Ustazah Ku Sayang

Siapa yang tidak pernah jatuh hati dengan cikgu di sekolahnya? Saya rasa hampir tiada,mesti ada seorang dua cikgu yang mampu menarik hati kita,kalau bukan kerana lawanya, mesti kerana baiknya. Lelaki atau perempuan,semua sama. Kalau di sekolah menengah saya, seorang ustazah menjadi pujaan ramai. Ke mana sahaja Ustazah itu pergi, mesti banyak mata yang mengintai. Teruk tak teruk,sampai ada yang sudah hafal jadual Ustazah tersebut,pukul sekian ke mana dan pukul sekian ke mana walaupun jadual kelasnya sendiri pun tidak pasti.

Kawan saya pernah bercerita,satu tengahari semasa suami Ustazah itu datang menjemputnya,ada yang berkata sambil kecewa, “ala,tak hensem lansung suami dia,aku jauh lagi hensem.”

Dan saya pun sama, saya pun suka akan Ustazah tersebut. Bagi saya,dia lah bidadari yang turun ke bumi,sampai sekarang,saya tidak pernah lihat perempuan selawa,seayu dan sesopan beliau,beruntung sang suami. Apa yang mampu saya buat? Rampas Ustazah dari suaminya? Muri(mustahil),ketika itu saya baru di tingkatan 2. Alhamdulillah,ketika itu saya sudah kenal dengan Islam,saya sudah mula menjaga solat,sudah mula memahami kepentingan dakwah dan sebagainya,apa yang saya buat,saya duduk berdoa moga mendapat pasangan hidup di dunia atau di akhirat,gadis secantik Ustazah.

“Boleh ke pilih bidadari?” Monolog saya seorang diri.

Kisah Bidadari Umar Al-Khattab

Rasulullah SAW seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalanan mi’raj menghadap ALLAH SWT. Beliau SAW sering pula menceritakan bagaimana keadaan syurga yang dijanjikan ALLAH SWT kepada sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika Rasulullah SAW dimi’rajkan menghadap ALLAH SWT malaikat Jibril memperlihatkan kepada Beliau SAW taman-taman syurga. Rasulullah SAW melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkrama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeda dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu. Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril, “wahai Jibril bidadari siapakah itu?” Malaikat Jibril menjawab, “Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a., pernah suatu hari ia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeda dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bagian atas matanya berwarna merah dan bagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat sangat pemalu. Karena sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak ALLAH SWT maka saat itu juga ALLAH SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya”.

Misi Mencari Bidadari

Berpandukan hadis di atas lah saya mula berubah, saya mula menjaga pandangan saya, sudah kurang mengintai Ustazah dari sipi-sipi mata, sudah mula memperbanyakkan bacaan Al-Quran walaupun di dalam kelas,motif saya hanya satu, saya solat,puasa,baca quran,jaga pandangan, hanya untuk dapat bidadari secantik Ustazah. Saya tahu,untuk dapat di dunia,sangat sukar.

Memang,kita boleh memilih pasangan hidup kita di dunia,siapa isteri atau suami kita,tapi sejauh mana pasangan kita itu sesuai untuk kita,kita pun tidak tahu. Berbeza dengan bidadari, apa yang ada di dalam hati kita,dia tahu,Allah ciptakan mereka lebih baik dari wanita dunia. Allah ciptakan tersangat cantik,dikatakan bila mereka minum air,nampak air itu mengalir lalu dalam tengkuk mereka. Di dada-dada mereka,tertulis nama suami mereka. Yang paling menarik,Allah ciptakan mereka sesuai dengan kehendak dan keinginan kita, kita inginkan hitam maka hitamlah mereka,inginkan muka macam Ueto Aya,maka jadilah bidadari kita macam Ueto Aya,semua yang kita nak,maka jadilah.

Ikhlas Atau Tidak?

“Senpai(senior) solat kuat-kuat,sampai dahi hitam tu,ikhlas ke?” Soal Hafiz.

“Ikhlas la,senpai nak masuk syurga Allah,nak bidadari yang lawa-lawa!” Jawab Akmal.

