Utopia (10) : SIGH~~

(Sungguh) manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah.

[70:19-20]

Dalam hidup ni, memang banyak masalah, memang banyak benda nak dikeluh-kesah. Selalu sahaja kita berhadapan dengan perkara-perkara yang susah dan melelahkan. Adakala kita rasa kita dah beri yang terbaik, dan sepatutnyalah kita mendapat balasan yang terbaik, dan urusan kita dipermudahkan, namun tetap juga kita berdepan dengan masalah yang akhirnya membuatkan kita berkeluh kesah.

Adakala kita dah bangun awal pagi, dah bersiap-siap nak ke kelas awal, dengan harapan dapat sarapan di kafeteria. Tapi tiba-tiba pula bas yang nak membawa kita ke Universiti bergerak lambat, sebab menunggu kawan-kawan lain yang tiba lewat. Sudahnya kita geram, menyampah dan mengeluh kerana balasan tidak setimpal dengan apa yang kita harapkan.

Adakala kita dah beli segala barang untuk dimasak, dengan harapan tiba sahaja di rumah kita boleh mula memasak dengan segera dan mengisi perut yang lapar. Tapi tiba-tiba, pinggan mangkuk dan periuk semuanya terlonggok belum dibasuh oleh rakan-rakan serumah yang lain.

Adakala kita dah bersungguh-sungguh buat kerja rumah berhelai-helai kertas dan ambil masa berjam-jam bahkan berhari nak menyiapkannya. Tapi tiba-tiba, bila semak jawapan dengan kawan, kita tersedar jawapan kita salah, dan perlu dibuat semula dari awal.

Masalah.

Susah.

Berkeluh-kesah.

Apatah lagi apabila melewati jalan tarbiyyah ini, lebih banyak mehnah dan masalah yang tidak tergambar di fikiran kita.

Tambahan pula kita rasa kita sedang buat benda baik ni kan? Buat apa yang Allah suka, elakkan diri dari benda yang Allah tak suka. Orang-orang sekeliling kita ni pun, sama jugak, buat benda yang sama, dengan niat yang serupa.

Maka tak patutlah kan kalau kita ni dihadapkan dengan banyak masalah? Lebih-lebih lagi kalau yang memberi masalah tu ialah orang-orang sekitar kita yang juga sama-sama menuruti jalan tarbiyyah ni.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2]

.

Lupa

Manusia ni cepat terlupa yang kita ni hamba. Selamanya kita ni layak diuji. Dengan ujian itu, naiklah tingkat kita dari hamba yang kurang baik, kepada hamba yang lebih baik. Namun tetap jua kita ini hamba, yang akan sentiasa layak diuji.

Jadi bila diuji, jangan pula kita soal Tuhan, “Apa salah aku, sampai aku diuji macam ni…”

Kenapa? Katakan la kalau kita tak buat salah, tak layak ke Tuhan nak uji kita?

Ujian itu ada tujuan, nak membantu kita mengukur ikhlas dalam amalan.

Contohla, katakan kita ada Rm 50, kita ingat nak gunakan duit tu untuk beli tiket bas balik ke rumah hujung minggu nanti. Tetapi kebetulan, hujung minggu tu ada program agama pulak, kita pun batalkan niat nak balik ke rumah. Duit Rm50 tu kita sedekahkan pada tabung Palestin. Tiba-tiba, program agama hujung minggu tu batal. Kita nak balik rumah, duit dah tak ada. Apa kita rasa masa tu? Menyesal sebab dah sedekahkan duit? Geram sebab program batal di saat akhir?

Saat macam tu, Allah nak uji kita. Betul ke kita ni nak pergi program nak cari redha Allah? Betul ke kita sedekah duit tu nak cari redha Allah? Kalau semuanya kerana Allah, buat apa nak berkeluh-kesah, Insyaallah ganjaran telah ada di saat niat kita pergi nak program diambil kira.

Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka: Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, samada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya) dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam) dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) – sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya

[3:195]

Kerana garis pemisah antara amalan yang baik, dengan amalan yang ikhlas itu sangatlah nipis, maka datanglah ujian dari arah yang tidak kita sangka-sangka, supaya kita boleh muhasabah balik diri kita, amalan kita, betul ke Ikhlas kerana Allah?

.

Syukur

Sebut pasal ujian ni, adakala ujian itu dalam bentuk kesenangan. Nak tengok kita ni bersyukur ke tidak. Ada seseorang memberitahu, syukur ni ada 3 rukun. Pertama, mengiktiraf nikmat yang kita dapat, kedua, menyebut nikmat yang kita dapat dan ketiga taat pada Allah yang memberi nikmat tu.

