Nama saya Ray~

Hai, nama saya Ray ( bukan nama sebenar). Ray gadis 20-an. Ray ni biasa-biasa je. Tidak la baik sangat. Jahat sangat pon tidak. Ray membesar macam gadis lain. Ibu bapa Ray memang jaga dari segi solat ke puasa ke senang cerita perkara-perkara asas agama memang Ray diajar sejak kecil. Apabila Ray masuk sekolah menengah, sekolah Ray juga mementingkan bab-bab agama. Aurat mesti ditutup dengan sempurna, solat mesti 5 waktu berjemaah di masjid. Dulu pun Ray join usrah, tapi usrah yang “huhahuha”, senang cite, usrah yang main-main kuiz pasal agama, usrah tak serius sangat la. Bila Ray masuk ke peringkat pengajian yang lebih tinggi, Ray masih seperti dulu. Ray masih ingat kewajipan solat dan menutup aurat. Tapi masa tu tak tahu lagi kaki tu pun aurat. Sampailah Ray dengar ceramah seorang rakan Ray dalam satu kuliah maghrib;

“ Kaki wanita tu pun aurat. Kalau kami (lelaki) nampak kaki wanita, kami terangsang,” kata kawan Ray tu.

Masa tu Ray rasa takut  berdosa dan mula pakai stokin. Kalau tak silap Ray,ramai juga kawan-kawan Ray yang mula pakai stokin selepas dengar caramah tu.

Lepas tu Ray hidup macam biasa. Tiada perubahan pada diri Ray. Apabila tahun semakin meningkat, seorang rakan serumah Ray ajak Ray join usrah.

“Ray, ko tak nak join usrah ke?” tanya kawan Ray.

“ Taknak la, aku tak bersedia lagi,” jawab Ray  yang ketika itu sangat anti budak-budak usrah kerana bagi Ray mereka ni tak nak berkawan dengan orang lain. Tapi hakikatnya, Ray sedang menyekat hati Ray dari kebenaran.

Tapi takdir Allah merapatkan hubungan Ray dengan Maya( bukan nama sebenar). Sebenarnya Ray kenal Maya sejak sekolah lagi tapi tidak la rapat sangat. Lama kelamaan berada di kelas yang sama, Ray semakin rapat dengan Maya. Ray boleh terima kalau Maya tegur Ray ada buat salah. Ray boleh ikut kalau Maya ajak Ray solat berjemaah bersama sebab Ray tertarik dengan peribadi Maya. Peribadi Maya betul-betul menunjukkan dia seorang muslimah yang baik. Jadi kalau Maya ajak Ray buat bende baik Ray mesti ikut sebab Ray nak jadi baik macam Maya.

Dan Maha Suci Allah juga meletakkan Ray satu bilik dengan Maya pada tahun ketiga pengajian.  Semakin senang Ray  ikut Maya buat benda-benda baik. Solat berjemaah, tadarus, puasa sunat dan banyak lagi. Ray semakin yakin dengan jalan yang Ray pilih. Kerana Ray tidak keseorangan, Ray ada Maya yang sentiasa menyokong selain dari bantuan Allah yang sentiasa mendahului. Maya mengajak Ray join usrah yang dibawa oleh seorang naqibah. Ray suka naqibah Ray. Ray suka cara orang sekeliling membawa Ray mendekati jalan dakwah. Sangat berhikmah jauh sekali memaksa. Bila Ray sedang marah, mereka berlembut. Apabila yang Ray buat tu salah, mereka tegur dengan penuh berhikmah.Lama kelamaan, Ray mula mendekati jalan dakwah.

Ketika itu Ray sudah mula yakin. Jalan menyampaikan dakwah adalah jalan hidup yang terbaik. Maka Ray join semua program yang ada ketika itu. Bagi Ray pelajaran bukan halangan. Tapi selepas Ray masuk jalan dakwah, keputusan peperiksaan Ray menurun, tapi Ray tidak rasa ia salah dakwah, Ray rasa ia salah diri Ray yang tidak pandai bahagi masa.

