Sekuntum lili untuk Lily..

Lily terus berjalan, melangkah setapak demi setapak. Matanya dipejamkan sambil menghirup bayu laut yang menampar lembut wajahnya. Sesekali direnung pasir pantai yang putih seperti lambakan tepung sebelum diuli menjadi doh. Sesekali pula dia menoleh ke belakang melihat bekas tapak kakinya yang terbentuk di atas pasir. Lily tahu bekas tapak kaki itu tidak akan bertahan lama, bila ombak datang memukul pantai, tapak itu pasti akan hilang. Tapi bagi Lily, kenangan lima tahun lalu takkan pernah dia lupakan. Pertemuan yang telah mengubah hidupnya dan pantai ini jadi saksi.

*********************

“Maafkan saya. Boleh saya duduk sebelah awak?” Lily yang sedang asyik termenung terkejut mendengar sapaan itu. Dia merenung perempuan yang sedang berdiri di sebelahnya, berpakaian serba putih, bertudung dan memegang satu beg kecil di tangannya.

“Siapa pulak ni? Tiba-tiba je nak duduk sebelah aku? Dia datang berkelah kat sini ke?” Lily bermonolog sendirian.

“Boleh?” Perempuan itu bertanya lagi.

“Erk, boleh-boleh. Lagipun pantai ni bukan saya punya. Awak nak duduk, dudukla.” Lily menjawab setelah sedar dia terdiam agak lama.

“Terima kasih.” Perempuan itu duduk sambil membetulkan kain baju kurungnya. Kemudian dia mengambil posisi yang sama dengan Lily. Dan, matanya turut merenung pantai yang berombak tenang petang itu. Suasana diam. Tiada siapa pun yang bersuara.

“Awak ni siapa? Maksud saya nama awak.” Lily akhirnya bersuara setelah kurang selesa dengan keadaan sunyi seperti itu.

“Nama saya Afifah Solehah. Awak boleh panggil saya Solehah.” Perempuan itu memberitahu namanya.

“Owh.” Pendek sahaja jawapan Lily.

“Awak baca buku apa tu? Tulisan Cina eh?” Afifah Solehah bertanya pada Lily, rakan barunya.

“Eh taklah. Ni bahasa Jepun.”

“Nak tengok boleh?”

“Hurm. Ambillah.” Lily menyerahkan buku yang bertulis ‘アナログ回路’itu ke tangan mulus Afifah.

“Awak boleh baca semuanya?” Afifah bertanya sambil matanya meliar melihat tulisan kanji dan hiragana yang tertaip di setiap muka surat.

“Bolehla. Tapi saya kena guna jisho sebab ada banyak kanji yang saya tak boleh baca.” Lily menjawab dan jawapannya menimbulkan kerutan tanda tanya di wajah Afifah.

“Jisho tu ape? Kanji?”

“Alamak. Maaf, saya terlupa yang awak tak faham bahasa Jepun. Jisho tu kamus, kanji tu pulak jenis tulisan dalam bahasa jepun.” Lily menerangkan pada Afifah.

“Awak belajar bahasa jepun?  Awak belajar di mana?”

“JAD. Belajar 3 tahun di Malaysia dan sambung 2 tahun di Jepun. Semua silibus dalam bahasa jepun, jadi saya mesti kena belajar bahasa jepun.”  Lily memberi penerangan ringkas.

Dia malas hendak menerangkan panjang lebar. Kepalanya masih berserabut. Patutnya hujung minggu begini dia duduk di asrama sambil memerah otak berfikir untuk menyiapkan kerja. Tapi disebabkan kenduri kahwin, dia terpaksa mengikut keluarganya ke sini. Habis semua buku dia bawa, kononnya mahu menggunakan masa untuk menyiapkan shukudai. Tapi maklumlah suasana kenduri, bising. Jadi dia pun mengambil keputusan untuk datang ke pantai ni, ambil angin sambil membawa buku dengan harapan dapatlah menyelesaikan beberapa soalan. Tapi entahlah, tak ada kemajuan.

“Hurm…” Tanpa sedar Lily mengeluh kuat.  Keserabutan dalam mindanya, terluah dengan suara keluhan.

“Eh, kenapa awak mengeluh?” Afifah bertanya, risau kalau kehadirannya membuatkan Lily jadi tak selesa.

