Mereka Lukis Nabi Kita?!

When you attack black peolple,they call it racism. When you attack Jewish,they call it anti-semetism. When you attack women,they call it sexism. When you attack jomosexuality,they call it intolerance. When you attack a country,they call it treason. When you attack a religious sect,they call it ‘hate’. But when they attack the Prophet Mohammed,they call it freedom of speech.

Selama ini,saya tidak pernah perasan semua ini sehinggalah saya baca status Facebook seorang kawan saya yang meminta kawan-kawan lain jadikan ayat di atas sebagai status di Facebook. Memang benar, bila kita menyerang mereka,ada saja pembelaan untuk mereka tetapi bila kita diserang dan kita ingin membela nasib kita, mereka menafikannya dengan mengatakan tindakan mereka itu adalah kebebasan. Pada saya,sungguh celaka!

Mereka Lukis Rasulullah

Suatu ketika dahulu,umat Islam sebulat suara membuat demostrasi di jalan-jalan membantah tindakan pelukis Denmark yang mekarikaturkan Rasulullah. Tidak cukup dengan melukis Rasulullah,mereka hina Rasulullah, keluarga dan sahabat. Kita marah lalu kita boikot semua jenama mereka,apa sahaja yang berkait dengan mereka,kita tinggal dan kita pulau,hasilnya,mereka menarik diri dan mengaku kalah. Tapi,beberapa selepas itu,sekarang, mereka pula berdemo dengan laungan slogan “we want freedom for all” sambil mengangkat sepanduk-sepanduk menyokong tindakan pelukis kartun tersebut.

Ya,mereka tidak puas dengan hanya berdemo,mereka guna kepakaran mereka sepenuhnya. Mereka menggunakan internet sebagai medan berperang. Saya terkejut bila pelbagai page-page baru seperti “We Want  Govn delete or block http://XXXX ” atau “Stop drawing our Prophet!” dan sebagainya. Saya teruja,apa sebenarnya group page ini mahukan yang sebenar,jadi saya buka dan ambil link yang diletak di status page tersebut,saya buka. Alangkah terkejut bila web tersebut adalah forum mengumpul hasil lukisan wajah dan penghinaan ke atas Rasulullah. Sesiapa sahaja boleh upload gambar yang dilukis dan sesiapa sahaja boleh memberi komen,anda tidak perlu Sign Up atau hatta mengisi nombor pengesahan. Saiz gambar? Besar mana pun diluluskan asal gambar tersebut menghina Rasulullah.

Kita Yang Terbakar

Saya tanya anda,sebagai seorang Islam yang mengaku tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad Rasulullah,anda masih mampu duduk di atas kerusi menghadap skrin komputer dengan tersenyum? Saya tidak! Jujurnya, hati ini telah nekad,andai ada seorang di antara mereka yang melukis kartun ini di hadapan saya,pasti saya bunuh dan cincang-cincang dirinya! Saya yakin,anda juga sama.

“Biar aku tidak puasa,biar aku tidak solat,biar aku tidak bayar zakat,biar aku main perempuan tapi bila orang hina Rasul aku,aku bunuh mereka!” Teriak kita kepanasan.

Betul,sesiapa sahaja yang merasakan dirinya Islam dan mengaku bahawa Muhammad itu rasul mereka,pasti marah bila ada orang menghina Rasulullah.

Flashback 1431 Tahun Dahulu

Saya sudah tidak boleh duduk diam,mata menjadi merah saga,tangan terketar-ketar menahan marah. Tapi tatkala itu,ada suara halus membisik di telinga saya supaya saya duduk bertenang dan berfikir sejenak, jika Rasulullah masih hidup,apakah baginda akan lakukan jika ada orang yang menghina baginda. Saya buntu,masakan saya mampu menjawabnya kerana saya bukan pada tahap nabi,tahap mukmin yang tidak berbuat dosa pun jauh sekali. Saya adalah seorang asi,seorang yang sentiasa melakukan kemungkaran,pastinya saya tidak mampu menjawab.

