kisah homeless di Jepun:open your eyes

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Semoga Allah melindungi kita dari amalan yang tidak diterima, niat yang terpesong, hati yang tidak bersyukur dan dari berputus asa dari rahmatNya.

“Wah..penatnye..dah berape lame tak tido atas futon…rindu futon dan tidur yang lena…”

“Isk…dah berape hari tak makan nasi ni…”

“hm..dah berape lame tak keluar jalan-jalan ni…”

Penangan kesibukan alam kampus di Jepun yang sangat mengganggu sistem kehidupan.

Namun jika direnungi kembali, siapa yang mentakdirkan sebegitu rupa? Siapa yang menetapkan apa yang telah berlaku semalam dan akan berlaku akan datang?

Segalanya hanya dari Dia Yang Maha Penyayang jua.

Realiti

Kalau dulu Allah kurniakan saya kelapangan untuk menatap buku-buku fikrah, membenih kefahaman dan menghasilkan upaya untuk menulis perkongsian, kini segalanya tiada lagi. Segalanya ditarik pergi oleh kesibukan hidup sehari-hari di kota metropolitan ini.

Namun, syukur Allah masih beri ruang dan peluang untuk diri ini berkongsi sesuatu. Kalau dulu tarbiyah dan kefahaman berlegar di minda, di sini segalanya perlukan keringat dan mujahadah. Mujahadah untuk memahamkan diri segala yang berlaku adalah yang terbaik untuk berlaku dan harus disyukuri. Mujahadah untuk memilih jalan penyelesaian terbaik untuk setiap yang berlaku. Di sinilah medan amal untuk segala yang telah dihadam dahulu.

Bagaimana seharusnya kita lakukan apabila diri terasa sempit?

Bagaimana seharusnya kita lakukan apabila terasa immune dengan maksiat di sekeliling?

Bagaimana seharusnya kita lakukan apabila berhadapan dengan mereka yang tidak faham Islam?

Bagaimana seharusnya kita lakukan untuk memelihara iman di hati?

Dan pelbagai lagi persoalan yang timbul dan perlukan usaha untuk mempositivekan diri dan bertindak selari dengan kehendak dan syariatNya.

Open your eyes

Baru sedikit kita diuji, kita kata kita adalah hamba yang paling teruk diuji. Seorang sahabat yang dibakar belakangnya datang berjumpa dengan Rasulullah, “ya Rasulullah,bilakah pertolongan Allah akan datang.” Rasulullah menjawab dengan nada yang tidak senang, “kamu adalah orang yang tidak sabar.” Bayangkan,sahabat yang diuji dengan sebegitu teruk pun Rasulullah kata dia tidak sabar. Kita yang baru diuji sedikit ini bagaimana pula?

Kisah Makcik homeless

Jepun adalah sebuah Negara yang tidak memberi peluang kedua kepada rakyatnya. Sekali kita melakukan kesilapan atau cuai, terus dibuang kerja. Bermakna tamatlah sudah kerjaya dan hidupmu. Anak-anak dan suami ataupun isteri akan melarikan diri kerana tidak mahu terbeban dengan orang tua yang sudah tidak boleh memberi manfaat kepada mereka.

Golongan inilah yang digelar homeless. Golongan ini menjadi satu kelompok yang semakin meningkat bilangannya di Jepun. Mereka tinggal dalam kotak-kotak yang dibentang pada malam hari di tepi-tepi jalan ataupun di stesen-stesen keretapi.

Setiap hari saya akan menaiki train untuk ke universiti. Maka setiap hari juga sewaktu menunggu train saya akan berjumpa dengan seorang makcik yang menetap di eki(train station) tersebut.

Hari pertama saya ditemukan dengannya(sebelum tau makcik ni homeless),

Makcik ni tengah marah-marah orang yang duduk di sebelahnya, di tempat menunggu train.

“eh..kenape makcik ni marah-marah orang? Anak die ke tu? Takutnye…”

Beberapa hari berikutnya

Makcik yang sama sedang duduk di tempat yang sama.

“makcik ni lagi..makcik ni duduk kat sini ke ek?”

Beberapa minggu berikutnya

Makcik ni masih di tempat yang sama setiap hari saya ke uni.

“hm…makcik ni berbau la..mesti dah lame tak mandi…homeless rupenye makcik ni”

Satu hari, saya terlihat makcik ni keluarkan makanan dan makan dengan lahapnya di tempat duduk menunggu train tersebut. Makanan tu Nampak macam dah tak elok.

“kesiannya makcik ni…manalah suami dan anak-anak die…”

Keesokan harinya, sewaktu menunggu train,  saya terlihat makcik ni mengorek tong sampah. Mencari makanan barangkali. Namun, dengan riak kecewa tiada yang diperolehnya, lalu makcik tu kembali duduk di tempat yang sama.

Lama Allah beri saya peluang untuk faham kenapa saya dipertemukan dengan makcik ni setiap pagi.

Selama masa itu juga saya sering merungut-rungut kurang tidurlah, tak sempat makan nasilah, penat belajarlah dan macam-macam lagi sehingga kadang-kadang menutup langsung penglihatan terhadap banyak lagi nikmat yang Allah kurniakan pada diri ini.

Tak dapat tidur lena atas futon, tapi sekurang-kurang masih diberi nikmat tidur dan diberi tempat untuk tidur yang selesa, tidak terdedah dengan cuaca yang sejuk.

Tak dapat makan nasi, sekurang-kurangnya masih ada makanan halal dan bersih untuk mengisi perut.

Tak dapat berjalan-jalan di hujung minggu, tapi sekurang-kurangnya diberi peluang berjalan ke universiti setiap hari.

Sibuk, tapi masih diberi peluang untuk tersenyum dan menghadapi hari-hari dengan sebaiknya.

Benarlah,

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda: “Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat yang lebih tinggi daripada kamu; ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah.” (riwayat Muslim)

Masih banyak yang boleh disyukuri dalam hidup ini.

“…sesiapa yang bersyukur maka faedahnya kembali kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Pemurah.” (Surah An-Naml:40)

“..sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari, maka pasti azab-Ku sangat berat.”(Surah Ibrahim:7)

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu menghitungnya. Sungguh Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang.”(Surah an-Nahl:18)

Kadang-kadang kita perlu membuka mata untuk melihat sekeliling. Betapa sebenarnya Allah telah mengurniakan sebaik-baik nikmat kepada kita dalam hidup ini.

Bersyukurlah atas setiap kurniaanya. Kebahagiaan itu letaknya pada penerimaan diri atas segala ketentuanNya…teruslah bersyukur wahai hati….

http://www.youtube.com/v/Dm6NtnU0yXw&hl=en_US&fs=1&rel=0&color1=0x402061&color2=0x9461ca

3 thoughts on “kisah homeless di Jepun:open your eyes

  1. hm..soudesune…lagi2 shinjuku pada malam hari..sedih mengenangkan mereka yang tidur beralas kotak, makan tidak menentu tanpa kita boleh berbuat apa2…

    terbayang Rasulullah menyuap Yahudi buta di pinggir kota, betapa tingginya akhlak baginda…

    ya Allah semoga Engkau beri kami kekuatan untuk mencontohi peribadi baginda…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s