“Saya tension la. Kerja saya banyak lagi yang tak siap. Penat, letih, semua ada. Dari tadi saya baca buku ni, tapi tak faham jugak.” Lily berterus terang.

“Owh. Takpe. Saya tahu awak boleh buat. Yang penting awak kena berusaha.”

“Awak cakap senanglah. Awak tak rasa. Cuba awak duduk kat tempat saya. Hari-hari awak kena  pergi kelas dari pagi sampai petang. Assignment banyak, dahlah belajar susah. Kadang-kadang rasa macam nak putus asa je. Biarlah apapun yang jadi.” Lily terus menceritakan kisah hidupnya sebagai pelajar JAD.  Afifah setia mendengar walaupun dia tidak mengerti apa itu JAD.

“Kerja banyak, tapi masa tak cukup. Kadang-kadang bila saya dah tak tahan sangat. Saya tidur jer, biarlah kerja tak siap pun. Menangis pun selalu jugak. Saya nak bercerita, tapi kawan-kawan saya pun sama je keadaan dengan saya. Akhirnya, saya pendam je. Dan kerja terus bertambah. Exam dah nak dekat, saya tak mula study lagi. Saya risau.” Lily terus menyambung. Sambil tangannya menguis pasir pantai. Sesekali dia merenung wajah Afifah. Wajah lembut itu hanya tersenyum sambil memandangnya.

“Eh, dia ni. Aku penat-penat bercerita, dia boleh senyum jer. Huh!” Lily bermonolog dalam hatinya.

Tapi tidak dia nafikan, tenang dia melihat wajah Afifah. Tenang dan cantik. Alangkah bagusnya kalau dia boleh jadi setenang itu. Tapi dengan keadaan sekarang, tak mungkin rasanya. Dengan kerja yang berlambak, subjek yang tidak difahami makin bertambah.  Rasanya kalau sebaik mana cuba dilindung, ke ‘tension’ nan itu akan tetap terserlah.

“Awak tak boleh putus asa. Hanya orang yang tidak mensyukuri nikmat ALLAH sahaja yang berputus asa. Awak kena terus berusaha. Saya yakin awak boleh, setiap kali ALLAH menduga, Dia tahu awak mampu.” Afifah akhirnya bersuara.

Walaupun kata-katanya adalah kata-kata semangat stereotype yang mungkin akan diucapkan oleh semua orang, tapi dia tetap mahu kawan barunya itu mendengar ucapan itu. Kerana itu adalah hakikat, ALLAH akan menduga hanya  dengan kemampuan hambaNYA.

“Saya dah usaha. Tapi tetap tak boleh. “ Lily memberi alasan.

“Jadi awak kena usaha lagi, usaha dan terus berusaha. Selebihnya awak tawakal.”

“Saya dah habis berusaha.  Memang tak boleh, tahap saya sampai sini sahaja. Saya tak boleh pergi.”  Lily masih tetap dengan rasa putus asanya.

“Dah berapa tahun awak belajar di JAD?” Afifah bertanya.

“Dah masuk tiga tahun. Kenapa?”

“Apa awak rasa sepanjang tiga tahun tu? Tahun pertama dan kedua senang ke?” Afifah bertanya lagi.

“Sama je. Susah dan memenatkan.” Lily berkata sambil tunduk.

“Kalau macam tu awak jangan risau, awak pasti boleh lalui semua ni. Sebab pada tahun yang pertama dan kedua pun awak rasa susah, tapi Alhamdulillah awak dapat sampai tahun ketiga.”

“Tak semestinya, tahun ketiga ni paling susah.” Lily tetap mahu menyangkal.

“Apa yang berbezanya? Sama sahaja. Awak boleh survive untuk tahun pertama dan kedua atas izin ALLAH dan usaha awak sendiri. Jadi sebenarnya awak mampu, cuma awak sahaja yang tak sedar. Dalam keadaan yang terdesak, diri kita mampu berusaha lebih untuk mencapai apa yang diperlukan, cuma awak tak boleh biarkan hasutan syaitan melemahkan awak daripada berusaha. Awak mampu sebenarnya. Percayalah pada janjiNYA.” Afifah terus berusaha membantu Lily dengan kata-katanya  sambil sesekali tangannya memegang pinggangnya yang kadang-kadang terasa sakit.

