Si buta yang bersemangat~

Suatu ketika dulu, saya diberikan sehelai kertas kuiz. Salah satu daripada soalannya berbunyi;

“ Siapakah Nabi yang ditegur oleh Allah s.w.t kerana tidak menghiraukan orang buta yang datang kepadanya.”

Ketika itu buntu berfikir. Beberapa hari selepas itu, terdetik hati membaca surah ‘Abasa. Apabila membaca terjemahan surah tersebut barulah saya tahu bahawa Nabi yang ditegur oleh Allah s.w.t itu adalah Nabi Muhammad s.a.w.

“  Dia( Muhammad) berwajah masam dan berpaling. Kerana seorang buta telah datang kepadanya (Abdullah bin Ummi Maktum). Dan tahukah engkau (Muhammad) barangkali dia ingin menyucikan dirinya ( dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, yang memberi manfaat kepadanya? Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup( pembesar-pembesar Quraisy). Maka engkau(Muhammad) memberi perhatian kepadanya. Padahal tidak ada (cela) atasmu kalau dia tidak menyucikan diri ( beriman). Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera( untuk mendapatkan pengajaran). Sedang dia takut (kepada Allah).Engkau(Muhammad) malah mengabaikannya. Sesekali jangan begitu! Sungguh ajaran-ajaran Allah itu suatu peringatan. Maka barangsiapa menghendaki, tentulah dia akan memerhatikannya. Di dalam kita-kitab yang dimuliakan( disisi Allah), yang ditinggikan dan disucikan, di tangan para rasul utusan(malaikat), yang mulia lagi berbakti…….” ( 80: 1-16)

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w sedang berdakwah kepada pembesar-pembesar Quraisy. Ketika itu Abdullah bin Ummi Maktum datang kepada Rasulullah meminta Rasulullah membacakan al-Quran untuknya. Tetapi ketika itu, Rasulullah telah berpaling dan bermasam muka kepadanya. Maka Allah telah menurunkan ayat ini untuk menegur perbuatan Rasulullah s.a.w.  Ketika wahyu ini diturunkan, Rasulullah terasa ada orang sedang memukul kepala baginda, tanda datangnya wahyu dari Allah. Sejak wahyu itu diturunkan, Rasulullah menjadi sangat ‘caring’ kepada Abdullah.

SIAPA ABDULLAH BIN UMMI MAKTUM?

Abdullah bin Ummi Maktum merupakan orang Mekah yang berketurunan Quraisy. Ibunya digelar ‘Ummi Maktum (buta)’  kerana melahirkan anak yang buta, iaitu Abdullah. Beliau adalah orang kedua yang menyeru azan pada zaman Rasulullah s.a.w. selepas Bilal bin Rabbah.   Beliau adalah orang pertama diantara sahabat nabi yang pergi madinah dan membacakan al-quran sehingga orang paham tentang Islam. Sejurus peperangan Badar, Abdullah bin Ummi Maktum kecewa kerana sukar untuk beliau berjihad dalam keadaan buta sehingga beliau berdoa kepada Allah s.w.t agar diturunkan ayat tentang keuzurannya. Walaupun dalam keadaan buta, Abdullah bin Ummi Maktum tetap mahu pergi berperang. Pada tahun 14 hijrah, Saidina Umar dan tenteranya telah berkumpul untuk melawan Parsi. Abdullah bin Ummi Maktum tampil dengan baju besi dan menawarkan diri untuk memegang panji Islam. Maka belakulah perang 3 hari 3 malam dan Islam telah menang dalam peperangan itu. Impian Abdullah bin Ummi Maktum untuk mati syahid menjadi kenyataan apabila beliau ditemui berlumuran darah sambil memeluk panji Islam.

IBRAHNYA

Subhanallah. Bagaimana ya cara Rasulullah ‘mengikat’ hati para sahabat kepada Islam sehinggakan begitu teguh cinta mereka kepada Islam malah sanggup mati demi Islam. Dilihat kepada kisah Abdullah bin Ummi Maktum ini, banyak ibrah yang boleh diambil. Apabila diturunkan ayat ini untuk menegur Rasulullah, tidaklah bermakna Rasulullah punya akhlak yang buruk, tetapi ia terang-terangan membuktikan bahawa Rasulullah juga manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan, bezanya adalah baginda diberi sifat maksum, iaitu bebas dari segala dosa. Betapa Allah menyayangi Rasulullah sehingga diturunkan ayat khas menegur perbuatan baginda.Dan betapa Allah memuliakan Abdullah bin Ummi Maktum sehingga diturunkan ayat khas menceritakan kisah beliau di dalam al-quran. Lihat kisah ini dan masukkan dalam situasi kita sekarang. Kadang-kadang kita memandang rendah kepada rakan-rakan  yang agak nakal. Apabila mereka turun berjemaah disurau, kita pandang sinis. Apabila mereka turun iftar di surau pun kita fikir dia turun sebab nak makan je. Bila mereka datang usrah pun kita buat muka dan kadang-kadang bila mereka minta nasihat, kita juga berpaling dan tidak hiraukan kesungguhan mereka meminta nasihat. Sesungguhnya perbuatan kita itu jelas sekali tidak disukai oleh Allah s.w.t kerana Allah memuliakan hamba-hambaNya yang ingin mensucikan diri dari dosa.

