ようこそJADへ(Selamat Datang Ke JAD)

後輩達、ようこそJADへ

Selamat datang ke Japanese Associate Degree (JAD) buat kouhaitachi(junior-junior)…

6 Jun lepas, satu tarikh yang bermakna bagi saya, anda, kouhaitachi dan seluruh warga JAD. Dengan bilangan pelajar lelaki seramai 50 orang dan perempuan seramai 20 orang, batch baru ini melengkapkan ‘pakej’ choukouhai, senpai dan daisenpai di JAD.

Tahniah kerana telah bergelar senpai dan daisenpai, dan tahniah kepada choukouhai kerana anda terpilih sebagai pelajar JAD antara ratusan yang memohon. Mulai saat ini anda adalah sebahagian daripada keluarga JAD. Anda adalah keluarga kami.

Percaya Pada Diri Dengan Harapan dan Keyakinan

Ada kouhai yang bertanya kepada saya dan rakan-rakan lain tentang hidup di JAD. Bermacam-macam perkara daripada  makan sampailah shukudai dan shiken. Ada juga antara mereka yang masih 50:50 kerana mendapat tawaran di tempat lain. Orang kata, malu bertanya sesat jalan. Satu sikap bagus ditunjukkan oleh kouhaitachi. Teruskan bertanya pada senpaiachi atau senseitachi, Insya-Allah kami dan senseitachi sedia membantu selagi mampu.

Sudah 5 hari program orientasi untuk kouhaitachi berlangsung. Mungkin sedikit berbeza kerana mereka datang tanpa kenal antara satu sama lain kerana tiada program intensif. Namun, dengan semangat yang mereka tunjukkan antara satu sama lain, saya yakin mereka akan saling  mengenali dalam masa yang singkat. Ukhwah fillah…

Apa-apapun, marilah kita sama-sama perbetulkan niat kita menuntut ilmu di JAD. Tidak kiralah sama ada kita kouhai atau senpai. NIAT IS THE FIRST THING.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengai niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Besarnya kuasa niat, menentukan sejauh mana kita mampu teguh melangkah mengejar matlamat. Hidup di JAD bukan gambaran kehidupan yang mewah dengan wang biasiswa, riang ria bergembira bersama teman dalam hari sukan, hari keluarga dan kejohanan badminton, bukan jua pada kemegahan dapat bertutur dalam bahasa asing bersama-sama warga asing (Jepun) dan bukan jua sekadar kebanggaan dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Di sini, anda semua (khususnya diperingat kepada adik-adik yang baru melangkah ke JAD) akan teruji dari pelbagai sudut. Bermula dari corak kehidupan yang padat dengan jadual kelas dan kuiz, sehinggalah kepada kemungkinan untuk gagal dan tidak dapat menjejak kaki ke Jepun.

Anda akan menghadapi saat-saat yang sukar, berdepan dengan tekanan, berdepan dengan kegagalan, berdepan dengan kekecewaan dan berdepan dengan perbezaan pemikiran rakan-rakan. Maka apabila berdepan dengan segala tekanan yang menggugah jiwa yang sedia pongah, anda akan dapati jalan bagaikan tertutup, masa depan begitu kelam dan suram, dan kaki serasa tidak lagi mampu melangkah ke hadapan.

Saat itu, hanyalah niat yang tulus yang akan membisikkan semangat halus untuk menetapkan kaki anda berjalan di atas ranjau panjang ini. Hari ini, muhasabah kembali diri, tanyakan kembali kepada hati, berbaloikah segala pengorbanan ini?

Berbaloikah mengorbankan 3 tahun untuk sebuah kehidupan yang sangat memenatkan?

Berbaloikah hidup dalam situasi yang terpenjara dengan kelas dari pagi ke petang setiap minggu, disulami kuiz dan ujian yang menyesakkan kepala?

Berbaloikah bersengkang mata menghafal kanji-kanji dan bahasa-bahasa yang kita pun tidak pasti adakah kita akan gunakan lagi 30 tahun akan datang?

Jadi untuk apa anda di sini?

Kerana nak terbang ke Jepun?

