagaimana?Disebabkan janji Allah melindungi Al-Quran lalu kita tiada usaha untuk melindungi dan menjaga Al-Quran,kita tidak berusaha lansung untuk menghafal Quran,pendek kata,kita tidak bersedia lansung jika Ayat Quran diubah.

Akhirat nanti,anda betul ada orang kafir cuba mengubah ayat Allah,dan memang mereka gagal tapi kalau ditanya oleh Allah, “apa usaha yang kamu buat sewaktu mereka cuba mengubah ayat Ku?”Kita terdiam,tunduk ke bawah,takut,takut kerana kita tiada alasan. Kita bukan seperti Salahuddin Al-Ayyubi yang berpatah balik mempertahankan Ka’bah,kita tidak seperti burung yang cuba memadamkan api yang membakar nabi Ibrahim.Kita lansung tiada usaha maka kita tiada jawapan.

Atas alasan janji Allah,maka syaitan mengambil peluang,peluang untuk menipu kita dan kita,dalam sedar atau tidak,kita telah tertipu. Kita lansung tidak cuba mempertahankan Ayat Allah,kita lansung tidak menghafal dan memahami ayat Allah.Kita tidak faham kenapa sahabat-sahabat membukukan Al-Quran.Walaupun mereka yakin Allah melindungi ayat Quran,tapi mereka tetap bukukan juga,bukan menderhakai Allah tapi supaya itu menjadi bukti usaha mereka mempertahankan Al-Quran.

Supaya Tidak Tertipu Lagi

Wahai kawan,semoga artikel pendek ini mampu membuka mata hati kita semua untuk memelihara Al-Quran,semoga artikel pendek ini mampu mengajak kita semua mula menghafal Al-Quran,semoga artikel pendek ini mampu membuatkan kita sensitif dengan isu-isu berkaitan dengan al-quran.Supaya,bila ditanya oleh Allah, “di manakah kamu ketika Al-Quran dipijak-pijak oleh orang kafir?” Kita mampu menjawab, “aku ada di hadapan mereka,merampas al-quran dan membaca dan memuliakannya.”

Supaya Kita Tidak Tertipu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s