Ambil yang jernih~

Sebelum datang ke Jepun, pelbagai tanggapan positif yang muncul dalam fikiran saya tentang Jepun. Segala-galanya seakan-akan indah. Orang Jepun menepati masa, orang Jepun ni bersopan santun dan sebagainya. Sekarang sudah lebih 2 bulan di Jepun, apa yang pasti segala tanggapan saya salah dan berlawanan sama sekali.

Hari pertama masuk ke kelas, kerusi di belakang penuh dengan pelajar Jepun. Agak terkejut pada mulanya, lantas saya sedikit bersyukur kerana boleh duduk di bahagian hadapan. Ketika sensei sedang mengajar, kedengaran dengkuran-dengkuran dari belakang. Sesekali terdengar bunyi barang jatuh.

“ Wah, tidur sampai terjatuh-jatuh barangnya” ( saya bermonolog)

Lebih kurang lima minit sebelum kelas tamat, sensei memberi isyarat kelas hampir tamat tetapi sensei masih menyambung sedikit lagi pengajaran di papan hitam. Tetapi di belakang kelas, pelajar-pelajar Jepun telah siap mengemas barang dengan bisingnya. Rupanya begitu sikap orang Jepun yang selama ini terkenal dengan sopan santunnya dan saling hormat menghormatinya. Saya menjadi sedikit terkejut dengan budaya mereka. Langsung tak hormat guru malah kadang-kadang sensei terpaksa menghentikan pembelajaran seketika akibat mereka terlalu bising bercakap antara satu sama lain.

Apabila saya ke kedai membeli barang, atau ke pejabat pos membayar bil gas, lain pula perasaan saya berbanding ketika berada di dalam kelas. Saya dilayan dengan baik malah terlalu banyak ucapan tanda penghargaan mereka terhadap pelanggan. Apabila ada kerosakan di rumah, telefon saja tuan rumahnya, beberapa jam kemudian mereka sampai bersama alat-alat untuk membaiki. Bukan niat membandingkan negara Jepun dengan negara kelahiran saya sendiri, tapi saya berpendapat ada baiknya jika negara-negara lain mengikut cara kerja orang Jepun kerana walaupun tiada agama, mereka telus dan jujur dalam bekerja. Berbanding dengan masyarakat beragama Islam contohnya, dalam Islam itu sendiri sudah ditetapkan cara kerja berhemah namun jarang sekali diikuti kerana mungkin ramai yang memandang gaji, upah dan duit melebihi segala-galanya.

Berkesempatan berbual-bual dengan seorang makcik Jepun di taman bunga suatu ketika dahulu.

“ Budak-budak muda sekarang dah tak sama dengan generasi kami. Jarang yang bagi ucapan “selamat pagi” ke “selamat tengahari “ ketika bersua muka. “ kata makcik itu dalam bahasa Jepun.

ketika dalam perjalanan pulang ke rumah beberapa hari yang lalu, saya dan rakan-rakan terserempak dengan seorang pemuda Jepun yang mabuk. Dia dipapah olah rakan-rakannya.  Dia bercakap merapu-rapu seperti tiada lagi arah tuju hidupnya. Sedih dan kasihan melihat mereka. Bagi saya, orang Jepun adalah antara yang rajin bekerja dan bersungguh-sungguh dalam bekerja. Namun apabila tertekan, arak jua yang mereka cari kerana tiada pegangan agama dalam hidup mereka.

Tuntasnya, itulah antara pengalaman saya sepanjang berada di bumi Jepun ini. Tidak banyak yang menarik tetapi banyak sekali yang membuat saya sedikit takut berada disini. Ada baik dan buruknya. Contohi cara mereka bekerja tetapi mungkin boleh diubah sedikit persepsi kita tentang budaya mereka. Jangan terlalu mengagumi orang-orang Jepun kerana generasi muda mereka tidaklah sama dengan generasi dahulu yang penuh beradat dan sopan santun. Ambil yang jernih, yang keruh jangan diambil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s