Pak Cik Perokok Wingston; Dia Pro-Israel?

Petang semalam, di sebuah kedai 24 jam ketika saya sedang beratur untuk membayar, sesuatu yang amat mengecewakan berlaku.

Kecewa saya bukan  kerana orang melintas barisan. Bukan.

Dua orang lelaki A dan B, bukan nama sebenar (saya tidak mengenali mereka). Berdasarkan fizikal mereka, saya amat yakin mereka adalah orang Melayu dan beragama Islam. Si A, seorang yang agak berumur. Manakala si B seorang yang sedikit muda daripada si A.

Lebih kurang begini perbualan mereka:

B: Israel serang lagi, orang nak bagi bantuan…

A: Apa barang ada senjata tapi tak guna? Orang dah ada senjata (Israel), guna je lah! (Memandang wajah cashier kemudian berkata lagi). Bagi Wingston biru,2 kotak! Tak lawa lah gambar ni…(gambar pada kotak rokok, sinis).

Saya tidak tahu sama ada Pak Cik A itu sekadar bergurau atau memang niatnya untuk berkata begitu. Yang pasti, perbualan mereka berhenti di situ. Dalam hati, saya cuma mampu beristighfar.

ASTAGHFIRULLAHAL’AZIM…

ASTAGHFIRULLAHAL’AZIM…

ASTAGHFIRULLAHAL’AZIM…

Rupa-rupanya ada umat Islam sebegini. Saat kita memohon pada Allah agar konvoi bantuan ke Gaza selamat, saat itu ada juga yang tak ambil kisah saudara seagama sendiri diserang. Seolah Pak Cik A ini pro-Israel. Seolah-olah menyokong Israel laknatullah itu. Seolah-olah rela  melihat saudara seagama sendiri yang mahu menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza  ditembak! Dibedil!

Saya tidak tahu, di manakah letaknya sensitiviti Pak Cik A terhadap agama Islam yang dianutinya? Di manakah caknanya terhadap saudara-saudara sendiri?  Apakah ini masyarakat yang kita impikan? Saya kecewa dengan kata-katanya. Betapa imej buruk jelas tergambar, menyebabkan rasa hormat saya merudum. Kalaulah semua orang sepertinya, tidak terbayangkan apa yang akan terjadi pada dunia hari ini.

Daripada Jarir bin Abdullah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang tidak mengasihi manusia, nescaya Allah ‘Azzawajalla tidak mengasihaninya”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Semua orang buat hal sendiri. Semua orang tak ambil kisah antara satu sama lain. Kau, kau. Aku, aku. Kalaulah sampai ke tahap itu, satu masa nanti kita tidak akan ambil peduli langsung masalah umat. Masalah masyarakat yang berantakan.

“Lantak kaulah nak bunuh diri. Kau yang mati, bukan aku…”

“Kau tak sembahyang, kau yang berdosa. Lantak kaulah nak tido mati, ape aku kisah.”

“Malas la aku kejut kau. Kau tido mati. Selamat ponteng kelas la yek!”

Apakah sampai begini sekali keadaannya nanti? Hilangnya rasa kasih pada saudara seagama sendiri. Hilangnya sensitiviti. Paling teruk, hilangnya rasa kemanusiaan. Kerana apa? Kerana tidak menghayati firman Allah s.w.t ini yang bermaksud:

“Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai”

(al-A’raaf 7: 179)

ASTAGHFIRULLAHAL’AZIM…

Tujuan saya menceritakan kisah ini bukan untuk mengaibkan si A. Tapi untuk kita sama-sama bermuhasabah dan mengambil pengajaran.

Daripada Anas r.a., sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Apa yang telah ditunjukkan oleh Pak Cik A petang semalam cukup mengecewakan saya yang berada di situ sebagai saudara seagamanya. Pak Cik A tidak mengasihi dirinya sendiri. Pak Cik A beli 2 kotak rokok Wingston. Malangnya, Pak Cik A tidak ambil kisah amaran gambar pada kotak rokok itu. Selagi rokok-rokok terus dijual, selagi itu keadaan ini akan berterusan.

Kembali semula pada tajuk asal, persoalannya, apakah Pak Cik Perokok Wingston itu benar-benar pro-Israel atau seorang yang tidak akan cakna umat sendiri sehinggalah dia sendiri atau ahli keluarganya sendiri diperlakukan dengan zalim?

Wallahu’alam…


Advertisements

4 thoughts on “Pak Cik Perokok Wingston; Dia Pro-Israel?

  1. hmm,kekadang kita x sedar dalam semangat kita mencarut Israel tp diam2 kita menyokong produknya…nak wat camne…kesedaran xde,tapi semangat je lebih..buat tanpa kefahaman…

  2. aku tak rasa pak cik A berniat macam tu. yang dimaksudkan dengan ada senjata, tapi tak guna tu mungkin merujuk kepada negara2 islam lain. yang hanya berpeluk tubuh sekadar tengok tanpa tindakan. wallahualam.

  3. Assalamualaikum w.b.t,
    Mungkin niatnya lain, hanya Allah yang tahu..
    Tapi, dengan cara cakap lepas, intonasi dan riak wajahnya jelas menunjukkan rasa relanya konvoi bantuan ke Gaza diserang Yahudi.Saya yakin, anda juga akan merasakan begitu jika anda di tempat saya waktu itu.

    Sabda Rasulullah s.a.w:

    “Sekumpulan daripada umatku akan berterusan menzahirkan kebenaran. Walaupun terdapat orang yang mengecewakan (tidak membela dan menolong) mereka, sehinggalah tiba hari kiamat, mereka tetap dalam keadaan demikian”
    (Riwayat Muslim)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s