Supaya Solat Kita Diterima Allah

Alhamdulillah pada artikel yang lepas, saya telah kongsikan  hadis-hadis tentang kaifiat berwudhu. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit lagi, tentang persiapan sebelum solat. Seperti biasa, jika terdapat sebarang kesalahan, adalah amat dialu-alukan untuk membetulkannya. Kerana saya juga masih dalam proses mencari ilmu.

Setelah sempurna wudhu kita, kita telah memasuki fasa untuk menunaikan solat.

Jika engkau hendak berdiri untuk solat, maka sempurnakanlah wudhu’ kemudian menghadaplah ke kiblat lalu bertakbirlah. [HR Bukhari Muslim]

Menghadap ke arah kiblat adalah syarat sah untuk solat. Bagi kita sekarang, arah kiblatnya adalah kaabah yang terletak di masjidilharam, Mekah.

Sungguh Kami (sering) melihat mukamu (Muhammad) menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidilharam itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.

[Al Baqarah:144]

Namun, terdapat juga beberapa keadaan kita tidak diwajibkan untuk menghadapkan wajah kea rah kiblat untuk menunaikan solat.

Jika kamu dalam keadaan takut (bahaya), maka salatlah sambil berjalan atau berkendaraan. Kemudian apabila kamu telah aman, maka sebutlah Allah (salatlah), sebagaimana Allah telah mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.

[Al Baqarah:239]

Dan apabila kamu (Muhammad) berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan salat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (salat) besertamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang salat besertamu) sujud (telah menyempurnakan serakaat), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum bersembahyang, lalu bersembahyanglah mereka denganmu, dan hendaklah mereka bersiap siaga dan menyandang senjata. Orang-orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan sekaligus. Dan tidak ada dosa atasmu meletakkan senjata-senjatamu, jika kamu mendapat sesuatu kesusahan karena hujan atau karena kamu memang sakit; dan siap-siagalah kamu. Sesungguhnya Allah telah menyediakan azab yang menghinakan bagi orang-orang kafir itu.

[An Nisa:102]

Kita berbalik semula kepada persiapan solat tadi.  Sesungguhnya Rasulullah menunaikan solat sunat dan solat fardhu dengan berdiri. Jadi bagi kita yang masih bertenaga, tunaikanlah solat dengan berdiri penuh sedia dan solatlah bersama dengan jiwa kita.

Peliharalah segala salat (mu), dan (peliharalah) shalat wusthaa. Berdirilah karena Allah (dalam salatmu) dengan khusyuk.

[Al Baqarah:238]

Tetapi ada kita juga dibolehkan untuk solat dalam keadaan duduk. Antaranya :

  1. Jika kita mengalami kesulitan untuk berdiri atau jika kita sakit. Ia adalah berdasarkan hadis berikut.

Diperbolehkan solat dengan duduk jika sakit atau kesulitan berdiri.

[HR Bukhari, Abu Dawud, Ahmad]

  1. Jika imam yang mengimami solat kita menunaikan solat dalam keadaan duduk. Jadi kita sebagai makmum wajib mengikuti imam walaupun kita mampu untuk berdiri. Kerana di dalam solat, imam adalah untuk diikuti.

Jika imam solat dengan duduk kerana sakit maka makmum wajib solat dengan duduk walaupun mereka bisa berdiri.

[HR Bukhari Muslim]

Tetapi, pahala orang yang menunaikan solat secara berdiri adalah lebih berbanding yang tidak melaksanakannya secara berdiri.

Pahala orang yang duduk, separuh dari solat orang yang berdiri.

[HR Bukhari, Abu Dawud, Ahmad]

Kemudian, untuk menunaikan solat. Kita hendaklah menghadap sutrah ataupun pembatas. Kita mesti menunaikan solat berdekatan dan jangan terlalu jauh dengan sutrah supaya tidak dilewati oleh orang lain ketika kita sedang menunaikan solat. Kerana terdapat hadis yang mengatakan lebih kita berdiri bagi tempoh 40, tetapi tidak dipastikan 40 tahun atau yang lain, cuma ia adalah satu tempoh masa. Kewajipan untuk menghadap sutrah adalah bersandarkan hadis berikut.

