24 Jam Sehari

Apabila diri mula sibuk, keadaan jadi tegang dan menekan, dan setiap pekara yang dibuat kebiasaannya tanpa  pertimbangan akal yang seimbang. Masa itu, banyak perkara yang sepatutnya dapat dielakkan jadi nyata seperti menghalalkan yang haram, membuat sesuatu perkara tanpa berfikir panjang, dengan alasan ISLAM ITU MUDAH. Tapi hakikatnya, batasan syarak sudah dilanggar. Yang sebenarnya buruk disaluti dengan alasan kebaikan yang akhirnya membawa padah kepada diri sendiri.

Selalu sangat saya terdengar kawan-kawan mengeluh,

“Kalaulah masa 24 jam sehari itu boleh dipanjangkan…”.

Atau,

“Banyaknya kerja…kalaulah dapat masa lebih sikit hujung munggu ni..”.

Atau,

“Macam mana ni..Assignment banyak lagi tak siap, minggu depan pula kuiz berlambak-lambak, tapi Sabtu ni dah terjanji nak keluar jalan-jalan dengan ‘si dia’. Tinggal hari Ahad yang ada untuk buat semua kerja. Sempat ke? Kalau la Ahad ni masa berhenti sekejap untuk aku siapkan kerja..”.

Setiap hamba ciptaan Allah diperuntukkan masa selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, dan 12 bulan setahun. Tiada yang dapat kurang mahupun lebih. Sama rata. Adil.

Bagi saya, keluhan seperti di atas tak boleh terlintas dalam minda kita. Pemikiran sedemikian rupa memberi impak buruk kepada diri kita sendiri. Kenapa? Sebab pertama : kita terlalu mengikut nafsu seolah-olah mahu mengawal masa. Padahal masa itu urusan Allah. Telah Allah tetapkan 24 jam dalam sehari kepada setiap makhluk ciptaanNya. Tak kira manusia, binatang mahupun tumbuhan. Sama, dan tiada siapa yang dapat lebih ataupun kurang walaupun sedetik.

Sebab kedua : keluhan seperti itu menunjukkan diri kita seolah-olah tidak bersyukur dengan nikmat masa 24 jam sehari. Memang cukup dan ‘ngam-ngam’ Allah beri kita masa selama 24 jam untuk kita beribadah, bekerja, makan, tidur dan sebagainya. Tapi, sememangnya manusia merupakan makhluk Allah yang kurang bersyukur dan selalu tersungkur dengan godaan nafsu sendiri. Jika diberikan lebih, mahu dikurangkan. Kalau diberikan kurang, mahu lebih. Itulah kita. Manusia.

Inilah yang dikatakan sebagai nikmat 24 jam yang cukup penting untuk disyukuri oleh setiap hamba Allah. Nikmat 24 jam ini sekiranya mampu diuruskan dengan baik, dengan izin Allah, segala urusan yang hendak dilakukan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Tidak ada yang tertangguh-tangguh. Dan juga tiada yang tertinggal berciciran di belakang. Seorang usahawan yang berjaya juga hanya memiliki 24 jam sehari untuk menguruskan perniagaannya. Seorang guru juga memiliki tempoh masa yang sama dalam sehari meskipun mereka perlu mengajar hampir setengah hari di sekolah.

Mari kita renungkan, bagaimana Rasulullah menggunakan masa. Sebaik saja menerima wahyu, Rasulullah tidak terus menghancurkan berhala-berhala yang tersusun banyak di sekitar Kaabah.  Walaupun baginda tahu menyembah berhala itu satu syirik yang nyata. Tetapi, baginda sabar. Baginda mulakan daripada yang mudah dan selamat. Baginda berdakwah dari satu rumah ke satu rumah untuk membina individu muslim yang mantap pegangan iman mereka terhadap agama Allah ini. Sehinggalah umat Islam bertambah ramai dan ketika  institusi negara Islam Madinah bertambah kukuh, barulah strategi untuk pembukaan Kota Makkah dirancang.

Ingatlah, sekiranya Rasulullah mampu untuk mengurus masa dengan baik, mesti anda, saya dan kita semua mampu untuk menguruskan masa dengan baik. Sebab Rasulullah juga seorang manusia sama dengan kita. Baginda juga diberikan peruntukan masa yang sama – 24 jam sehari. Malah, Rasulullah dan kita diberi amanah yang sama di muka bumi ini iaitu berdakwah. Tiada yang mustahil sekiranya kita mahu.

Cuba kita sama-sama muhasabah diri. Adakah kita benar-benar sibuk atau kita sekadar menyibukkan diri?

kehidupan tanpa erti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s