Dari sahabat untuk sahabat: Dengarkah kalian bisik hati ini?

Aku lewati lagi tempat ini

Setapak demi setapak aku melangkah

Mencari secebis ilmu dari lautan pengetahuan

Hari silih berganti namun doaku tak pernah mati

Berharap agar perjuangan ini demi Ilahi

Menyimpan tekad agar esok lebih baik dari hari ini

Wahai sahabat-sahabatku

Rasa bagai ingin aku laung pada kamu semua

Betapa aku ingin berjaya di medan ini

Aku mahu berjaya seperti mereka

Tapi bila godaan datang menyapa

Bila rasa malas merajai hati

Rasa mengantuk lebih patut dilayani

Secebis iman ini seakan layu

Tekad yang tadinya membara habis padam tak bersisa

Akhirnya yang tinggal hanya satu hari yang tersia

Harapan untuk hari ini lebih baik

Hanya angan-angan kosong seorang insan

Diganti dengan penyesalan yang mungkin berulang

Ah, aku kalah lagi!

Wahai sahabat-sahabatku,

Setiap kali aku melihat kalian,

Aku seakan melihat diriku sendiri

Kerana kalian sahabatku

Patut aku nasihati bila ada yang tersasar

Menjadi tanggungjawabku menyampaikan

Secebis ilmu walaupun sebesar jari

Patut aku tegur bila kalian seakan lupa

Mesti aku ingatkan tika kalian alpa

Tapi seringkali teguran itu tersekat di kerongkongku

Tak terluah di mulutku

Kerana aku takut ada bait kataku yang mungkin mengguris hatimu

Aku tersepit antara kemanisan yang palsu dan kepahitan sebuah kebenaran

Aku tidak mahu kalian terasa

Tatkala mendengar bicara dari insan kerdil seperti aku..

Yang juga kadang-kadang hanyut dalam kelalaian..

Tapi salahkah untuk aku ucapkan sepotong nasihat untuk kalian?

Dalam saling mengingati menuju jalanNYA

Tapi sungguh belum aku punya kekuatan

Akhirnya aku mengambil jalan selemah-lemah iman

Hanya membencinya dengan hati

Padahal kita patut berkata benar walaupun payah bukan?

Ah, aku kalah lagi!

Wahai sahabat-sahabatku,

Aku masih mahu kalian tahu

Lalu dengan pena ini izinkan aku menyampaikan sesuatu

Betapa aku sedih melihat ada antara kalian yang sudah jauh

Lalai dengan dunia yang hanya sementara

Bila ada yang hawa membenarkan sewenangya

Diri disentuh tanpa alas oleh lelaki yang bukan suamimu

Betapa hati ini sayu bila ada sang jejaka

Yang mengasihi kekasihnya melebihi Pencipta

Akhirnya terpesong jauh dari jalan agama

Yang sepatutnya engkau lalui dalam mengumpul ilmu

Untuk membimbing seorang wanita bergelar isteri

Tetapi kalian pula yang mengikut telunjuk mereka

Jangan, jangan begitu!

Jangan kalah dengan cinta berlandaskan nafsu

Sandarkan cinta kalian pada yang SATU

Aku pasti kalian lebih bahagia

Wahai sahabat-sahabatku,

Betapa hati ini meronta-ronta

Tatkala melihat ada antara kalian yang berpegangan tangan

Padahal dia belum lagi halal untukmu

Lepaskan pegangan itu! Lepaskan!

Kerana harapanku dengan tangan kanan itulah

Kalian bakal mengambil catatan amalmu

Agar kesudahan yang baik milik kalian

Jadi jangan cemari ia!

Tabahkah hatimu sehingga akad menyatukan

Itulah yang terjerit dalam sekeping hati ini.

Tetapi ia hanya bergema di hati insan lemah ini

Sayang, kalian tak dapat mendengarnya

Wahai sahabat-sahabatku,

Betapa sakitnya mata ini

Bila ada hawa yang mendedahkan auratnya

Untuk tatapan lelaki bukan muhrimnya

Yang akhirnya dengan kecantikan parasmu

Bakal menggugat iman mereka

Longgarkan pakaianmu, labuhkan hijabmu!

Ketahuilah tingginya maruah seorang wanita

Terletak pada patuhnya pada Agama

Terzahir pada litupan pakaian yang melindungi

Bukan pada dedahan yang menggoda

Bukan pula pada lenggok suara yang manja

Kerana itu hanya fitnah yang bakal merobek

Darjat kalian yang sepatutnya tinggi

Tapi sayang, sama seperti tadi

Luahan ini hanya bergema di hati

Wahai sahabat-sahabatku,

Pernah juga aku mendengar ada antara kalian berkata,

HIDUP HANYA SEKALI, jadi nikmatilah,

Betapa panas hatiku mendengar ungkapan ini

Kerana itu bukan kebenarannya

YANG SEKALI HANYALAH MATI

Kalian akan HIDUP SEMULA di sana nanti

Ketahuilah jua,

MASA MUDA bukan hanya sekali!

Kerana kalian akan sentiasa MUDA di syurga sana

Tidak mahukah kalian dengan nikmat itu?

Wahai sahabat-sahabatku,

Betapa hati ini mahu kalian kembali

Agar kita dapat sama-sama menyusuri

Sebuah jalan menuju akhiran

Biarpun lelah, biarpun payah

Semoga kita terus bersama dalam ukhuwah

Yang mendapat redha ALLAH

Kerana biar seribu kali kita jatuh

Kita mampu bangun semula

Kerana janji ALLAH untuk membantu

Hamba yang menolong agamaNYA

Biar kita lelah dalam kepedihan jihad

Dari senang dalam kelalaian dunia

Kerana pada akhir waktu nanti

Destinasi kita hanya dua

SYURGA atau NERAKA!

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNYA. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKU, dan masuklah ke dalam syurgaKU.”

[Al-Fajr:27-30]

3 thoughts on “Dari sahabat untuk sahabat: Dengarkah kalian bisik hati ini?

  1. soudesne… berkata benar mmg sgt pahit, walau pon maksiat tue berlaku di depan mata sekalipon…selalu mulut mcm terkunci sgt2,cuma hati ja yg bernanah…tapi smpai bila setakat nk membenci dgn hati kalau dah ‘maksiat’ yg sama jadi dpn mata hari2.. moga Allah beri kekuatan utk terbukak kunci kat mulut tuh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s