Kenal Mawi tak??

“ Kenal Mawi tak?” seorang kanak-kanak ditanya dalam satu program televisyen.

“ Kenal.” Kanak-kanak itu menjawab dengan rasa teruja.

“ Nyanyi lagu Mawi sikit, 1,2,3….” kanak-kanak itu disuruh menyanyi lagu Mawi.

“  Kau biarkan aku sendiri meratapi nasib dalam hidupku Saleha,” kanak-kanak itu menyanyi dengan merdu.

Mawi

Itu fenomena beberapa tahu yang lalu. Kini, jika disuruh kanak-kanak menyanyi lagu kumpulan Bunkface ke, lagu Faizal Tahir ke, mesti mereka boleh menyanyi siap dengan gaya dan penghayatan.

Tapi rasa-rasanya, ramai tak kanak-kanak yang mengenali al-syahid Hasan Al-Banna. Seorang insan yang syahid dalam menegakkan Islam dimuka bumi. Ketika kecil beliau sudah membaca sahih muslim. Ketika umur 10 tahun beliau sudah banyak membaca , kuat ingatannya dan mempunyai jiwa kepimpinan sejak kecil. ketika tahun 1923, beliau berusia 16 tahun dan menyambung pengajian di Universitu Darul Ulum di Kaherah. Ketika itu beliau mengambil jurusan guru.

Hari pertama Hasan Al-Banna di university, beliau melihat tiada orang yang melakukan solat jemaah, malah ketika itu, surau pun tidak ada di university tersebut. Ketika berjalan sendirian, beliau bertemu dengan seorang tukang kebun yang sedang solat di bawah tangga. Lantas beliau bertanya mengapa tukang kebun itu solat sendirian di bawah tangga. Jawab tukang kebun itu, dia tidak mahu menggangu orang lain. Selepas itu Hasan Al-Banna mengajak tukang kebun itu solat di taman. Maka selepas itu ramai yang mengikut jejak langkah mereka untuk sama-sama solat berjemaah di taman sehinggalah sebuah masjid dibina di university itu.

Pada tahun 1928, ketika itu beliau berusia 23 tahun, maka beliau berjaya menamatkan pengajian dan menjadi seorang guru di Ismailiyyah. Ketika tahun 1946 pula, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatian kepada kegiatan dakwah dengan berkesan dalam masyarakat di bandar itu. Pada mulanya beliau pergi ke masjid untuk berdakwah, tetapi kurang mendapat sambutan kerana ketika itu masjid digunakan untuk berbalah tentang hukum (khilaf). Hasan Al-Banna tidak berputus asa dan beliau pergi pula ke kedai kopi. Ketika itu keadaan di kedai kopi sungguh menyedihkan. Orang ramai melepak, minum kopi, menonton gusti. Maka beliau bertekad memberi ceramah setiap minggu di kedai kopi.

Selepas itu datang 6 orang yang terdiri daripada tukang kebun dan petani yang mahu berguru dengan Hasan Al-Banna. Maka beliau berkata;

“ Aku tidak perlukan anak murid, tetapi aku perlukan saudara-saudara seislam yang mahu membina Islam, bekerja bersama aku bukan untuk aku.”

“ Kalau kalian mahu, mari kita mengikat janji setia untk membela Islam, buat perubahan dalam Ismailiyyah.”

Maka selepas itu terbinalah Ikhwanul Muslimin. Ketika tahun 1943, berlaku perang di Palestin. Kerajaan membuka peluang kepada rakyat yang mahu berperang tetapi kurang sambutan. Ikhwanul Muslimin menghantar orang-orang yang mendapat tarbiyah ke Palestin untuk berjihad. Mengapa mesti orang yang mendapat tarbiyah? Kerana bukan calang-calang orang yang boleh pergi berjihad, orang yang cintanya hanya pada Allah sahaja mampu berjihad hingga ke titisan darah terakhir.

Sejarah membuktikan bahawa dakwah bermula bukan dari alim ulama, tetapi dari golongan biasa. Dakwah juga tidak semestinya berlaku di masjid, tetapi boleh berlaku di kedai kopi. Usaha al-syahid Hasan al-Banna sepatutnya diteruskan oleh kita, generasi muda yang ada diantara kita dalam golongan professional.

Mengapa manusia semakin mengejar dunia? Mengapa manusia semakin melupakan tokoh-tokoh agama yang menggadaikan nyawa untuk Islam? kerana mereka tidak tahu sejarah. Meraka tidak tahu bagaimana sukarnya menegakkan Islam sehingga lahir kita terus dalam Islam. Renung-renungkan, apa sumbangan kita pada agama. Apa sumbangan kita saat-saat saudara kita ditindas di Gaza. Apa peranan kita saat orang Islam kini berpusu-pusu murtad menganut agama lain. Adakah kita mahu menjadi orang yang melepak di kedai kopi? Atau kita mahu menjadi orang yang berdakwah di kedai kopi? Pilihan ditangan kita. Janji Allah pasti berlaku. Tepuk dada tanya iman.

2 thoughts on “Kenal Mawi tak??

  1. seiring dengan kehendak rancangan zionis melambakkan budaya hedonisme di kalangan umat Islam. umat Islam di Malaysia sudah terpengaruh dengan dakyah yang di bawa oleh mereka..same goes to artis sekarang, di katakan wanita artis muslimah tetapi terkinja-kinja di atas pentas Akademi Fantasia. muslimah kah begitu..?? tepuk dada tanya iman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s