Sekarang Ray ditempat baru. Ray tidak lagi punya Maya disisi. Yang pasti Ray tetap punya Allah yang sentiasa menyayangi Ray. Disini Ray menyertai usrah dengan murabbi baru. Tapi malangnya Ray rasa Ray tidak boleh terima cara murabbi Ray. Banyak kali murabbi Ray menegur Ray dengan cara yang agak sinis. Ada juga suatu ketika Ray cuba berkongsi tentang satu hadith, murabbi Ray dengan muka sinis mempertikaikan hadith yang dikongsi. Ray rasa terhina. Ray rasa malu depan kawan-kawan ketika itu. Apa salahnya jika Ray ditegur dengan cara yang lebih berhemah. Bukankah Islam mendidik umatnya menegur dengan berhemah?. Ray sudah tawar hati sekarang. Tapi Ray kuatkan hati untuk isiqamah menyertai usrah mingguan. Tapi jika ada program lain yang melibatkan murabbi Ray, Ray tidak lagi bersemangat dan Ray akan mengelak dari menyertainya kerana Ray takut dimalukan lagi. Ray takut perasaan benci Ray semakin memuncak. Segala hinaan dan teguran sinis masih melekat dalam hati Ray. Sekarang Ray mula keliru, bagaimana Ray akan menyambung perjuangan atas jalan dakwah jika jalan untuk kesana disekat dengan satu perasaan negative.  Sekarang Ray tidak lagi seaktif dulu, Ray tidak lagi menyertai program-program selain usrah mingguan Ray.Sekarang Ray sedang berdiam, Ray sedang mencari kembali semangat berdakwah kerana Ray yakin jalan dakwah adalah jalan hidup yang terbaik mendapat redha Allah.

http://www.youtube.com/v/br9qEF1sIqM&hl=en_US&fs=1&

8 thoughts on “Nama saya Ray~

  1. promot blog ke ape tu? hahhaa
    BTW,kpd Ray(kalau betul wujud la),dalam agama,jangan lihat penyampainya siapa tapi lihatlah apa yang disampaikan(walopon saye kadang2 jadi cam Ray gak)…
    moga Allah sama2 tabahkan hati kita

  2. erm, trigat citer ray…
    aku rasa mcm pernah alami jer…

    apa2 pun teruskan berblog…!
    moga2 angpa semua dipermudah…

  3. salam,
    alahai citer Ray rsenye mcm familiar..pe2 pn Ray kadang2 naqibah juga bukanlah seorang nabi yg maksum dri sume kesalahan..berdoalah agar dipertemukan penyelesaian yang terbaik..berdiam diri bukanlah pilihan yang tepat..takut2 nanti Ray akan terus berpaling dri jalanNya..hidayah yang Ray dpt jgn persiakan..

    p/s:naqibah pn seharusny perlu mengenali adik2 terlebih dahulu..takut2 nnt adik2 yg mgkin bru nk berjinak2 trus lari n semakin menjauh dri medan ni..

    wallahualam..

  4. brkongsi pndapapat,cetusan rasa dan suara..

    kadang2 sedikit palit dan najis di jalan dakwah menyebabkan ramai yang meludah dan benci jalan ini..
    bukan semua naqib/naqibah anak usrah mampu selami taaruf(mengenal),tafahum(memahami),takaful(menolong) dalam usrah itu sndri,
    dan tnggungjawab dan amanah lebih berat kpd naqib/naqibah itu sndiri.dia yg kena beralah lebih,berkorban lebih,sumanya lebih(kecuali time makan karamucho atau mnum van houten,yg ni kena kurang)
    diri ni sndiri pnah merasa..’ape kes perli2/sindir2 ni?..wallahualam,bisikan syaitan atau tidak…namun kita sedaya upaya,sntiasa husnu zon dan berlapand dada
    ‘mana dia saat aku nk pertolongan,,sibuk sgtkah dia ,sakitkah dia?(cmne nk penuh 10 muwasofat muslim klo 24jam sakit,dakwah2 gak tp makan,jogging la gak)?kata murobbi,kata ustaz,kata ayah.cari aku time nk wat keja ja..patutkah?
    akhirnya hati bertekad;
    kita akan sntiasa beralih,brjumpa naqib/naqibah baru..dan kita xbole harap suma naqib/naqibah akan memahami kita,walaupun kita sntiasa cuba memahami naqib/naqibah.masing2 ada komitmen msg2,atau buat2 ada komitmen..
    kita sndiri x bole berpaling pada jalan ini,jalan dakwah perlu kita teruskan..andai naqib/naqibah,masul/masulah,presiden/naib presiden n ape2 lagi nama yg sedap2 n sesuai x mmbantu kita atau menjatuhkan kita,kita punya Allah dalam setiap pengaduan dan pertolongan..teguhkan hati,tetapkan keyakinan,pertolongan Allah pasti dtg..insyaAllah

    Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan- Al fatihah(5)

    p/s= hok mana naqib/naqibah wat hal 2,meh den nk siku,suko sgt kasi down adik2..

  5. sama-sama la kita doakan
    semoga Ray akan teruskan perjuangan dakwah
    sepenuh hati tanpa rasa kecil hati lg😉

  6. i’Allah Ray akan kuat semangat melalui jalan yang tiada penghujung nie..saya percaya Ray takkan terus lari dri medan ini..jalan ini jalan panjang yang tiada kesudahan,sepanjang perjalanan terhampar berbagai mehnah…semuanya untuk menguji Ray..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s