Mati Itu Menyakitkan?

Kalau anda diberi pilihan,mati yang macamana anda mahukan? Mati dilanggar lori sehingga badan hancur-lebur? Mati dimakan Harimau sehingga tiada sisa lansung? Mati ditembak polis kerana tiada lesen? Mati terlantar di hospital kerana sakit teruk? Mati dimakan usia tua? Atau mati tenang ketika lena tidur? Yang mana satu anda mahukan? Mesti ramai yang mahukan mati ketika tidur,sebabnya mungkin kesakitan mati itu tidak dirasai. Kalau mati dilanggor lori atau dibahang harimau,pasti sakit ketika impak berlaku dengan lori dan ketika daging disiang oleh sang Harimau. Kalau mati ditembak polis,mesti sakit ketika darah mengalir keluar selepas peluru menusuk ke dalam tubuh badan. Atau mati di atas katil hospital,mesti sakit yang tidak terhingga. Jadi,adakah mati ketika tidur lansung tidak sakit?

Jawapan Ulama’ Haprak!

Suatu ketika dahulu,seorang pembaca majalah XXX telah menghantar soalan yang berbunyi :

Assalamualaikum Ustaz,adakah orang yang dimakan jerung juga akan merasai azab kubur?

Jawapan Ustaz tersebut:

Waalaikummussalam. Orang yang mati dimakan jerung tidak akan merasai azab kubur kerana kuburnya pun sudah tiada,mana mungkin dapat merasai azab kubur. Dan jasadnya juga sudah hilang,macamana malaikat ingin tanya soalan kepada orang yang tiada jasad?

Ketika membaca jawapan Ustaz ini,saya berumur 13 tahun dan baru sahaja mengenal agama Islam,apa yang saya tahu hanya asas-asas agama,tidak lebih dari itu. Tapi akal waras dan ilmu saya tahu bahawa jawapan Ustaz itu benar-benar menyimpang dari agama Islam. Sungguh memeranjatkan,Ustaz yang belajar dan graduat di Universiti Al-Azhar mampu memberi jawapan sedemikian. Mungkin kita tahu yang mana betul dan yang mana salah tapi bagaimana kalau jawapan ini diterima pakai oleh mereka yang benar-benar tidak tahu tentang agama? Moga Allah memberi hidayah pada kita dan Ustaz tersebut.

Semua Mati Sama Tapi…

Percaya atau tidak,inilah jawapannya. Semua mati,tidak kisahlah mati yang mengambil masa yang lama seperti mati sakit atau mati yang berlaku sekelip mata seperti letupan bom,merasai kesakitan yang sama. Katakan mati itu seperti 10 buah epal,maka semua orang akan menelan 10 biji buah epal,tidak kisah laju atau lambat,yang penting jumlahnya sama. Cuma yang menjadi persoalan,buah epal itu sedap atau tidak.Kalau buah epal itu sedap, 10 biji dimakan tidak terasa malah mahu lebih tapi kalau buah epal itu gebu,buruk dan tidak sedap,makan sebiji pun sudah cukup menyeksakannya.

Hal ini terangkan oleh Allah dalam surah Yusof ayat 31:

Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada – tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. Dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): “Keluarlah di hadapan mereka”. Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: “Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!”

[12:31]

Apa yang cuba diceritakan oleh Allah dalam ayat di atas ialah,bila kita merasakan satu keasyikan,kita tidak akan hiraukan apa yang berlaku di sekeliling kita. Dalam ayat di atas,para puteri dan permaisuri tidak sedar yang mereka terpotong jari mereka ketika sedang asyik melihat kekacakan Nabi Allah Yusof. Begitu juga dengan mati,ketika semua anak adam meninggal dunia,mereka akan ditayangkan gambaran keindahan syurga atau keazaban neraka. Andai syurga menjadi tontonan mereka,mati itu pasti tidak menyakitkan tapi kalau neraka yang ditayangkan,hanya Allah sahaja mengetahui kesakitan yang dirasainya.

Kisah As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

Dia adalah pengasas Ikhwanul Muslimin[Klik Untuk Baca Sedikit Tentang Nya]. Dia adalah seorang pemuda yang membawa perubahan besar kepada cara berfikir umat Islam yang selama ini lesu dipijak Orientalis barat.  Dia mempunyai pengikut yang sangat ramai dan sangat hebat,pengikutnya ramai di antara intelek-intelek di Universiti-Universiti terkemuka. Senang untuk kerajaan mengecam samada seseorang itu pengikutnya atau tidak,caranya semua pelajar terbaik di universiti yang Islam,semua pengikutnya.Disebabkan orang barat bimbang dengan pengaruhnya yang semakin kuat menular di kalangan belia-belia Islam,orang barat telah menghasut raja Mesir membunuhnya. Sebelum dia menghembus nafas terakhir,dia ditembak berkali-kali dan cedera parah. Bila dibawa ke Hospital, kakitangan Hospital menerima arahan dari atasan supaya membiarkannya mati kesakitan. Akhirnya,dia meninggal dunia.Namun,semua orang terkejut bila melihat pakaian yang dipakainya,seluar yang disarung basah dengan air mani!

