Sweetkan DIA???

” aku tak boleh hidup tanpa dia.”

” dunia ni tak ada makna lagi tanpa dia”

” arghhh tensionnya! gaduh dengan makwe. tak boleh belajar.”

Cinta pada manusia ada manis dan ada pahit. Tapi kadang-kadang banyak yang pahit dari yang manis. Cinta satu perasaan luar biasa. Cinta sesama manusia memang fitrah. Namun melihat pada sekeliling, banyak yang tersungkur dengan cinta. Kita sering tertipu dengan perasaan ingin dikasihi. Ingin ada orang jaga kita. Tapi bila dilihat cinta itu secara mendalam, ada satu cinta yang tak mungkin tersungkur.

Bila kita mahu bercakap dengan Si Dia, kita solat.

Bila kita mahu Si Dia bercakap dengan kita, kita baca Kitab Al-Quran.

Bila kita ingat Dia, lagi banyak Dia ingat kita.

Bila kita dekati Dia sedepa, sehasta Dia datang pada kita.

Cinta pada Dia tiada yang pahit, semua manis.

Tak ada gaduh-gaduh. Tak ada buang masa menaip sms.

Kalau kita sedih, kita ‘jumpa’ Dia dalam solat.

Bila kita gembira kita ucap syukur pada Dia dalam sujud.

Bila kita buat dosa, Dia bagi peluang kita bertaubat, bukan sekali, bukan dua kali tapi berkali-kali sehingga sampai hari kematian kita.

Subhanallah. Sweetkan Dia?

Jadi apa lagi? Jom la kejar satu-satunya cinta yang tak mungkin kecewakan kita.

Cubalah. Ingat Dia selalu dalam hati. Saya berani jamin hati ada dapat rasa ketenangan luar biasa, ketenangan yang tak boleh diungkap dengan kata-kata.

Tapi………. Dia tu sape?

Dia lah Allah s.w.t, Pencipta kita. Dia yang cipta kita, mestilah Dia mengenali kita lebih dari kita mengenali diri kita sendiri kan?

Bersama Dia tak perlu bimbang, sebab Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

http://www.youtube.com/v/i_S6wGEOXuw&hl=en_US&fs=1&

5 thoughts on “Sweetkan DIA???

  1. dan apabila kita tidak sudi berbicara dengan Allah, ingatlah jua akan tiba satu hari Allah juga tidak mahu berbicara dengan kita :

    (Allah) berfirman: Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam Neraka dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu!

    Sesungguhnya ada segolongan diri hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat.

    Maka kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga ejek-ejekan kamu kepada mereka menyebabkan kamu lupa mengingati balasanKu dan kamu pula sentiasa tertawakan mereka.

    [mukminun : 108-110]

  2. DIA memang sangat sweet! tapi ramai yang xsedar.. dan kasih sayang DIA sangat-sangat luas, tiada bandingan! subhanallah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s