Janganlah kalian solat kecuali dengan menghadap sutrah.

[Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah dengan sanad jayyid]  Hadis yang semakna juga terdapat dalam sahih bukhari dan Muslim.

Sanad Jayyid bermaksud jalan riwayat hadis dari Rasulullah yang baik dan dipercayai.  Menurut kitab Al-Masjidi fi Al-Islam:78, antara contoh-contoh sutrah adalah tiang, dinding, punggung orang, tas (beg), atau apa-apa yang mempunyai ketinggian minimum satu hasta.

Yang dimaksudkan dengan punggung orang adalah jika orang yang sedang solat di saf hadapan kita, jadi bolehlah kita menjadikan dia sebagai sutrah kita. Ataupun, orang di depan kita telah selesai bersolat tetapi dia duduk untuk berzikir, maka dia juga boleh dijadikan sutrah kita. Secara mudahnya, sewaktu hendak solat, pastikanlah kita berada dengan dengan sutrah kita.

Sampai di sini sahaja dahulu, semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu kita semua dengan izinNYA. =)

Perkongsian ,ditulis oleh :Cerah Jeff

Tentang menghadap kiblat,ada satu kisah yang ingin dikongsi. Sebenarnya,kiblat umat Islam ditukar sebanyak 2 kali, dari makkah ke baitul maqdis ke makkah semula. Ketika berada di Makkah,umat Islam solat menghadap ka’bah dan bila berhijrah,umat Islam menghadap baitul maqdis. Umat Islam sebelum berhijrah ke Madinah,mereka sudah alami perit derita kesakitan diseksa dan mereka berjaya mengatasinya namun bila berhijrah ke Madinah,ada satu ujian yang tidak pernah mereka alami dan sukar mereka lepas iaitu ujian psikologi yang dicipta oleh orang Yahudi. Bila kiblat mereka bertukar,orang Yahudi mula bercerita, “masakan Muhammad seorang yang sahih jika dia juga menyembah ke arah kami sembah?” Umat Islam mula meragui nabi. Ramai yang semakin kuat imannya dan ramai juga yang keluar dari Islam. Ujian penukaran arah kiblat ini sememangnya membuatkan nabi resah gelisah tapi walau sekalipun,nabi tidak pernah mengadu kepada Allah akan kegelisahannya,dia cuma menggambarkannya melalui bentuk perbuatan(mendongak ke langit,menanti-nanti wahyu perubahan).

Bayangkan,ujian penukaran dan tekanan dari Yahudi ini bukan sehari,seminggu atau sebulan,tetapi setahun lebih. Anda ke tempat orang,tiba-tiba ramai orang mula mempersoalkan Islam anda,mereka beri hujah itu,beri hujah ini sehingga anda terdiam,bukan tidak ada jawapan tapi anda sudah tidak tahu untuk jawab apa. Nescaya ketika itu,kalau keluar dari Islam mampu menghilangkan tekanan manusia di sekeliling,mungkin,kita akan keluar dari Islam. Ujian dan tekanan ini kerana apa? Ya,Allah menapis sahabat,mencari yang terbaik antara yang terbaik. Maka tidak hairan jika ahli arkeologi cina suatu ketika dahulu,menjumpai masjid yang dibina oleh Saad Bin Abi Waqash di Cina,atas sebab ujian dan tekanan ini,sahabat mampu mengharungi padang pasir,gunung dan sungai yang memisahkan antara Makkah dan Cina.

2 thoughts on “Supaya Solat Kita Diterima Allah

  1. seperti yg difirmankan olh Allah s.w.t..dlm surah Al-baqarah tersebut..”kitab al-quraan ini tidak ada sebarang syak padanya
    ia pula menjadi petunjuk kepada orang-orang yang hendak bertaqwa iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara
    yang ghaib dan mendirikan sembahyang.”
    1.apa yg patut didahulukan, sembahyang atau beriman kepada perkara2 ghaib?
    2.apakah maksud perkara ghaib?
    *alam ghaib kah, atau alam barzah..yakni syurga dan neraka?
    salam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s