Fikir punya fikir,teringat pesanan seorang naqib. “If you want to judge someone,walk in their shoes first,then judge.” Untuk tahu apa tindakan yang patut saya lakukan,saya membelek balik kitab sirah Rasulullah,dengan harapan, walaupun sebenarnya saya tidak mampu merasai apa yang Rasulullah rasa,setidak-tidaknya,saya mampu menggambarkan apa yang Rasulullah lakukan tatkala orang sekeliling mengutuk,menghina dan mencaci baginda.

Bila diteliti balik sirah-sirah baginda,rupa-rupanya memang banyak peristiwa-peristiwa di mana Rasulullah dihina,dicaci,dimaki dan yang lebih bahaya,Rasulullah diancam bunuh! Sebagai contoh,peristiwa yang paling pahit dan paling terkesan di hati saya ialah peristiwa di Thaif.Disebabkan asakan dan tekanan yang diterima oleh Rasulullah di Makakh,Rasulullah bercadang untuk menyebarkan Islam di Thaif dengan harapan,di tempat baru, Islam mudah diterima. Tapi sebenarnya sangkaan Rasulullah silap,di Thaif,Rasulullah dan Zaid Bin Harithah dicaci,dimaki,dibaling dengan najis,batu dan pelbagai benda lagi. Untuk melindungi Zaid dari tercedara,Rasulullah menggadai badannya,kepala baginda terluka dan berdarah. Malaikat datang kepada baginda dan menawarkan khidmat menghancurkan penduduk Thaif tapi Rasulullah tolak dengan berkata, “mungkin akan ada di antara anak cucu mereka yang akan beriman kepada Allah dan daku.”

Rasulullah dan pengikutnya juga pernah dipulau selama 2 tahun lebih. Sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan dengan Rasulullah akan dipulau,tujuan pemulauan ialah untuk menyekat segala bekalan makanan dan pakaian sampai kepada Rasulullah. Umat Islam menderita kelaparan. Rasulullah berpura-pura kenyang di hadapan sahabat dengan memasukkan beberapa ketul baju ke dalam bajunya untuk kelihatan sedikit berisi tapi sahabat dapat mengesannya apabila mendengar bunyi geseran batu dari perut Rasulullah.

Pedang Bukan Segalanya

Saya kira,peristiwa yang berlaku di Thaif itu sudah cukup menjelaskan kepada kita apa tindakan yang perlu kita buat bila ada orang menghina Rasulullah. Bayangkan,Rasulullah sendiri walaupun dihina,dicaci,dimaki dan diserang sebegitu pun masih bersabar dan mendoakan kebaikan kepada penduduk Thaif,inikan pula kita? Kita yang solat di akhir waktu bersendirian,yang puasa tapi mata asyik melihat aurat,yang asyik berpegangan tangan dengan bukan mahram,ingin bangkit pegang pedang dan bunuh mereka yang hina Rasulullah dengan slogan membela Rasulullah? Rasulullah yang maksum pun tidak lakukan sedemikian,inikan pula kita.

Saya tidak menyeru untuk kita semua duduk diam dan membuat bodoh dengan apa yang berlaku,betul,kita wajib marah dan kita wajib ada sifat sensitif kepada agama. Sesiapa yang hina agama kita,kita wajib marah tapi pedang bukan lah segalanya. Kalaulah pedang adalah cara terbaik untuk mengatasi orang kafir, kenapa Rasulullah tidak benarkan sahaja malaikat menghancurkan penduduk Thaif,boleh baginda buka tamadun baru,tamadun Islam. Tidak perlulah bersusah payah balik ke Makkah,berhijrah ke Madinah.Sebabnya,pedang bukan segalanya.