Kerana ini satu-satunya tawaran biasiswa yang diterima?

Kerana paksaan keluarga?

Murahnya harga sebuah masa depan, jika hanya itu yang menjadi pertimbangan anda memperjudikan sebuah cita-cita dan impian.

Muhasabah untuk semua, carilah erti untuk apa anda di JAD ini? Carilah erti, untuk apa anda berada di sini? Supaya nanti, bila anda mati, tidak ada satu pun pilihan yang telah anda buat, menjadi rugi di mata Ilahi.

Kepada yang masih belum bertemu erti, teruslah mencari dan berdoa pada Ilahi.

Salam kasih dari abang-abang dan kakak-kakak di sini, buat adik-adik yang bakal menempuh jalan yang telah kami lalui. Semoga kita dipertemukan di akhir perjalanan kehidupan ini, dalam keadaan saling memahami erti diri.

Warga Azzariyat,

-memberi erti kepada diri-

Besarnya kuasa niat, menentukan sejauh mana kita mampu teguh melangkah mengejar matlamat. Hidup di JAD bukan gambaran kehidupan yang mewah dengan wang biasiswa, riang ria bergembira bersama teman dalam hari sukan, hari keluarga dan kejohanan badminton, bukan jua pada kemegahan dapat bertutur dalam bahasa asing bersama-sama warga asing (Jepun) dan bukan jua sekadar kebanggaan dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Di sini, anda semua (khususnya diperingat kepada adik-adik yang baru melangkah ke JAD) akan teruji dari pelbagai sudut. Bermula dari corak kehidupan yang padat dengan jadual kelas dan kuiz, sehinggalah kepada kemungkinan untuk gagal dan tidak dapat menjejak kaki ke Jepun.

Anda akan menghadapi saat-saat yang sukar, berdepan dengan tekanan, berdepan dengan kegagalan, berdepan dengan kekecewaan dan berdepan dengan perbezaan pemikiran rakan-rakan. Maka apabila berdepan dengan segala tekanan yang menggugah jiwa yang sedia pongah, anda akan dapati jalan bagaikan tertutup, masa depan begitu kelam dan suram, dan kaki serasa tidak lagi mampu melangkah ke hadapan.

Saat itu, hanyalah niat yang tulus yang akan membisikkan semangat halus untuk menetapkan kaki anda berjalan di atas ranjau panjang ini. Hari ini, muhasabah kembali diri, tanyakan kembali kepada hati, berbaloikah segala pengorbanan ini?

Berbaloikah mengorbankan 3 tahun untuk sebuah kehidupan yang sangat memenatkan?

Berbaloikah hidup dalam situasi yang terpenjara dengan kelas dari pagi ke petang setiap minggu, disulami kuiz dan ujian yang menyesakkan kepala?

Berbaloikah bersengkang mata menghafal kanji-kanji dan bahasa-bahasa yang kita pun tidak pasti adakah kita akan gunakan lagi 30 tahun akan datang?

Jadi untuk apa anda di sini?

Kerana nak terbang ke Jepun?

Kerana ini satu-satunya tawaran biasiswa yang diterima?

Kerana paksaan keluarga?

Murahnya harga sebuah masa depan, jika hanya itu yang menjadi pertimbangan anda memperjudikan sebuah cita-cita dan impian.

Muhasabah untuk semua, carilah erti untuk apa anda di JAD ini? Carilah erti, untuk apa anda berada di sini? Supaya nanti, bila anda mati, tidak ada satu pun pilihan yang anda telah anda buat, menjadi rugi di mata Ilahi.

Kepada yang masih belum bertemu erti, teruslah mencari dan berdoa pada Ilahi.

Salam kasih dari abang-abang dan kakak-kakak di sini, buat adik-adik yang bakal menempuh jalan yang telah kami lalui. Semoga kita dipertemukan di akhir perjalanan kehidupan ini, dalam keadaan saling memahami erti diri.

Warga Azzariyat,

-memberi erti kepada diri-

http://www.youtube.com/v/urmldnacG6k&hl=en_US&fs=1&

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s