Utopia (8) : Ekstremis

Mana malumu?

Amalmu yang tak seberapa ini,

Inikah yang ingin kau persembahkan,

Amalmu yang tenggelam timbul ini?

Mana malumu?

Hanya pantas berbicara soal hakmu?

Banyak beralasan soal tanggungjawabmu?

Banyak berdalih dengan sibuk duniamu.

Mana malumu?

Bila diajak menuntut ilmu engkau tangguhkan,

Nikmat kerehatan engkau dambakan,

Harta dan keseronokan engkau kejar,

Hak rohmu tidak kau laksanakan,

Ilmu engkau kau hanya pendamkan.

Malulah kamu,

Berangan-angan kosong dengan ganjaran syurga Allah itu,

Itu bukan pastinya milik kamu,

Yang pasti kamu itu milik Allah,

Sedarlah sebelum terlambat.

Siapa?

Kamu!

Malulah kamu…

Umat Islam ialah umat pertengahan (wasatan/wasatiyyah). Erti paling mudah (pendapat peribadi), bersederhana, dan tidak melampaui batas. Tidak berlebihan dan tidak berkurangan dalam beramal.

Al-Ziyadah wa al-Nuqsan akhawaan. Berlebihan dan berkurangan adalah adik beradik”

Namun meletakkan garis panduan, apakah yang dikatakan melampaui batas, tidaklah semudah yang dijangka, biarpun rujukannya ialah Al-Quran dan hadis.

Oleh itu, hendaklah engkau (Wahai Muhammad) sentiasa teguh berdiri di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas; Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

[11:112]

Sejujurnya, selalu timbul persoalan dalam diri saya sendiri, “apakah aku ini melampaui batas?”. Adakala persoalan ini begitu menekan dada, kerana saya tidak punya jawapan, kepada banyak persoalan, dan pandangan yang singgah di telinga atau kotak pemikiran saya.

Mungkin anda ada jawapannya….

.

Sahabat dan Kita

Kalau tengok sahabat-sahabat dulu dengan kaca mata kita sekarang ni, memang banyaklah sahabat-sahabat yang ekstrim kan?

Ada seorang sahabiah, ada tiga anak lelaki. Seorang pergi berperang, mati syahid. Dia hantar anak kedua,mati syahid jugak. Hantar anak ketiga, mati syahid jugak. Lepas tu dia menangis. Orang ingatkan, kot la dia menangis sebab anak bongsu meninggal. Ye la anak bongsu kan biasa yang paling manja, jadi boleh terima la kalau anak sulung dan kedua meninggal tak menangis, tapi anak bongsu meninggal dia menangis. Tapi rupa-rupanya dia menangis sebab dia dah tak ada anak nak hantar pergi berperang.

Kalau kita zaman sekarang, ada mak yang cakap kat anak dia, “kau pergi ikut misi bantuan ke Gaza tu, mak tak nak tengok lagi muka kau balik ke rumah ni kecuali mayat”. Mahu keluar berita gempar satu Malaysia, surat khabar keluar artikel “Mak gila tak sayang anak!” atau “Ibu ekstremis agama sanggup bunuh anak!”.

Abu Bakar sanggup serah segala harta benda dia kepada Nabi untuk digunakan oleh Islam. Bila ditanyakan apa yang dia tinggalkan untuk keluarga, dia jawab, “aku tinggalkan Allah dan Rasul untuk mereka”. Kalau nak moden sikit, dulu zaman-zaman perjuangan Hassan al-banna, ada seorang lelaki ni, jual satu-satunya kenderaan yang dia ada, untuk derma bina masjid. Lepas tu sebab dah tak ada kenderaan, dia kene berjalan kaki pergi kerja dan balik rumah yang jaraknya mencecah puluhan kilometer. Subhanallah!

Kalau kita zaman sekarang ni, kalau balik Malaysia dari Jepun, nanti orang tanya, “Mana kereta besar bawak balik dari Jepun?”. Kita pun jawab, “Tak cukup duit nak beli kereta, selalu kena pergi program, pergi usrah, pergi ceramah, pergi ziarah, sumbang dana anjur program, derma bina masjid……” Mesti orang akan cakap, “Isy ekstrim sangat kau ni”

Ada sahabat dulu sanggup pergi isytihar keIslaman depan Kaabah, sampai kena belasah teruk-teruk. Semata-mata nak tunjukkan izzah dia pada Islam.

Kalau kita zaman sekarang, tengah makan-makan dengan orang Jepun dekat restoran, nak cakap “mintak maaf, saya mintak diri kejap nak sembahyang” pun kita tak berani. Rasa macam, eh nanti orang Jepun tu kata apa pulak kan, nampak tak hormat ke ape ke. Nampak macam ekstrim sangat kan, nak sembahyang pun tak menyempat-nyempat, macam la alim sangat. Jamak ke qada’ je la, kan senang, Islam kan mudah.

Asma’ Binti Abu Bakar, masa tengah mengandung, kendong makanan kat tali pinggang, panjat bukit berbatu-batu tajam, siap ada ancaman dibunuh lagi, untuk hantar makanan kepada Nabi.

Kalau kita zaman sekarang ni, nak pergi mukhayyam (perkhemahan), pun nanti orang fikir, “Eh dia ni perempuan, takkan nak buat benda-benda lasak macam ni. Ekstrim sangat ni!”. Padahal duduk dalam khemah je, setakat riadah petang-petang, dan lain-lain dengar ceramah. Tapi kalau ada perempuan pergi ‘wall climbing’ ke ‘paint ball’ ke, kita hormat betul, kita anggap wanita serba boleh, fleksibel dan moden.