Sampai Kiamat Mereka  Terus Menghina

Percaya atau tidak,kalau kita mempunyai kekuatan sehebat khalifah-khalifah dulu sekalipun,mulut mereka tidak akan berhenti menghina Allah,menghina Rasulullah,menghina agama kita. Mereka akan terus dan terus mencaci dan membuat bukti palsu supaya agama kita kelihatan kotor dan jijik. Inilah yang diterangkan oleh Allah dalam Al-Quran,surah As-Saf,ayat 8:

Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

Ini adalah kata-kata Allah dan kata-kata Allah pasti menjadi realiti. Orang kafir akan terus menimbulkan bukti-bukti palsu supaya dengan bukti-bukti palsu itu,Islam kelihatan agama yang tidak benar tetapi percaya atau tidak, semakin mereka menghina agama Allah ini,semakin jelas kebenaran Islam terserlah. Kita ada atau kita tiada,itu lansung tidak menjadi masalah untuk Allah memenangkan Islam.

Mereka Tahu Itu Kelemahan Kita

Ya,mereka tahu kelemahan kita. Kita adalah umat yang akan menjulang kemenangan bila kita menjadikan Akhirat tempat pertama dan dunia di tempat kedua,tatkala ini tiada siapa yang mampu mengalahkan kita walaupun ketika itu kita hanya memegang seketul batu kerikil dan mereka bermeriam besar. Meraka tahu,jika berlawan dengan tentera ‘akhirat’ mereka akan kalah,jadi mereka tipu kita dengan menjadikan dunia di tempat pertama dan akhirat di tempat kedua dan tatkala ini,walaupun kita diberi meriam sebesar angkasa dan mereka tidak bersenjata sekalipun,kita akan tunduk kepada mereka.

Untuk semua sedar bahawa “Solat-solat juga,belajar jangan tinggal” lebih penting dari “belajar-belajar juga,solat jangan tinggal”,dakwah wajib dilakukan! Kita mesti sebarkan kepada semua orang bahawa akhirat adalah pertama dunia yang kedua. Semua orang Islam wajib tahu benda ini dan wajib amal semua ini,barulah umat Islam layak duduk sama mulia dengan Islam itu sendiri.

Namun,mereka bimbang kita semua sedar,lalu mereka cipta propaganda-propaganda yang nampaknya seperti keagamaan tapi dengan propaganda tersebut,kita menjadi sibuk lantas tugas menyebarkan islam menjadi tergendala. Sebagai contoh,karikatur menghina nabi. Disebabkan mereka lukis nabi kita,kita marah lalu kita buat demo. Walhal dalam yang berdemo itu sendiri ada yang tidak menunaikan solat,ada yang tidak menjaga adab dan ada yang tidak menjaga batas-batasan agama. Inilah matlamat mereka, supaya kita berhenti dari berdakwah dan sibuk berdemo melawan mereka. Percayalah, hebat manapun kita berdemo, mereka tidak akan berhenti dari menghina agama kita.

Moga Tidak Tertipu Lagi

Betul,kita wajib marah bila ada orang menghina Nabi kita.Tapi,jangan sesekali menjadikan itu alasan untuk kita berhenti dari berdakwah,jangan itu menjadi alasan untuk kita tidak melunaskan kewajiban kita sebagai seorang Islam,jangan itu menjadi sebab kita dihumban ke dalam neraka. Sifat sensitif terhadap agama itu perlu,tapi jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk diri kita dari menyebarkan agama Allah. Dalam seruan Nya,Allah tidak pernah menyeru supaya kita menyucikan balik nama Islam yang dihina,sebaliknya teruslah menyebarkan Islam ke segenap pelusuk dunia kerana Islam tidak akan kotor walaupun Islam terus dihina.

Jangan Tertipu Lagi Duhai Sahabat.

2 thoughts on “Mereka Lukis Nabi Kita?!

  1. Sebuah artikel menarik yg bnyk menyedarkan sy..
    mohon dicopy paste ya utk dakwah sesama kita,
    syukran…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s