CONTOHI SEMANGAT BELIAU

Semangat Abdullah bin Ummi Maktum adalah semangat yang perlu kita contohi. Bayangkan manusia yang buta seperti beliau punya cita-cita berjihad dalam perang malah bercita-cita mati syahid. Kita yang diberi nikmat melihat alam ni, bagaimana ya sekarang? Bagaimana kita sekarang? Bagaimana dengan semangat jihad kita disaat dunia sudah moden? Dimana semangat jihad kita apabila World Cup menutup terus isu Flotilla? Kalau kita yang muda remaja, yang masih punya tenaga tidak mahu berjihad, takkan kita nak tunggu pakcik-pakcik yang sudah tenat, takkan kita nak tunggu baby-baby yang masih tidak mengerti erti jihad untuk berjihad menegakkan syiar Islam. Renung-renungkan.

http://www.youtube.com/v/Mec_Q3fy1mc&hl=en_US&fs=1&

10 thoughts on “Si buta yang bersemangat~

  1. kenapa nabi tidak hiraukan Abdullah?
    ini yang berlaku, nabi dihina dicaci dimaki di Makkah,tiba2 pembesar2 quraisy panggil nabi utk nabi berdakwah kepada mereka. Naluri manusia,bila keadaan sebegitu,kita mesti gembira dan bersungguh2 ingin dakwah mereka,ye la,kalau dapat kepala mesti dapat ekornya,dapat pembesar,dapat anak buahnya.
    So,tengah nabi semangat gile2 nak ajak pembesar quraisy masuk Islam,datang Abdullah,sebab itu nabi tidak hiraukannya.

  2. dan atas naluri yg sedemikian itu, nabi ditegur Allah, supaya menjadi teladan dan pengajaran pula kepada kita…

  3. “ Siapakah Nabi yang ditegur oleh Allah s.w.t kerana MENGHIRAUKAN orang buta yang datang kepadanya.”

    dalam perenggan kedua tulis “MENGHIRAUKAN”.. sepatutnya, “TIDAK MENGHIRAUKAN”

  4. Hrm… maaf terlebih dahulu. Sekadar berkongsi.

    Adakalanya, golongan yg sering attend usrah, bergelar atau menggelarkan diri mereka da’i, bertudung litup selalunya memandang org lain dgn pandangan yg berbeza, terkadang dilihat memandang org dgn sebelah mata.

    Adapun menegur dan berdakwah itu perlu dgn hikmah dan berperingkat2. Rasulullah juga menyediakan jwpn yg berbeza utk org yg berbeza mengenai perkara yg sama utk menyesuaikan dgn keadaan org tersebut.

    Sbnrnya ramai di luar sana yg ingin mendekatkan diri atau kembali pada jln Allah, tp sgt skeptikal kpd golongan daie jenis yg disebut di atas. Jadikan diri kita mudah didekati, selalu senyum, jgn mudah menghakimi supaya lebih ramai dpt didakwah.

  5. skadar ingin brtanya~according tocrita kat atas nabi itu adalah seorang manusia yg mksum(terpelihara dari sgala dosa)..tp knape x terlepas dr melakukan kesilapan?

  6. itu smua ktentuan allah s.w.t…tgk sjalh ahli ibadah yg plg warak skali iaitu azazil (iblis) suatu masa dulu..ckup alim,ckup warak hinggakan para malaikat slalu minta dia mendoakan mereka krna allah memakbulkan segala doanya..tp apa dh jadi skrg???

  7. betul ke nabi yg ditegur atau org lain?? cuba bc ayat tu betul2.. dlm text quran tu ada tulis nama nabi ke atau sekadar dlm tafsir kurungan tu je?? mksd ayat pertama adalah ‘dia yang bermasam muka’.. jika nabi yg bermasam muka mesti digunakan ‘kamu’ dan bukan ‘dia’.. Allah memuji peribadi nabi di dalam quran dgn peribadi yg agung.. adakah bermasam muka itu peribadi yg agung?? istighfar byk2.. berat tu fitnah kpd nabi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s