Siapa 'Paus' Kita?

“Awak makan daging?”Tanya pakcik baito (part-time job).

“Em…..Pakcik tahu tentang saya Islam?”Soal aku balik.

“Ya,tahu,tahu,”balas pakcik tersebut.

“Saya makan daging tapi tak makan di shokudo(dewan makan). Saya makan daging, kalau saya bunuh(korosu) sendiri, kalau orang Jepun bunuh, saya tak makan. Tapi bab makan ni, ikut masing-masing cuma dia punya basic tu, sama bagi semua orang. Lagi banyak orang tu jaga, lagi baik orang tu jadi,” terang saya, entah dia faham atau tidak.

Ya, bila ditanya tentang makanan, solat, puasa, tudung dan pergaulan contohnya, kita mampu menjelaskan kepada mereka biarpun dalam keadaan tergagap tapi ada satu persoalan yang terus membuatkan kita terdiam, bisu seribu bahasa. Tiada jawapan yang mempunyai bukti yang kukuh, yang ada hanya alasan-alasan di atas angin.

“Kalau Kristian ada Paus (ketua) mereka, siapa ketua Umat Islam?” Soal seorang pakcik Atheist.

Anda rasa,siapa ketua kita, bukan Islam di Malaysia sahaja tapi Islam di muka bumi ini?

Dr.Yusuf Qardhawi?

Agung Malaysia?

Tok Guru Nik Abdul Aziz?

atau..

Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak?

Puas saya membelek-belek buku yang ada, menekan-nekan tetikus mencari laman-laman web yang menerangkan siapa ketua Umat Islam sekarang, hasilnya, tiada siapa, kita tidak mempunyai seorang ketua?

Khilafah- The Most Powerful System For Human Being

1431 tahun dahulu, Umat Islam mempunyai satu Sistem Pemerintahan (politik) yang sangat hebat,mempunyai seorang ketua yang mengatur setiap tindak-tanduk sesebuah negara. Dari tiada negara, Umat Islam berjaya menakluk hampir *2/3 dunia ketika itu. Selepas kewafatan baginda, sistem yang baginda bina itu diteruskan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq sehingga Saidina Ali Abi Talib. Walaupun sistem pemilihan ketua selepas Saidina Ali bertukar menjadi Monarki (keterunan) tapi Sistem Khalifah tetap dipertahankan. Dari Umayyah ke Abasiyah, dari Abasiyah ke Turki Uthmaniyah, Sistem Khalifah tetap dipertahankan.

Dengan sistem Khilafah, seorang Imam mengetuai semua Umat Islam, bila ada persoalan, dia menjadi tumpuan. Bila ada masalah, dia lah tempat mengadu, nasib Umat Islam terbela, biar di kota mahupun di hujung kampung, setiap luahan suara Umat Islam diambil berat. Dia lebih rela berlapar dari orang-orang di bawah pimpinannya berlapar, dia lebih rela dihina dari orang bawahannya dihina, dia lah perisai, dialah senjata.

Tapi sayangnya, yang melupuskan Sistem ini bukan orang lain tapi Umat Islam sendiri, Mustapha Kamal Ataturk. Seorang Islam berbangsa Turki yang sanggup menjadi boneka Kafir untuk mendapat nama, harta dan kuasa. Bukan setakat menghapuskan Sistem Khalifah, bahkan dia mengharamkan Umat Islam di Turki dari belajar sejarah Arab, mengharamkan perempuan-perempuan Islam memakai Jilbab (tudung) dan menukar tulisan Arab kepada tulisan Roman.

Bayangkan, suatu ketika dahulu, datuk kepada datuk anda membina sebuah syarikat dan ketika datuk anda mengambil alih syarikat tersebut, syarikat tersebut sudahpun maju. Selepas datuk anda, ayah anda pula mewarisi syarikat tersebut dan dengan kepimpinan ayah anda, syarikat itu bertambah maju, pekerja semakin ramai dan hasil pendapatan pun semakin meningkat. Dan sepatutnya, selepas ayah anda, anda lah yang patut mewarisi syarikat tersebut tapi semasa anda kecil, ada seorang pekerja ayah anda merampas syarikat keluarga anda dan menjualnya kepada syarikat lain. Apa yang anda rasa?

Sedih?

Marah?

Tidak puas hati?

Sepatutnya, itulah yang patut anda rasa bila Sistem Khalifah dijatuhkan oleh Mustapha Kamal Ataturk. Selepas penat lelah Rasulullah berhijrah, memperkenalkan Sistem Khalifah, diteruskan oleh para Sahabat, kemudian keluarga Umayyah, Abasiyah dan Turki Uthmaniyah, senang-senang dia gulingkan Khalifah. Sepatutnya kita bangkit, marah dan perjuangkan balik Sistem Khilafah, bukan leka dengan sistem Demokrasi yang dibising-bisingkan di Malaysia.


Menyedia, bukan Mencari atau Menjadi Khalifah

Bila kita sudah sedar betapa pentingnya Sistem ini, apa yang ditunggu lagi, jom kita bina balik Sistem yang sangat hebat ini. Jom kita cari balik seorang Imam yang mampu menjadi ketua untuk umat Islam.

“Siapa yang layak jadi Khalifah ni?”

“Ahmadinejat!”

“Er..Aku rasa Ustaz Harun Din..”

“Er..Aku rasa Pak Lah pun ok..”

“Najib la, dia kan ketua negara kita..”

“Tapi jangan lupa, dalam perlembagaan, Agung sebagai ketua Agama..”