“Tapi saya tengok kawan-kawan saya yang lain tak belajar sesusah saya. Kelas diorang takla padat sangat. Senang je saya tengok. Banyak masa lapang. Saya..” Lily terhenti di situ.

“Jadi awa rasa ALLAH tak adil sebab bagi awak ujian lebih? Macam tu?” Afifah menduga Lily. Lily hanya diam, dia tidak tahu apa yang patut dijawab.

“Kalau awak rasa begitu, awak rugi. Sedangkan ALLAH dah berjanji bahawa orang yang beriman pasti akan diuji. Jadi awak ambillah ujian ni sebagai cara untuk menambahkan keimanan awak bukannya sebagai satu alasan untuk awak hilang arah. ALLAH tahu awak mampu, sebab tu DIA bagi.” Afifah terus memberikan kata-kata semangatnya. Dia mahu sahabatnya itu faham, hidup memang tak selalunya indah, tapi keindahan hidup itu hanya akan dirasai bila kita redha dan bersyukur walau apapun yang terjadi.

“Lily, tak semestinya orang yang sentiasa senang itu beruntung. Dan yang selalu diuji ini akan terseksa. Sebenarnya dua-dua teruji. Yang senang akan diuji dengan nikmat yang dia perolehi. Mampukah dia bersyukur dan masih mengingati ALLAH dalam kesenangannya. Mampukah dia manfaatkan masa lapangnya dengan perkara yang berfaedah.  Sukar untuk kita terus bersyukur jika terus-terusan diberi nikmat. Kemungkinan untuk kita leka lebih tinggi. Dengan kelapangan waktu itu, kita akan lebih tertarik kepada perkara-perkara lagha. Jadi beruntunglah bagi awak yang kurang punya masa untuk aktiviti lain. Awak perlu menyiapkan tugasan, dan insyaALLAH jika niat awak betul perjalanan awak menuntut ilmu ini akan dianggap sebagai jihad di jalan ALLAH. Mungkin jika diberi masa lapang, awak akan leka dan tak mampu nak menahan diri. Jadi awak beruntung sebenarnya. Awak fahamkan maksud saya?”

“Faham. Tapi..” Lily tunduk. Memang benar apa yang Afifah katakan, tapi dia masih sukar untuk terima.

“Tidak mengapalah, mungkin awak sukar untuk terima apa yang saya katakan. Tapi sebagai manusia, kita takkan terlepas dari dugaan. Awak anggaplah semua ni satu ujian untuk ALLAH naikkan darjat awak jika awak sabar. Dan janganlah bandingkan diri awak dengan yang lain, jangan bandingkan kesusahan awak dengan kesenagan orang lain. Buang masa sahaja. Sebab jika awak senang pun, tak semestinya awak akan gembira. Kerana orang yang bila susah tetapi masih mampu bersyukur dan mengingati ALLAH akan lebih tenang hatinya. Yang penting, awak mesti kena teruskan usaha. Biarlah sebanyak manapun kerja awak, teruslah berusaha untuk selesaikan. Kerana ALLAH pandang pada usaha awak. Ingat dalam menuntut ilmu, bukan kejayaan dunia yang kita kejar. Tapi redha Dia yang kita mahu. Jadi, jangan sedih-sedih. InsyaALLAH awak mampu.” Afifah masih tersenyum walaupun pinggangnya bertambah sakit.

“Terima kasih. Semoga ALLAH bukakan pintu hati saya untuk berfikir seperti awak. Saya manusia biasa. Kadang-kadang saya jatuh dalam gelombang ujian.”

“Tidak mengapa, selagi awak yakin bahawa ALLAH ada untuk bantu awak, awak akan bangun semula. Menuntut ilmu adalah salah satu jihad, jadi ALLAH pasti akan tolong awak jika awak berusaha. Yakinlah.” Afifah masih tersenyum tetapi seketika kemudian senyuman itu pudar. Sakitnya sudah tak tertahan lagi. Afifah memejamkan mata.

“Eh kenapa dengan awak? Awak sakit?” Lily risau melihat Afifah begitu.

