Leaders are learners

Pemimpin adalah individu yang sentiasa belajar. Satu frasa yang menjadi pegangan hidup saya ialah, when you stop learning, you stop leading. Kita semua adalah pemimpin. Setidak-tidaknya sebagai pemimpin diri sendiri. Ada yang tak setuju?? Bagi setiap pemimpin khususnya para penulis,pendakwah dan daie-daie, mari kita teliti perbincangan di bawah.

“Kau asyik mengajar saja, bila kau belajar?” tanya Pak Long pada suatu hari.

Saya diam. Itu bukan satu pertanyaan tapi Pak Long mengingatkan.

“Apa yang kau selalu tulis dan cakapkan tu, dah betul-betul sudah kau amalkan?”

Saya terus membatu. Selain abah, Pak Long adalah orang yang paling dihormati-kadang-kadang digeruni juga. Namun begitu, Pak Longlah tempat saya ‘ziarah’ untuk merungkai setiap masalah, kemusykilan atau semasa pening membuat keputusan terbaik dalam hidup.

“Saya hanya penyampai Pak Long. Apa yang saya tulis dan cakap adalah perkongsian ilmu yang saya peroleh bukan hanya daripada pengalaman diri sendiri, malah pengalaman orang lain juga. Saya juga berharap apa yang telah saya sampaikan, dapat juga saya amalkan.”

“Jangan hanya berharap, berusaha lagi penting!” tegur Pak Long.

“Insya-Allah,” balas saya pendek.

“Bagus tu. Jangan menulis ‘diri’ sendiri. Ingat pesan ni, orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang orang lain. Hanya  orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri.”

Hanya mampu mengangguk. Dalam maknanya kata-kata Pak Long itu.

“Pak Long lihat sesetengah penulis asyik menulis tentang dirinya. Begitu juga penceramah yang asyik bercakap tentang ‘aku’nya.

“Tapi Pak Long, tak salah kalau pengalamannya itu dapat dikongsi oleh orang lain. Pastu, itu lagi real kalau nak dibanding dengan apa yang dialami oleh orang lain.”

“Betul. Tak salah. Tetapi jangan keterlaluan.”

“Kenapa Pak Long?”

“Sebab, kekuatan ilmu itu lebih ampuh daripada kekuatan peribadi. Biar pembaca atau pendengar bersandar kepada kekuatan ilmu, bukan kekuatan peribadi penulis atau penceramah itu sendiri.”

“Kenapa Pak Long?”

Pak Long merenung tajam. Mungkin faham yang situasi sekarang bukan lagi situasi menyoal tetapi mempersoalkan.

“Pak Long tengok, penulis atau pendakwah masa kini tidak syumul-asli, dari segi personalitinya. Tak payahlah Pak Long huraikan dengan terperinci, muhasabahlah diri masing-masing.”

“Maksud Pak Long, golongan ini banyak kelemahan? Biasalah Pak Long. Manusia mana yang sempurna? Adakah hanya bila kita perfect baru kita boleh berdakwah?”

“Taklah sampai macam tu. Tapi, biarlah pendakwah sekurang-kurangnya lebih sempurna sedikit daripada golongan yang diserunya.”

“Kalau tidak?”

“Masyarakat akan kecewa, apabila melihat figur-figur yang mereka kagumi malah ingin teladani tidak seperti yang mereka harapkan.”

“Pak Long, kita diajar bertoleransi dalam hal-hal begini. Pendakwah tidak sempurna seperti ‘bahan’ dakwahnya. Begitu juga dengan Islam dan umat Islam. Islam sentiasa hebat, tetapi Muslim adakalanya hebat, adakalanya tidak, bergantung sejauh mana mereka mengamalkan Islam itu sendiri!”

“Hujah lama,” balas Pak Long.

“ Tapi masih relevan, Pak Long,” saya seakan merayu.

“ Kalau hujah itu diputar-balik begini macam mana…Ya, kalau Islam sentiasa hebat tetapi umatnya belum tentu. Jadi, di mana letaknya keupayaan Islam dalam menjana kehebatan umatnya?”

Sah, kali ni aku terkena. Hujah Pak Long memang semakin gah bila disanggah. Dan sebab itulah aku suka ‘melawan’ agar perbincangan semakin bercambah. Pak Long bukan guru biasa, dia guru demokratik-prinsipnya mudah: Mari sama-sama cari kebenaran.

“Kau tak pernah terbaca tulisan dr. Yusuf al-Qardhawi tentang keluhan seorang intelektual Barat yang baru memeluk Islam? Apa keluhannya?”

“Maha suci Allah yang telah memperkenalkan aku Islam sebelum aku mengenal Muslim…”

“Tahu pun. Jika intelektual itu kenal Muslim dulu, mungkin dia tertarik pun untuk memeluk Islam. Jadi, dari segi tertib, siapa yang kita nak perkenalkan dulu? Muslim atau Islam??” Tanya Pak Long lagi.

“Islam Pak Long,” akur saya.

“Ya, itulah maksud Pak Long. Pendakwah atau penulis atau sesiapa pun yang menyampaikan, mesti mengetengahkan prinsip dakwah, Islam dan tarbiyah, bukan input peribadi atau personalitinya. Bawa orang kepada Allah, bukan kepada diri. Bawa orang kepada Islam, bukan kepada produk atau kumpulan.”

“Terima kasih Pak Long, selalu-selalulah ingatkan saya ek .”

“Ingat pesanan Pak Long ni, pendakwah  adalah seorang murabbi, bukan selebriti!”

Advertisements

One thought on “Leaders are learners

  1. suka cara pak long…Pak Long bukan guru biasa, dia guru demokratik-prinsipnya mudah: Mari sama-sama cari kebenaran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s