Ah, kita pening berbincang siapa yang layak mengetuai Umat Islam sekarang dan kesannya, kita sudah membuang berminit-minit, berjam-jam membahaskan sesuatu yang sia-sia. Kalau kita jumpa siapa yang layak menjadi ketua Umat Islam sekarang pun, adakah dia sanggup memimpin kita atau yang lebih penting, apakah semua Umat Islam sanggup dia sebagai ketua kita semua? Mungkin kita setuju tapi bagaimana Umat Islam di tempat-tempat lain?

“Ah, kalau macam tu, biar aku sahaja yang jadi Khalifah!” Tegas kita dengan penuh yakin.

Saya tanya kepada anda yang mahu menjadi Khalifah, “sudah cukupkah solat anda 365 hari tanpa ter’miss’ atau terlewat? Pernah atau tidak anda meninggalkan solat sunat sebelum dan selepas solat Fardhu? Bagaimana Qiamullail anda? Bagaimana pergaulan anda? Apakah bacaan anda setiap hari, al-quran atau naruto? Selalukah anda ke rumah orang lain untuk bertanya khabar?”

Kalau anda mampu menjawab semua soalan di atas dengan baik menurut pandangan Allah, saya sanggup bermati-matian mengangkat anda sebagai Khalifah di muka bumi ini tapi kalau ada walau satu sahaja yang Allah tidak senang, maaf, anda bukan Khalifah yang dicari. Betul, Khalifah juga manusia dan melakukan kesilapan tapi soalan-soalan di atas ialah soalan-soalan asas dan Khalifah tidak melakukan kesilapan pada sesuatu yang asas.

Jadi, kalau nak pilih pun sia-sia ,nak jadi pun tidak boleh, apa yang kita boleh buat?

Kita bina satu suasana bagi menyediakan Khalifah itu lahir dengan sendirinya!

Law Of Reaction

Dalam sains kita ada belajar ,sesuatu tindakan kimia atau biologi tidak akan berlaku melainkan pada keadaan yang sesuai, suhu yang sesuai dan bahan tindak balas yang sesuai. Sebagai contoh, proses fotosintesis. Proses Fotosintesis tidak akan berlaku melainkan adanya karbon dioksida dan air. Kalau anda ambil pokok, anda hadapkan kepada matahari tapi anda kedapkan udara di situ, wujudkan ruangan Vakum, proses Fotosintesis tidak akan berlaku kerana tiada Karbon Dioksida dan Air yang hadir.

Rupa-rupanya, hukum tindak balas ini bukan sahaja boleh diaplikasikan pada benda-benda sahaja bahkan kepada manusia itu sendiri. Kita lihat sejarah, bagaimana sebelum Allah mengutuskan Nabi Muhammad, Allah bentuk dulu diri Rasulullah itu sendiri selama 39 tahun lamanya. Bila keadaan Rasulullah dan Arab Jahiliyah sudah sesuai, lalu Allah muliakan Rasulullah, dari seorang Nabi, Allah angkat baginda jadi seorang Rasul.

Sebelum Rasulullah, peristiwa Nabi Daud menjadi raja juga mengikuti hukum ini. Sebelum peristwa Jalut dan Talut, nama Nabi Daud langsung tidak dikenali oleh orang ramai. Tapi peristiwa pembunuhan Talut oleh Nabi Daud telah menjadikannya raja di Palestin dan langsung memudahkan proses dakwah berlaku.

Bagaimana penakluk Palestin, Salahuddin Al-Ayyubi menjadi seorang pemimpin agung juga berpandukan Law Of Reaction. Salahuddin bukanlah seorang anak raja atau anak panglima yang dilatih untuk berperang tetapi dia seorang anak hamba cuma dia diajar tentang ilmu agama oleh orang Istana. Dia disediakan oleh ulama’-ulama’ Istana untuk menjadi seorang pemimpin agung. Dari seorang askar biasa, dia diangkat menjadi penglima perang dan dari seorang panglima perang, dia diangkat menjadi raja, lalu dia menakluk Palestin bila masanya tiba.

Begitu juga dengan kita sekarang, daripada kita bergaduh siapa yang layak menjadi pemimpin kita atau dari kita berpoyo merasakan diri kita layak menjadi Khalifah, lebih baik kita berusaha membina atau mewujudkan satu suasana yang membolehkan seorang Khalifah lahir. Mungkin, proses ini memakan masa yang agak lama, mungkin Khalifah tidak lahir pada masa kita tapi mungkin pada masa anak-anak kita, tiada siapa yang tahu, yang pasti akan lahir seorang pemimpin agung dari kalangan Umat Islam yang akan memenangkan kita suatu hari nanti.

Anda ingin mencipta sejarah atau anda yang ingin jadi sejarah?

Fikir-fikirkanlah…

http://www.youtube.com/v/yN0h1rZuqv8&hl=en_US&fs=1&

*2/3 Dunia – Ketika itu benua Amerika dan Australia belum lagi dijumpai.

6 thoughts on “Siapa 'Paus' Kita?

  1. 1st to comment!! Semoga kita menjadi ‘pemain’, bukan ‘penonton’ sahaja.

  2. dan apabila menjadi pemain,kita sedar kita memegang baton2 disepanjang laluan dan perjalanan.berikhtiar untuk membawa dan menjaga baton sebaik mungkin,dan bersedia memberi kepada pemain seterusnya,kerna jalan kita bukan destinasi namun sebuah laluan tiada henti..barangkali tika kita memegang baton belum smpai di garisan penamat.

  3. Erkkk, tapi aku main bowling, xmain lari berganti2, huhuhu. Anyway, betul2. Mencari pelari yang seterusnya itu yang sungguh crucial. Takut bangunan yang dibina siap setengah jalan. Ganbarimashou!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s