Mudahkan hidupmu..

MUDAH. SENANG. Meluahkan dua perkataan ini tidak semudah dan sesenang untuk mengejanya. Namun ia tetap menjadi pujaan setiap hati yang bergelar manusia. Tiada siapa mahu ditimpa kesusahan, tiada siapa mahu melalui kesukaran. Andai diberi pilihan, jalan yang senang atau susah, tak perlu fikir berkali-kali untuk membuat keputusan, pastinya jalan senang yang dipilih.

Alangkah indahnya jika dalam hidup ini untuk setiap perkara dapat kita letakkan perkataan MUDAH dan SENANG itu. Untuk setiap perkara dapat kita lakukan dengan penuh kemudahan. Hati kita senang untuk menerima apa sahaja yang diberi. Bila ada yang bertanya, exam macam mana? Kita dapat menjawab, senang jer. InsyaALLAH manten! Ataupun bila kita diajukan dengan soalan matematik yang panjang dan rumit, dengan mudah mulut kita menjawab, ini soalan mudah! Wah, kan bagus begitu. Apabila semuanya mudah.

Tapi wujudkah kehidupan begitu? Kehidupan yang sangat bahagia? Tanpa sebarang kesukaran? Satu jalan hidup yang menjanjikan kemudahan dalam setiap perkara, satu kitaran masa yang memberikan kita segalanya. Kalau dihitung dengan logik akal, tak mungkin kita temui kehidupan begitu. Kerana telah menjadi hakikat kehidupan bahawa, tiada laut yang tak bergelora, tiada langit yang sepanjang harinya cerah.  Namun bagi mereka yang sudah terasa lelah dalam menempuh hidup berliku, bagi mereka yang masih mahu kehidupan begitu, tak perlu gusar kerana kehidupan seperti itu ada. ADA! Kehidupan itu ada, tetapi bukan di dunia. Ia hanya wujud di syurga dan kekal selama-lamanya. Untuk ke sana, tiada jalan mudah bagi kita.

Namun dalam kekaklutan dan kesukaran itu, ada sesuatu yang akan kekal mudah. Ia akan kekal mudah, sampai ke akhirnya. Sesuatu yang akan menjadikan setiap yang sukar itu nampak mudah. Ia adalah ISLAM. Saya yakin frasa ‘Islam itu Mudah’ telah sinonim dengan semua. Jadi bersyukurlah bagi kita yang beragama Islam. Telah ALLAH susunkan jalur perjalanan yang mudah buat kita. Tetapi mungkin ada yang akan bertanya, di mana mudahnya Islam jika hidup kita tak kan lari daripada dugaan? Mana mungkin frasa Islam Itu Mudah dapat diaplikasikan jika masih ramai rakyat Palestin menempuh jalan derita dalam negara sendiri? Bagaimana ya?

Sebenarnya Islam itu mudah dengan ajarannya. Islam itu mudah dari segi pemikirannya. Islam itu mudah dari segi pelaksanaannya. Islam mengajar kita berlapang dada dalam menerima ujian. ALLAH memberitahu kita janji-janjiNYA melalui kalamnya supaya kita dapat bertahan. Setiap kali kita ditimpa ujian, ALLAH mengajar kita supaya bersabar, dan DIA memberi kita semangat dengan berfirman DIA akan tetap bersama dengan orang-orang yang sabar. Setiap kali kita ditimpa kesusahan, ALLAH memujuk kita dengan mengatakan kita mampu. Kerana setiap hambaNYA akan diuji dengan kemampuan mereka. Jika kita gembira sekalipun, ALLAH mengajar kita bersyukur, bukannya terlalu gembira dengan apa yang kita ada sehingga lupa diri. Kerana Islam itu konsepnya sederhana. ALLAH juga mengajar kita untuk bergantung hanya kepadaNYA. Bukan pada makhluk lain.  Kerana DIA tak mahu kita susah-susah mencari tempat pergantungan selain DIA.  Dan bila kita telah terlanjur membuat dosa, DIA sediakan keampunan yang sangat luas untuk kita. Biarpun berapa kali kita membuat kesalahan, pintu taubat itu masih sentiasa terbuka. Untuk mengisi setiap fitrah kita, telah ALLAH jadikan sediakan jalan yang terbaik untuk kita. Agar maruah dan agama sentiasa terpelihara. Beginilah mudahnya ISLAM. Tidak menyusahkan atau menyempitkan.

Tapi sayang, ramai yang telah memudahkan Islam berbanding meyakini bahawa Islam itu mudah. Contohnya,

Situasi 1:  Diserang demam panas, tidak mampu bangun dari katil.

Jika kita yakin Islam itu mudah;

Kita akan menunaikan solat dalam keadaan duduk ataupun baring  kerana solat itu satu kewajipan dan Islam itu tidak membebankan.

Tapi, jika kita memudahkan Islam;

Kita mengambil jalan mudah dengan tidak bersolat. Tak mengapa, Islam itu kan mudah dan tidak membebankan. Kita meringan-ringankan satu kewajipan.

Situasi 2:  Diserang ke’tension’ nan yang melampau sebab terlalu banyak kerja.

Jika kita yakin Islam itu mudah;

Kita akan berlapang dada menerimanya dan terus berusaha dengan menyandarkan sepenuhnya kepada ALLAH supaya memberi kita ketabahan.

Tapi jika kita memudahkan Islam;

Kita akan merungut dan berputus asa. Kita akan cuba mencari ketenangan pada jalan yang tidak sepatutnya. Kita ambil mudah setiap janji ALLAH dengan tidak meyakininya.

Banyak lagi contoh lain dalam kehidupan. Sebenarnya apabila kita memudahkan Islam lah segala kesukaran itu akan terasa sukarnya. Segala ujian itu akan terasa beratnya. Namun jika kita yakin Islam itu mudah, datanglah sebesar mana pun ujian, dengan rasa berlapang dada, kita mampu menghadapinya. Datanglah sebesar mana ancaman, kita tidak akan gusar kerana kita ada ALLAH sebagai pelindung. Biarpun sesukar mana keadaan, insyaALLAH kita tidak akan meninggalkan yang wajib, kerana kita tahu keringanan yang ALLAH beri pada kita dalam melaksanakan perintahNYA.

Jadi, walaupun memang sudah hakikat bahawa tidak semuanya mudah dalam hidup ini, tetapi ia akan tetap menjadi indah dan mudah bagi mereka yang meyakini. Kerana dengan susah dan senang itulah kita akan belajar menghargai setiap nikmat DIA yang Maha Agung.

“Jika semuanya menjadi mudah, akan hilanglah rasa untuk menghargai.. “

One thought on “Mudahkan hidupmu..

  1. assalamualaikum…
    sesungguhnya manusia ini akan sentiasa diuji..supaya apabila setiap ujian dpt kita lalui dgn sbr, tenang dan dlm keadaan kita sentiasa ingtkan Allah, insyaAllah kita akan rsa betapa indahnya ujian itu dlm menjadikan kita hamba yg sentiasa bersyukur apabila d berikan kesenangan..sbg cntoh, student yg nk exm..betapa berat rsanya nk stdy byk2 nie..tp after dah hbs, bleh cuti (bleh blek kmpung ^^,..tu kan 1 nikmat yg sgt kita akan nnt2 dan akn kita hargai bla dpt ksenangan after ksusahan..semoga dgn ujian yg diterima membuatkan hati kita sentiasa bergetar dgn kebesaran Allah yg Maha Berkuasa ats segala sesuatu..semoga dgn ujian yg diterima membuatkan kita merasa kemanisan iman..
    ..wassalam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s