“Tiada apa-apa. Saya dah biasa. Ini ujian untuk saya. Tapi saya bersyukur kerana masih mampu bernafas untuk sehari lagi. Dan Alhamdulillah, hari ni saya dapat bertemu dengan awak.”

“Awak sakit apa?”

“Buah pinggang. Menurut doktor, saya tak boleh hidup lama, tapi saya tak risau pasal semua tu. Nyawa saya di tangan ALLAH. Kalau ditakdirkan saya mati, tanpa apa-apa penyakit pun saya boleh tinggalkan dunia ni. Jadi setiap kali saya bangun, saya akan terus berusaha untuk manfaatkan waktu yang saya ada, lawan penyakit saya agar saya dapat beramal untuk bekalan saya.” Tenang sekali Afifah menjawab.

“Awak tahu awak dah hampir dengan waktu kematian awak, awak tak takut?” Lily bertanya, tidak dapat dibayangkan rasanya bila kita seakan-akan menanti saat kita dipanggil Ilahi.

“Tak. Sebenarnya mati itu perkara yang paling dekat dengan kita. Cuma ramai yang tak sedar dan leka. Jadi, dengan penyakit ni sekurang-kurangnya saya tahu saya akan pergi bila-bila masa sahaja. InsyaALLAH saya akan berusaha untuk jadi hambaNYA yang baik.” Afifah berkata lembut. Kali ini dia mampu mengukir senyuman kerana dengan izin ALLAH rasa sakit itu hilang buat sementara.

“Awak hebat. “ Lily terkesima mendengar jawapan Afifah. Dengan ujian sebegitu dia masih mampu tenang dan menerima segalanya. Padahal dia hanya diuji dengan kerja rumah yang banyak. Rasa tak cukup masa, padahal salah dia sendiri yang yang tahu mengurus masa. Jika nak dibandingkan dengan Afifah, tak terbanding rasanya.

“Taklah. Saya ni masih beruntung kerana dalam keadaan saya macam ni, saya masih ada mama dan papa di sisi saya. Untuk mereka, saya cuba kuatkan semangat. Jadi kalau awak rasa tension, setelah mengingati ALLAH awak kenanglah mak dan ayah serta keluarga awak. Mereka semua mahu awak berjaya, jadi awak tak boleh putus asa. InsyaALLAH akan dapat kekuatan dari situ.”

“InsyaALLAH ,saya cuba.” Hanya itu yang mampu Lily ucapkan.

“InsyaALLAH awak mampu. Balik ni, awak terus buat kerja awak. Jangan mengalah, jaga solat awak dan sentiasa jadikan AL-Quran peneman awak. Selalunya naskah itulah yang akan saya baca bila rasa sedih atau sudah tak mampu. Awak akan jumpa banyak ayat dan janji ALLAH yang akan beri awak semangat. Awak akan jumpa hikmahnya melalui petunjuk itu.”

Lily hanya tersenyum. Dia merenung jam di tangan, sudah hampir senja. Dia harus pulang. Tapi sebelum pulang, ada sesuatu lagi yang mahu dia ketahui dari Afifah, gadis tabah di hadapannya. Lalu dia memberanikan diri bertanya.

“Solehah, saya kena balik dulu. Tapi boleh saya tahu apa yang ada dalam beg awak? Dari tadi awak pegang beg tu. Boleh saya…” Belum sempat Lily menghabiskan kata-katanya, Afifah mencelah.

“Owh. Dalam beg ini ada Al-Quran tafsir dan sepucuk surat.”

“Surat??”

“Surat daripada mama kandung saya. Dia pergi sewaktu saya masih bayi tetapi dia sempat coretkan surat ni untuk saya. Saya selalu juga baca surat ni bila saya rindu pada mama. Walaupun sekarang saya ada mama juga setelah papa berkahwin lagi. Tetapi rindu pada mama saya yang sebenarnya tak mungkin hilang.” Ada nada sebak dalam suara Afifah.

“Maafkan saya.”

“Tak mengapa. Saya terima semua ni. Jadi marilah kita sama-sama berusaha. Saya berusaha di sini, dan awak berusaha di JAD. Walaupun ujian kita berbeza, tetapi hala tuju kita sama. Jadi jangan putus asa.” Afifah masih memberi semangat.

Tiada kata yang mampu Lily ucapkan. Dia hanya mengangguk.