Biasanya kita, rukun pertama dan kedua tu tak ada masalah, selalu sangat kita buat. Lebih-lebih lagi rukun kedua tu, satu dunia kita boleh bercerita nikmat yang kita ada kan? Tapi rukun ketiga tu susah sekali.

Macam mana nak taat dengan Allah yang memberi nikmat? Gunakanlah nikmat tu untuk menunaikan perintah-Nya.

Kalau dah tahu sihat walafiat, turunlah sembahyang jemaah kat surau yang jaraknya beberapa langkah je…

Kalau dah tahu sedang lapang, tak ada benda nak buat, bacalah Quran, baca kitab-kitab ilmu, supaya nanti jangan bagi alasan, tak boleh berdakwah sebab tak cukup ilmu.

Tapi akhirnya, sedikit sekali yang bersyukur.

.

Lumrah

Macam tu la lumrah kita sebagai manusia yang selalu tak sedar diri kita ni hamba. Bila dapat nikmat, tak reti nak bersyukur, tak reti nak gunakan sepenuhnya untuk tunaikan perintah Allah. Banyak je alasan kita boleh reka. Spontan! Tak perlu diajar-ajar, yang jenis-jenis pendiam tak reti bercakap pun, kalau nak reka alasan tak nak beramal, memang tak ada masalah.

Tapi bila diuji dengan kesusahan pulak, kita mengeluh. Macamlah Allah tak adil bebankan kita dengan masalah.

.

Muhasabah

Jadi sama-sama kita muhasabah diri kita. Bila kita diuji dengan kesenangan, bersyukurlah.

Bila diuji dengan kesusahan, berdoalah, hamburkan segala kesusahan kepada Dia.

Hakikatnya, diuji dengan kesenangan atau kesusahan, Allah sedang panggil kita membawa hati dan diri kita kepada-Nya. Salah satu hikmah, Allah memperkenalkan Zat-Nya dengan 99 nama, supaya manusia dengan masalah apa sekalipun, semua boleh membawa hati berdoa pada-Nya.

Tinggalnya, kita nak ke tak nak membawa hati pada-Nya?

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan tentang diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka.

[Al-Hasyr 59: 19]

p/s:

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.

(Riwayat al-Bukhari danMuslim)

Tersenyumlah, jangan cepat berkeluh-kesah bila ditimpa masalah, kita kan ada Tuhan.

Namun sekali-sekala tak salah bersedih, menangislah pada Dia, kita kan hamba.

4 thoughts on “Utopia (10) : SIGH~~

  1. A: Aduh! hujan pula macamana nak keluar ni?
    B: Haish, tak baik mengeluh. Tak bersyukur ke?
    A: Eh taklah. Aku cakap apa yang terbuku di hati je.

    Kalau dalam situasi macam ini adakah si A itu munafiq kerana apa yang ucapkan secara spontan sahaja. Dalam hati tiada niat nak salahkan Allah. Cuma ekpresi biasa yang terpacul keluar dari mulutnya. Pendapat?

  2. @halim,
    hmm… point nye di sini, ujian itu adalah cara Allah menegur kita, untuk mendatangkan semula kebergantungan kita kepada-Nya semata-mata, bukan kepada yg lain… dan ujian itu boleh jadi dalam bentuk kesenangan atau kesusahan…. dan selalunya, keluhan itu akan datang semasa kita diuji dengan kesusahan, jadi artikel ini ingin mengingatkan, kenapa perlu kita bersedih hati dan berkeluh kesah, sedangkan kita ada Tuhan?

    dalam situasi di atas, atau situasi mana2 pun, hanyalah hati kita saja yg tahu, (maaf jika kasar) kita munafik atau tidak… keluhan itu adakah sampai menafikan kebergantungan kita kepada Allah atau tidak?

    namun, manusia tu mmg dicipta dlm keadaan lemah (an-nisa:28) dan suka mengeluh apabila susah (70:19-20), maka, selalulah muhasabah diri kita, dan saling mengingatkan sesama kita setiap kali kita merasa susah atau lemah, kita ada Tuhan tempat mengadu…

    (maaf jika tidak menjawab soalan… tak pandai sgt bab2 kategori org camni munafik, org camtu tak munafik, sebab ilmu xcukup lg… tp sy berpendapat, bukanlah sesuatu yg bermanfaat jika kita bincangkan kalau situasi camni org ni munafik tak, situasi camtu org tu munafik tak… kerana munafik itu soal hati, dan Allah sajalah yang Maha Mengetahui… cukuplah sekadar kita tahu bagaimana ciri2 munafik yg dijelaskan dalam Quran dan hadis secara asas, untuk dijadikan peringatan pada diri, dan disampaikan pd org lain, tetapi xperlu nak kategorikan sesiapa sebagai munafik…)

    ke ade pendapat yg lebih baik?
    maaf atas kekurangan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s