Utopia (9) : BABI!

Hari tu kita bincang tentang tasawwur ibadat. Ulangkaji sikit, ibadat bererti segala perbuatan yang niat dan cara pelaksanaannya menjurus ke arah tunduk patuh dan berserah diri kepada Allah. (pendapat peribadi, boleh diterima dan ditolak)

Kali ini kita akan berbincang tentang tasawwur kita tentang BABI.

Kalau ada anugerah binatang paling kontroversi dalam kalangan rakyat Malaysia, mesti Babi boleh menang tempat pertama. Sensitifnya kita tentang Babi, sampai kepada kanak-kanak kecil pun faham isu Babi ini isu yang sensitif.

Cuba kalau ade kawan kita marah bergurau dengan kita,

“Isy kau ni, bengong betul la”

Atau

“Isy kau ni, ayam betul la”

Kita masih boleh tersenyum dan bergelak ketawa, setidak-tidaknya masih boleh terima. Tapi kalau ada orang kata

“Isy kau ni, Babi betul la”

Darah mula tersirap sampai ke muka. Penghinaan itu dirasakan pada tahap yang paling tinggi. Lebih-lebih lagi kalau yang menyampaikan ayat itu orang yang kurang mesra dengan kita, atau kohai (junior) kita dan sebagainya.

Dek kerana sensitifnya perkataan Babi ini kepada masyarakat, golongan-golongan yang bercakap tentang agama, lebih-lebih lagi berhati-hati menggunakan perkataan ini. Cuba bayangkan kalau dalam ruangan komen di bawah, ada editor memberi komen,

“Babi la korang ni!”

Susah nak terima kan? Lain kalau dia sebut,

“Sengal la korang ni!”

Kerana itu juga, ada sesetengah orang begitu berhati-hati, sampai kalau dalam masjid nak sebut perkataan Babi ni, mereka akan tukar kepada perkataan ‘Khinzir’. Walaupun merujuk kepada binatang yang sama, tapi nadanya menjadi berbeza.

Jadi sebenarnya, siapakah Babi di mata kita?

Sesuatu yang jijik dan hina?

Huhu…

Di manakah terletaknya kehinaan seekor Babi di mata kita?

Pada wajah dia yang tidak comel?

Pada bau dia yang busuk?

Pada kehidupan dia yang makan apa saja?

Pada keharaman nak makan babi?

Pada wajib samak?

Tak kisahlah di mana sekalipun, Babi tetap Babi di mata kita. Betul? Tetap hina dan jijik.

Kita telah didoktrin sejak kecil macam tu.

.

Tapi….

Tapi sedarkah kita, menampal gambar Babi di dalam bilik, lebih baik daripada tampal gambar perempuan terdedah aurat kat dalam bilik.

Berjalan-jalan pegang Babi, lebih baik dari berjalan-jalan pegang tangan bukan mahram.

Sedarkah kita, maksiat yang kita buat, kalau kita tak sembahyang ke, kalau kita tak laksanakan sepenuhnya perintah Allah ke, benda tu pun sebenarnya hina jugak.

Sehingga tasawwur kita, bagaimana cara kita memandang maksiat itu, seperti jijiknya kita memandang Babi, sama-samalah kita muhasabah dan usaha mempertingkatkan iman.

Sedikit renungan, mungkin berkaitan,

NORMALISASI MUQADDIMAH ZINA

Mencegah lebih baik daripada mengubat… bukan slogan tanpa asas!

Cabarannya, bagaimanakah penerimaan kita terhadap saranan-saranan Allah ini?

Percaya bahawa kita lebih bijak daripada-Nya?

Semua perintah dan larangan yang dihimpunkan itu tadi (sebagai memetik sebahagiannya) telah mengalami normalisasi. Semuanya sudah diterima sebagai satu cara hidup semasa.

Make sure you balik before Midnite, ok. This is my house. You follow my rule!” kata si ayah yang ‘cool’.

Anak lelakinya keluar menonton wayang dengan rakan silang jantina.

Muqaddimah zina sudah jadi biasa. Sudah tidak lagi dianggap salah. Ia diterima sebagai satu cara hidup kontemporari, tidak hanya di kota malah di desa. Sudah jadi biasa. Lantas buruk benar kalau ia tiba-tiba digelar sebagai Muqaddimah Zina!

Itulah NORMALISASI…

Alaa, she’s still young. Let her taste the excitement. Just be herself. Jangan hipokrit. Nanti bila nak pakai tudung tu, dia pakailah. Kita doakan!” kata si emak melihat anak perempuannya keluar rumah dengan penuh gaya.

Memaksa diri bertudung kerana di dunia ini ada Tuhan, namanya hipokrit?

Akhirnya, menutup pintu Muqaddimah Zina dianggap kolot.

Walhal itulah hidup bertamadun. Hidup yang tahu membataskan diri.

Bergaul sesuka hati, menyentuh sesedap rasa, menunggang tak kenal agama, itu Lifestyle rimba.

“Nampakkah kamu keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.” [al-Furqan 25: 43-44]

Saksikanlah ya Allah bahawa aku berusaha menyampaikan!

http://www.saifulislam.com

http://saifulislam.com/?p=8139

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s