“Oh ya. Siapa nama awak? Awak belum beritahu saya lagi.”

“Lily. Lily Nur Jannah.”

“Sedap nama awak. Boleh kita jumpa lagi esok sebelum awak pulang?”

“InsyaALLAH. Saya tunggu awak di sini pagi esok.”

**************

Lily terkejut apabila ombak laut yang memukul pantai, turut membasahi kasut dan kakinya yang berlapis stoking hitam itu. Kenangan pertemuan lima tahun lalu lenyap dan dia kembali ke alam nyata. Alhamdulillah sekarang Lily telah bergelar jurutera di syarikat terkemuka. Kesusahan di JAD itu terbayar akhirnya. Tapi sayang,  Afifah tidak sempat mengetahui kejayaan ini. Dia pergi saat Lily masih berada di Jepun pada usia yang muda. Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi gadis tabah bernama Afifah Solehah itu. Namun pada pertemuan akhir pagi itu, Afifah memberinya sesuatu. Sepucuk surat dan sekuntum bunga lili. Katanya sebagai tanda persahabatan dalam mengenali seorang sahabat bernama Lily Nur Jannah.

Sesungguhnya ALLAH menguji kita untuk membawa kita dekat padaNYA.. Dakara minna, donna taihen demo, ganbarimashou! =)

“….. Ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenteram.”

[13:28]

7 thoughts on “Sekuntum lili untuk Lily..

  1. artikel ni memg sgt membantu sy yg skrg ni sedang hilang keyakinan diri. sy t’sedar td yg sy perlu untk jd lebih sabar dan tabah dalam harungi ujian atau ape2 yg telah ditakdirkan ke ats sy..
    bole sy nk berkongsi masalah??
    sekarang sy rasa sy seorang yg memg ditakdirkan untk tak ada kwn. bagi sy, memg sukar untuk memberi kepercayaan kepada org lebih2 lg bila kepercayaan yg sy dah beri itu langsung tak dihargai. kdng2 sy rasa mcm “sy ni memg dilahirkan utk tak ada kwn yg bole sy percaya langsung ke??”. selalu sgt sy tertanya2 mcm tu.
    mungkin ini stu ujian untk sy..sy jd tension, kdng2 rasa mcm sket hati, kdn2 sy bole menangis bila2 masa sje..
    nk luahkan segala perasaan hati, sy terfikir,”kat sapa sy nk ceritakan??”
    kelakar bkn..sy memg dah tak ada siapa yg bole sy percaya dan cerita kan masalah sy. sy tahu, seandainya sy bole keep the secret alone, and only Allah know about it, itu lebih better kan?
    insyaAllah, sy akn jd kuat..
    tp,..sy nk sgt jmpa dan miliki kwn yang bole jujur dgn apa2 yg berkaitan dgn diri sy.

  2. kpd saudara/i saya,mencari kepercayaan orang lain sangatlah sukar tapi memberi kepercayaan kepada orang lain sangatlah mudah.Kalau susah mencari,kenapa tidak cuba memberi?
    Mungkin saudara/i rasa banyak yang sudah diberi,tapi cuba check balik,apakah yang kita terima itu wajar dengan apa yang kita beri?Biasanya,apa yang kita terima sebenarnya apa yang kita beri.
    Bukankah sabdaan nabi, “muslim yang terbaik adalah muslim yang bermanfaat untuk orang lain” ?
    Maaf,nasihat yang agak straight dan keras. Tp moga2 saya,saudara/i dan semua pembaca dapat ambil pengajaran.
    Siapa yang ada pendapat lain,sila kemukakan,mungkin pendapat anda yang dicari saudara/i ‘saya’

  3. @Cerah Jeff: hurm, kisah ni tak benar. Tapi rasa yang ingin dikongsi adalah benar.. Dari seorang pelajar seperti Lily.. =)

    @Saya: semoga awak bertemu dengan sahabat yang awak cari.. tapi ingatlah awak tak pernah sendiri kerana ALLAH sentiasa dekat di hati yang mengingatiNYA.. =)

  4. Salam….
    sgt best kisah ni…
    sgt m’bntu m’berikn smgt…
    minta izin nk kongsi sdkt kata2 dlm kisah ni (n nk linkkn skali dlm blog sy ..)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s