Kisah itu adalah kisah benar. Ulama’-ulama’ menkonklusikan bahawa sebelum As-Syahid mati meninggal dunia,dia telah ditayangkan kenikmatan-kenikmatan syurga dan kecantikan bidadari-bidadari yang sedang menanti dirinya di syurga. Manusia biasa tidak mampu menahan kecantikan bidadari,dikatakan andai seorang bidadari hanya menghulurkan kasutnya keluar ke dunia,pasti satu dunia akan basah! Disebabkan itu,seorang lelaki yang memasuki syurga mempunyai berpuluh kali kuasa kuda.

Memilih Mati Yang Baik

Islam adalah agama yang mengira sebab dan akibat. Kamu buat baik,maka baiklah balasan Allah untuk mu,kamu berbuat jahat maka begitu juga balasan Allah untuk mu,itu Islam. Kita layak dapat dengan apa yang kita usahakan,Allah tidak akan menyia-nyiakan kebaikan yang kita buat walhal dengan hanya mengutip duri di jalanan. Dikisahkan bahawa ada seorang Ulama’  yang banyak menulis kitab dan ketika dia sedang menulis,ada seekor lalat datang hinggap di atas dakwatnya dan menghirup semua dakwatnya. Dia redha, “andai itu rezeki mu yang Allah janjikan, aku halalkan untuk mu”. Dan ketika dia meninggal dunia,anak muridnya telah bermimpi bahawa gurunya itu telah masuk ke dalam syurga. Bila disoal,adakah dengan menulis kitab-kitab itu dia memasuki syurga,dia menafikan dan berkata, “sesungguhnya dengan hanya membenarkan seekor lalat menghirup semua dakwat ku pada satu malam,aku diredhai Allah dan dimasukkan ke dalam syurga.”

Itulah Islam,walau sekecil-kecil perkara, itu juga diambil kira. Lantas,bagaimana kesudahan hidup kita,kita yang tentukan. Kalau di dunia kita beramal soleh,berbuat baik,menolong orang,mengamal Islam,insya Allah,mati kita itu ialah mati yang baik(Husnul Khatimah) tapi andai tatkala kita hidup,kita menyakitkan hati orang lain,kita tidak jaga makan minum kita,kita buat maksiat,maka hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana kesudahan baginya.

http://www.youtube.com/v/l4HIkURJ3xM&hl=en_US&fs=1&color1=0x3a3a3a&color2=0x999999

Bukan Zon Selesa

Walaupun sekarang kita beramal soleh,solat tidak pernah tinggal,selalu bertanya khabar dengan keluarga,makan minum kita jaga,jangan sesekali merasakan bahawa dengan amalan-amalan tersebut kita akan mendapat Husnul Khatimah. Tiada siapa yang tahu tentang bagaimana dia mati. Disebut oleh Rasulullah dalam satu hadisnya yang sahih yang bermaksud ada seorang yang hanya sedepa lagi dengan syurga tapi dia masuk neraka,begitu juga dengan seorang lagi yang sedepa lagi akan masuk neraka,dia masuk syurga.

Maka, jangan sesekali kita berasa selesa dengan apa yang kita lakukan.Mungkin,kita sentiasa menjaga makan minum kita,halal atau tidak,tapi satu hari kita teringin sangat mahu rasa arak,kita pun cuba meminum arak setitik. “Ala,setitik je pun,”fikir kita.  Tatkala kita ingin sentuh tin arak tersebut, malaikat mencabut nyawa kita. Nah,itulah pengakhiran kita,pengakhiran yang buruk, Su’ul Khatimah.

Kisah wali Basiso mengajar kita supaya jangan sesekali rasa diri selesa dengan amalan yang dilakukan. Basiso,seorang wali yang mempunyai beribu-ribu anak murid yang semuanya mampu terbang disebabkan amal ibadah mereka. Kalau anak buah pun boleh terbang,bayangkan lah bagaimana Tok Guru mereka. Tapi,disebabkan kalah dengan godaan syaitan,wali yang hebat sebegitupun mati dengan tunduk kepada arahan syaitan.

Pesan Allah dalam Surah Al-Imran ayat 102:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Apa yang dapat difahami dari ayat di atas,Allah memang beri kita pilihan untuk hidup dan mati dalam mana-mana agama yang kita hendaki tapi di akhir ayat,Allah berpesan supaya jangan kita mati melainkan kita dalam keadaan Islam. Persoalannya,bilakah kita akan mati?

Seorang pesakit diberitahu doktornya dia akan mati lagi 2 bulan tapi selepas 2 bulan,dia masih hidup. Ada juga seorang pesakit yang diberitahu doktornya dia telah sihat tapi keesokan harinya dia meninggal dunia. Tiada siapa yang tahu bila dia akan mati. Disebabkan Allah pesan suruh kita jangan mati melainkan kita Islam,maka wajib atas kita untuk ‘Islam’kan diri  setiap masa. Ayuh,kita buat semua yang disuruh oleh Allah,tinggalkan semua larangan Nya!


One thought on “Mati Itu Menyakitkan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s