Kerana Gol dan Bola?

Hangat! Hangat! Hangat! Cerita yang paling hangat sekarang-bola. Almaklumlah, bahang piala dunia yang jarang-jarang berlangsung ini. Semua orang bercerita tentang bola. Semua orang bercakap tentang bola. Semua orang tengok bola.

Hari ini, tak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, pelajar atau pekerja, semua tahu tentang bola.

Jepun menang, sugoi!

Adoi, macam mane Spain boleh kalah ni? Buat penat je aku tengok!

Dan bermacam lagi respon-respon kita. Tak sah kalau tak tengok pasukan kegemaran atau pemain kegemaran beraksi. Tak sah kalau tak tatap akhbar untuk melihat ranking menang-kalah. Suatu ketika dahulu, wujud slogan seperti makan bola, tidur bola dan lain-lain lagi. Semuanya bola. Begitulah fenomena sukan bola sepak yang boleh saya kategorikan permainan paling ajaib. Yang fanatik akan gila-gila fanatik. Orang kata tidur tak nyenyak, makan tak kenyang , mandi tak basah, kalau target tak kena.

Hari ini, saya menatap sebuah akhbar tempatan. Terpampang besar tajuk utamanya:

Judi Bola

Subahanallah… Apa yang sudah jadi? Yang dicekup pihak berkuasa itu  bukan calang-calang orang. Yang dicekup itu golongan profesional. Menjadi bookie perjudian sempena piala  dunia, sehingga angka RM 2 juta. Begitulah fenomena bola masa kini. Barangkali juga seperti dahulukala. Berkisar tentang judi, mungkin  ada yang menganggap bahawa judi ialah pertaruhan wang yang besar sahaja-RM 500, RM1000, RM 2juta. Sebenarnya, sedar tidak sedar, sebesar manapun nilai wang itu, selagi ia membabitkan pertaruhan, ia tetap judi biarpun sekadar 10 sen.

Telah jelas lagi terang benderang Allah s.w.t melarang  perjudian. Mari kita buka semula lembaran al-Quran, Surah al-Maidah ayat 90. Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkurban untuk ) berhala, dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beruntung.”

Maka, bersyukurkah kita pada hari ini? Apakah syukur itu sekadar lafaz Alhamdulillah di mulut semata-mata? Apakah cukup sekadar lafaz Alhamdulillah di bibir semata-mata? Hakikatnya lidah tidak bertulang.

Mungkin orang yang menang judi akan turut mengucapkan:

Alhamdulillah, aku menang judi!

Ya, sememangnya lidah tidak bertulang. Bersyukur yang sebenarnya ialah melalui makrifah dengan menggunakan anggota dan nikmat kurniaan Allah s.w.t untuk kebaikan dan tidak melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t.

Bola-permainan paling ajaib?

Bahang hangat bola sepak  piala dunia memberi impak yang ajaib. Mana tidaknya, kita sanggup bersengkang mata menghadap perlawanan berjam-jam. Kita sanggup bangun lewat malam atau awal pagi. Sedangkan kebiasaannya betapa sukar untuk kita mengangkat selimut yang dirasakan seperti 10 Kg. Betapa berat kelopak mata seperti digandung batu ladung. Betapa sukar untuk kita meringankan badan untuk solat tahajjud dan berqiamullail.

Demimu bola, aku sanggup menahan kelopak mataku ini! Semuanya keranamu wahai bola!

Ajaib bukan? Yang sukar menjadi senang, yang beratnya 10 Kg akan menjadi seringan 1 gram dan kelopak mata pula seringan kapas.

Saat kita mahu membuat baik, akan ada sahaja godaan syaitan dan nafsu. Apa kata mulai saat ini, kita cuba lawan godaan-godaan ini sedaya upaya?

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Perbuatan-perbuatan baik melindungi serangan jahat.”

Kita perbetulkan niat kita bangun malam untuk beribadah kepada Allah. Akhirnya, semua perkara akan kembali juga kepada niat asal kita. Andai niat kita kerana Allah semata-mata, insya-Allah kita akan menjadi ganjaran kebaikan daripada Allah.

Andai niat kita kerana gol dan bola, apakah yang akan kita dapat melainkan kelalaian dan kerugian?

Wallahu’alam…Kita mampu mengubahnya!

2 thoughts on “Kerana Gol dan Bola?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s