Awek Perfect atau Awek Best?

Setiap hari saya ke Universiti dengan mengayuh basikal dan pastinya semasa dalam perjalanan,saya akan terserempak dengan pelajar-pelajar Jepun yang lain,lelaki dan perempuan. Pakaian mereka?Kalau lelaki,simple tapi stylo tapi kalau perempuan,tidak sah kalau tidak pakai skirt pendek atau seluar jeans ketat. Kalau tidak mahu tengok pun,pasti tertengok dan bila tertengok,fikiran saya mula melayang.

“Wah,syoknya kalau ada awek yang lawa cam ni…”

“Bapak ar,ni perempuan paling perfect aku pernah jumpa. Dah la putih gebu,badan lansing dan pandai berfesyen..”

Dan banyak lagi dan pastinya,khayalan-khayalan ini mengundang perasaan ingin kahwin. Terfikir,bagaimana agaknya kulit bakal isteri saya,putihkah dia? Lansingkah dia? Pandai berfesyenkah dia? Bagaimana perangainya? Pendiamkah dia? Semua persoalan-persoalan ini datang bertubi-tubi,jujurnya saya sangat bimbang tentang perkahwinan yang bakal saya tempuhi suatu hari nanti,adakah mampu saya perlakukan isteri saya sepertimana Rasulullah lakukan ke atas isteri-isteri baginda.

Cukup tentang angan-angan saya,kita kembali pada topik asal post ini,untuk mencipta satu rumah tangga yang bahagia,apakah isteri yang perfect atau isteri yang the best patut dicari, anda rasa yang mana satu?

Perfect VS The Best

Perfect secara literalnya membawa maksud sempurna atau lengkap,dalam erti kata lain,kalau kita gunakan kata sempurna selepas satu kata nama am,perkara yang dirujuk itu tidak mempunyai apa-apa kecacatan.Sebagai contoh,Jepun Negara yang sempurna,maka Jepun adalah sebuah negara yang paling hebat,paling berjaya paling kaya dan semua yang paling-paling.

Tapi,The Best pula memberi maksud yang terbaik. Yang terbaik bukanlah sesuatu yang lengkap,sesuatu yang tidak mempunyai kecacatan tetapi yang terbaik adalah sesuatu yang paling sesuai atau yang paling optimum. Sebagai contoh,Jepun Negara yang terbaik,maka Jepun adalah sebuah negara yang berjaya walaupun di dalam negaranya ada sahaja kecacatan, cuma pada tahapnya sekarang,Jepun berada pada tahap optimum.

Perhatikan mana-mana iklan di kaca televisyen anda,Rejoice contohnya,mereka mengiklankan bahawa dengan penggunaan Shampoo mereka,kelemumur di kepala anda akan berkurang sehingga 99.99%. Kenapa 99.99% peratus? Kenapa tidak 100% terus,senang! Kerana mereka tahu,Shampoo mereka masih mempunyai kecacatan,kalau anda pakai 1 botol Shampoo sekalipun,wajib ada sekeping kelemumur yang akan tertinggal. Tetapi,setakat research yang mereka lakukan,inilah keputusan yang paling terbaik,yang optimum mereka dapat.Ini salah satu maksud yang terbaik.

Dalam peperiksaan contohnya,Faisal belajar bersungguh-sungguh,semua rumus dihafalnya,semua buku dibacanya tapi bila keluar keputusan peperiksaan,dia hanya mendapat 80 markah. Walaupun tidak berjaya mendapat markah penuh (満点=manten),markah yang sempurna,tapi Faisal telah berjaya mendapat markah yang terbaik buatnya.

Namun,yang mana satu patut kita pilih,perfect atau The Best?

Perfect-0 VS The Best-1

Perlu untuk kita tahu bahawa bukan semua yang perfect sesuai untuk kita. Sebagai contoh,dalam dunia ini,kenapa ramai yang melanggar undang-undang sedangkan undang-undang dicipta untuk kehidupan manusia menjadi sempurna? Ya,kadang-kadang,sesuatu yang sempurna itu merimaskan kita. Ketika kita kesuntukan masa,lewat ke tempat kerja,jalan raya pun kosong tetapi ada papan tanda had laju,adakah ketika itu kita masih mematuhi had laju yang ditetapkan?Tidak,pasti kita semua menekan pedal pecut dan meluncur laju ke tempat kerja kerana itu adalah yang The Best untuk kita lakukan.

Ya,semua yang The Best adalah ‘perfect‘ bagi kita tapi bukan semua yang perfect adalah ‘The Best’ untuk kita,itulah hakikatnya.

Awek Yang The Best Sebagai Pilihan

Bayangkan kalau anda berkahwin dengan seorang yang sempurna,wajahnya sempurna dan perangainya juga sempurna tetapi diri anda tidak sesempurnanya,apa yang akan jadi?

“Sayang,kenapa pakai tie lebih dari tali pinggang?”

“Sayang,kenapa tak letak baju elok-elok?”

“Sayang,kenapa masak kurang pedas ni?”

“Sayang,kenapa awak mesej ayang guna ‘ayg’ je?”

“Sayang,kenapa…kenapa….kenapa????!!!”

Satu keadaan yang merimas dan mematikan kita! Bayangkan kalau semua tindak-tanduk yang kita sudah biasa sejak dari kecil lagi dipersoal satu persatu,anda selesa? Saya tidak.

Jadi,carilah isteri atau suami yang boleh menerima anda seadanya kerana isteri atau suami yang sebegitu adalah yang The Best untuk anda,bila dia adalah The Best,secara automatik,pada anda dia adalah seorang yang ‘perfect’. Perfect‘ itu bukanlah sesuatu yang lengkap secara generalnya tetapi ‘Perfect‘ itu adalah sesuatu yang lengkap hanya pada diri anda sahaja. Mungkin anda rasa dia adalah The Best untuk anda tapi anda kena tahu bahawa dia bukan The Best untuk orang lain,maka hargailah si dia seboleh mungkin.

Setiap manusia Allah anugerahkan perbezaan,berbeza wajah,berbeza suara,berbeza tabiat dan berbeze perangai,itulah keistimewaan makhluk bernama manusia,Plato adalah Plato,anda adalah anda walaupun anda meniru Plato sebiji-sebiji,sejarah anda milik anda dan sejarah dia milik dia. Lantas,hargailah kepelbagaian ini kerana kepelbagaian itu adalah sesuatu yang menarik.

Ingat! Dalam mencara pasangan hidup,cari yang TERBAIK bukan yang SEMPURNA!

3 thoughts on “Awek Perfect atau Awek Best?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s