Kelak,Kita Yang Menjadi Saksi

Dalam post Utopia: Ekstremis yang ditulis oleh Euforia 2 hari lepas,penulis membincangkan apakah definisi Islam Ekstremis dan sebelum pendapat-pendapat yang diservey ditunjuk,penulis membincangkan satu ayat dari surah al-baqarah:

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pertengahan, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu……

[2:143]

Saya tidak nafikan,pendefinisian yang dibuat oleh penulis memang betul,cuma saya ingin berkongsi apakah maksud lain ayat ini supaya dengan perkongsian ini,kita lebih jelas,apakah tugas kita sebagai seorang Islam. Namun,dengan hanya membaca terjemahan al-quran dalam bahasa Melayu,pasti,kita tidak akan dapat maksud sebenar ayat ini,jadi saya bawakan kepada anda,maksud ayat 143 ini dalam bahasa Inggeris.

Thus We have made you [true Muslims – real believers of Isl�mic Monotheism, true followers of Prophet Muhammad  and his Sunnah (legal ways)], a Wasat (just) (and the best) (medium)nation, that you be witnesses over mankind and the Messenger (Muhammad ) be a witness over you.

Kalau Wasat/wasatan ini dituju kepada umat yang terbaik,idil atau idil,maka pendefinisian yang dibuat oleh Euforia sangat tepat. Cuma saya ingin berkongsi dengan anda,maksud Wasatan sebagai umat pertengahan atau dalam bahasa Inggerisnya sebagai medium.

Pemindahan Haba Perlukan Medium

Suatu ketika dahulu,kita belajar,haba boleh dipindahkan melalui 3 cara;konduksi,pancaran dan perolahan. Walaupun ketiga-tiga cara berbeza,namun prinsipnya sama,sesuatu bahan memerlukan medium bagi memindahkan haba dari haba tempat tinggi ke haba tempat rendah(Hukum Haba Yang ke-0/daizero no netsu housoku).Untuk memindahkan haba,objek itu memerlukan medium,kalau konduksi,jelas,mediumnya partikel-partikel objek itu sendiri,kalau pancaran,cahaya sebagai medium dan kalau perolahan,partikel bendalir sebagai medium.

Apakah maksud medium di sini?

Ya,sesuatu bahan atau alat yang diperlukan untuk memindahkan sesuatu.

Itulah kita,umat pertengahan,umat medium.

Medium Untuk Menjadi Saksi

Kalau dilihat maksud ayat seterusnya(masih ayat yang sama), dalam bahasa Melayu maksudnya, “..supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia..” dan kalau ditengok pula dalam bahasa Inggeris, “…that you be witnesses over mankind..” Kita terjemah pula yang Inggeris ini,maksudnya, “supaya kita menjadi saksi ke atas umat manusia.”

Dalam mahkamah,apakah tugas seorang saksi?

Memberi keterangan kepada semua orang yang apa yang disaksinya benar. Menyatakan kesalahan atau kebenaran sesuatu kes atau kejadian. Menunjukkan kebenaran dan juga kebatilan. Pendek kata, saksi adalah medium antara kebenaran dan kebatilan. Dia menjadi medium kepada hakim supaya hakim dapat membuat keputusan,betul atau salah,itulah tugas seorang saksi. Maka,apa yang dimaksudkan dengan kita(umat Islam) sebagai saksi?

Dalam ayat tersebut,kita menjadi saksi ke atas umat lain. Dan kalau dibaca sambungannya,Rasulullah menjadi saksi ke atas kita.

Islam Itu Sesuatu Yang Tidak Nampak

Betul,islam adalah sesuatu yang bersifat ghaib. Anda nampak Islam?Suatu ketika di KRM(Kem Rakan Muda) Klang dahulu,ustaz menceritakan pengalamannya bersama dengan mufti Selangor. Lepas mereka selesai menghabiskan satu majlis bersama-sama,mufti bertanya kepada Ustaz, “enta rasa apakah maksud sebenar quran,maksud ana,quran itu apa?” Ustaz menjawab, “tulisan yang mempunyai pelbagai maksud sebagai rujukan manusia.” Mufti membalas, “kalau tulisan,cuba enta baca apa yang ana baca ini(mufti membaca al-fatihah)”Sambung mufti, “mana tulisannya?Al-quran ini bukan tulisan tetapi satu panduan yang ghaib,kalau tidak diterjemah dalam bentuk perkataan,kita tidak akan faham.”