Khadijah isteri pertama Nabi. Saat beliau nak meninggal, beliau dalam keadaan yang kurus berbanding sebelum kahwin. Jangan pulak kita fikir, Khadijah memang suka nak kurus, macam perempuan zaman sekarang yang suka diet-diet ni. Kurus sebab tak cukup makan, harta semua dah korban kepada Islam.

Kalau kita zaman sekarang, kalau ada orang sanggup puasa isnin khamis, semata-mata nak simpan sikit duit belanja dia untuk derma pada bantuan Palestin, kita rasa “Isy ekstrim sangat budak ni sampai nak kena berlapar-lapar pulak, agama mana ada nak siksa orang”. Tapi kalau ada budak puasa, semata-mata nak kumpul duit nak beli kereta bawak balik Malaysia, kita akan rasa “Wah bagus betul budak ni, ada perancangan masa depan, sanggup berkorban demi cita-cita, aku kene jadi macam dia ni”.

Ada sahabat, zaman hijrah, orang kafir tahan dia, tak nak bagi dia hijrah. Sebabnya sahabat ni seorang yang kaya. Kisahnya, dia ni dulu miskin, datang ke Mekah tanpa ada apa-apa. Lepas tu dia berusaha dan bekerja, akhirnya dia dapat kumpul kekayaan sebanyak tu. Dan harta yang dia kumpul dengan penat lelah, daripada tiada apa-apa tu, senang-senang je dia bagi kat orang kafir Quraisy supaya dia boleh berhijrah.

Kalau kita zaman sekarang, kalau ada program agama, dan ada peserta datang dari jauh, sampai ada yang kena naik kapal terbang, kena naik tren berjam-jam, habiskan banyak duit untuk travel sahaja, kita pun rasa “Isy ekstrim betul nak pergi program agama”. Tapi kalau ada kawan Jepun kita ajak kita jalan-jalan pergi Disneyland, bayar tiket dan travel mahal pun kita sanggup, sebab ini kan peluang nak berkenalan dengan orang Jepun, belajar budaya orang, tengok tempat orang, kan?

Akhirnya sebenarnya, apakah yang dikatakan ekstrim atau melampaui batas di mata kita?

Apakah sama dengan melampaui batas di mata Allah?

Dan apakah kita ini sebenarnya melampaui batas?

Kita dan Allah sahaja yang tahu. Jujurlah pada diri.

Ini erti ekstrimis bagi sahabat saya, dan sedikit sebanyak saya bersetuju dengannya,

bagi aku tiada istilah muslim extremis

the more u beramal, the better..

no limit in that, so no one is muslim extremis

kalo muslim yg tersesat ajarannya, itu byk.. tp muslim yg ‘terlalu muslim’, i dont think dat word should exist..

.

Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka: Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, samada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya) dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam) dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) – sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya

[3:195]

Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga?

[55:60]

.

“Setiap orang dapat berfikir dengan mudah,namun tidak semua fikiran yang terpendam dalam diri seseorang boleh diekspresikan dalam perkataan. Banyak orang yang boleh berhujah, tetapi hanya sedikit dari mereka yang sanggup bertahan (sabar) ketika beramal. Masih banyak orang yang mampu beramal, tetapi hanya sedikit yang mampu menanggung beban jihad yang begitu berat dan beramal secara berkesinambungan. Orang-orang yang berjihad itu adalah pendukung-pendukung pilihan yang sangat jarang dan sedikit, tetapi mereka juga boleh tersalah jalan dan tidak mencapai tujuan jika tidak mendapat bimbingan daripada Allah”

[Hassan al-Banna]

.

Rujukan :

Kredit kepada abang *** (nama dirahsiakan atas permintaan) atas kiriman sajak di atas

Definisi ekstremis oleh sahabat-sahabat yang lain :

  • bagi ana, muslim ekstremis berat kepda seperti dalam al-Quran..melampaui batas…itu definisi sesuai…jika dikatakan kita taksub kepada al-Quran dan Sunnah itu bukan ekstremis…ekstremis ni lebih berat menunjuk ke arah keburukan…more kepada melampaui batas atas sesuatu perkara..As muslim bertaqwa kita adalah dlm golongan wasatiyyah
  • muslim yang taksub dengan ideologi dan perjuangan yang kadang-kadang dia sendiri tak tahu apa yang diperjuangkan, sedangkan Quran, sunnah ,kesatuan ummah ditolak belakang, assobiyyah tak lekang-lekang.
  • seorang yang menggunakan kekerasan bukan pada tempatnya dengan beralasankan islam
  • muslim ekstremis tu orang yang konservatif….melihat islam pada satu sudut…kalau terlampau sangat pun boleh jugak kate camtu…

Sila tambah definisi ekstremis bagi anda pula…

4 thoughts on “Utopia (8) : Ekstremis

  1. salam,minggu lepas baru kami bincang maksud umat pertengahan.
    Mungkin boleh diambil sebagai berserdehana tapi rasanya yang paling tepat ialah medium atau perantaran.

  2. yeah!! nanti saya tulis dlam artikel berikutnya,hhuhuhu
    BTW,islam ekstrimis bg saya(segan gune saya),
    mereka yang mengabaikan hak-hak lain dalam/ketika berdakwah

    ex:die berdakwah,tp xmakan,xcari nafkah..

    pendek kate,selagi dia bley penuhkan hak-hak dirinya dan diri orang lain,dia tidak dikira ekstrimis..to omou

  3. haha segan ye? guna ana la camtu? haha…
    ok2 ak tggu, yoroshiku….

    ah souka, nice one… ada lain nak tambah definisi ekstremis lak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s