Begitu juga dengan Islam. Kalau tidak diamalkan,biar seseorang itu mengaku dia Islam,maka tiada ‘Islam’ pada dirinya. Katakan kita berjumpa seorang perempuan Cina,freehair,secara automatik kita akan melabelkannya sebagai non-muslim walaupun dia muslim.Kenapa?Sebab tiada ciri-ciri seorang wanita muslimah pada dirinya. Jika datang seorang perempuan arab,bertudung labuh,automatik kita melabelkannya sebagai Muslimah walaupun hakikatnya,dia seorang paderi.Kenapa?Kerana ‘nampak’ Islam padanya.

Yang dimaksudkan sebagai saksi itu ialah kita menjadi medium kepada umat manusia tentang Islam itu sendiri. Ayat berikutnya,Rasulullah hakim ke atas kita,maksudnya,Rasulullah bertanggungjawab mempamerkan Islam kepada kita atau Rasulullah sebagai medium umat Islam mengenal Islam. Kita sebagai hakim dan Rasulullah sebagai saksi. Begitu juga dengan kita,umat manusia yang lain sebagai hakim dan kita sebagai saksi,tugas kita? Ya, menyampaikan kepada umat manusia bahawa hanya cara hidup Islam adalah cara hidup yang terbaik.


Bagaimana?

Caranya mudah,kita amalkan cara hidup Islam,kita terjemahkan segala yang ada tertulis dalam Al-Quran ke dalam hidup kita.Kita makan,makan cara Islam.Kita tidur,tidur cara Islam. Kita belajar,belajar cara Islam. Kita berkawan,berkawan cara Islam. Semuanya cara Islam. Dengan harapan,segala amalan dan tingkah laku kita yang menurut Islam itu menjadi sebab orang bukan Islam memeluk Islam seperti perlakuan Rasulullah dalam peristiwa penaklukan kota Makkah.

Kemasukan tentera Islam ke dalam Makkah benar-benar mendebarkan penduduk Makkah,mereka bimbang akan dosa-dosa lampau mereka yang menindas umat Islam,mereka khuatir dengan apa yang mereka telah lakukan kepada Muhammad dan umatnya seuatu ketika dahulu,mereka takut mereka akan perbuatan buruk mereka dibalas.Namun,ketakutan meraka hanya pada bayang-bayang mereka sendiri,Rasulullah lansung tidak marah, Rasulullah memaafkan segala kesalahan mereka dan hasilnya,mereka semua memeluk Islam.

Maka itulah yang kita kena lakukan!

Kita Yang Terlupa

Sebenarnya,tugas kita bukan sahaja mengaplikasikan Islam ke dalam hidup kita tetapi kita juga bertanggungjawab menyampaikan Islam itu sendiri. Medium bukan sahaja bermaksud menunjuk tapi juga memberi maksud menyampaikan. Selama ini kita memandang remeh tugas menyampaikan Islam,kita fikir,menyampaikan Islam itu tugas para Ustaz,budak sekolah SMK(A),sekolah pondok dan tugas budak-budak tabligh. Kita salah, sebenarnya mengajak orang ke arah kebenaran dan mencegah kemungkaran itu adalah tugas kita.

Biar banyak mana dosa yang kita lakukan,hakikatnya tugas itu tidak pernah lari dari kita. Kita mengambil alasan takutkan kemurkaan Allah jika kita tegur apa yang kita lakukan(As-Saf:ayat 2) tapi pada hakikatnya,Allah lagi murka pada sesiapa yang melihat kemungkaran di hadapan matanya tetapi tidak melakukan apa-apa.Rasulullah dalam satu hadisnya bersabda, “jika kamu melihat kemungkaran,maka tegurlah dengan tangan(kuasa) jika tidak mampu dengan lisan(suara) dan jika tidak mampu dengan hati kamu dan sesungguhnya,itulah selemah-lemah iman.”Dimanakah kategori orang yang tidak berbuat apa-apa?

Ya,tiada iman! Itulah hakikatnya.

Supaya Kita Layak Menjadi Saksi

Nak tak nak,kita akan menjadi saksi cuma layakkah kita menjadi saksi yang benar? Itulah yang perlu ditanya pada diri kita sendiri. Moga-moga dengan apa yang dibaca ini,mampu meberi kesedaran kepada saya sendiri dan juga kepada semua pembaca,baik laki-laki dan perempuan. Usah beralasan lagi,ayuh,kita kembali kepada Islam yang sebenar.  Dengan harapan,kita mampu menjadi saksi yang benar sepertimana dilakukan oleh Rasulullah kepada kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s