“Habis,tu ikhlas ke tak? Bukankah ikhlas itu kerana Allah semata-mata?” Tanya Hafiz lagi.

Anda setuju dengan Hafiz? Ikhlas itu satu perbuatan baik yang diniatkan kerana Allah. Betul, itu salah satu Ikhlas dan yang tertinggi. Tetapi Ulama’ ada menggariskan bahawa Ikhlas itu ada 3 macam; Yang pertama,beramal kerana syurga dan neraka Allah,yang kedua kerana pahala dan dosa dan yang ketiga dan yang paling baik, beramal kerana Allah semata-mata tanpa mengharap sebarang balasan.

Maksudnya,kalau kita beramal baik,membaca quran,baca artikel di Azzariyat dan menceritakannya kepada orang lain,kita niat kerana nak bidadari Allah,maka ia salah satu cabang ikhlas. Kalau kita niat untuk dapat pahala yang banyak,itu juga Ikhlas dan yang paling baik,kita baca banyak-banyak,sebarkan kepada orang lain,spam di Yahoo Mesengger kemudian niatkan kerana Allah semata-mata,itulah tahap ikhlas yang paling tinggi.

Cuma,setinggi mana ikhlas kita,seberapa banyak yang Allah terima amal kita,itu milik Allah,itu rahsia Allah. Sebab itu, Rasulullah yang maksum dan orang pertama yang beramal, bersungguh-sungguh dalam amalan baginda kerana baginda tidak tahu,amalan baginda yang mana diterima Allah. Baginda solat malam sampai nampak kesan bengkak-bengkak ditapak kaki baginda,itulah tahap amalan baginda.

Allah ciptakan syurga dan neraka,pahala dan dosa sebagai peransang supaya kita beramal kepada Nya. Prinsipnya mudah, segala perkerjaan mesti ada upahnya. Kalau mak suruh kita ke pasar yang jauhnya 1 km dari rumah di hari yang panas terik(seperti di Jepun sekarang), kalau tiada upah aiskrim,berat juga badan nak bangun dari depan televisyen tengok imam muda. Begitu juga dengan Allah,Allah tahu manusia seperti kita susah untuk beramal kalau pada akhirnya,tiada apa-apa balasan maka diciptakan syurga untuk kita sebagai ‘aiskrim’.

Bidadari Untuk Lelaki,Perempuan?

“Kalau nikmatnya syurga itu ialah bidadari,untuk perempuan takkan bidadari?”Soal Mustapha.

“Ya,bidadari untuk siapa yang lesbian,”gurau abang Fatah,semua tergelak.

“Setahu abang,tak wujud istilah bidadara atau lelaki untuk perempuan. Tak tahu kenapa,tapi kalau wildan,anak kecil yang bersayap tinggal di gunung2 dalam syurga,itu abang pernah dengar. Tapi takde lah dispesifikkan untuk wanita,lelaki pun ada yang dapat wildan ni.Mungkin,ada hadiah lain untuk wanita cuma kita tidak tahu,surprise!”Terang abang Fatah.

Ya,selama pembacaan saya tentang kenikmatan syurga,tidak pernah saya terjumpa dengan perkataan ‘pelayan lelaki’ untuk wanita,yang ada hanya bidadari untuk lelaki. Cuma,pada tahun lepas kalau tidak silap saya,seorang ustaz menerangkan hadiah di syurga buat kaum Hawa.

“Kalau kaum Hawa,disediakan kepada mereka barang-barang kemas yang bertahtakan berlian,zamrud dan sebagainya. Mungkin kita lelaki tidak nampak rasionalnya Allah memberi perhiasan-perhiasan kepada wanita,puaskah mereka,kita tidak tahu. Saya pun tanya pada isteri saya,orang perempuan kalau dapat barang kemas,macamana rasa? Isteri saya cakap dia sangat gembira. Lepas itu baru saya ingat,perempuan kalau pergi ke pusat membeli belah,sejam dua itu basic,tapi itu untuk tengok je,beli tak. Yang beli,haa yang tengok paling kejap.”Jelas Ustaz tersebut.

Saya pun tidak tahu,betulkah barang perhiasan di mata perempuan,sama dengan bidadari di mata lelaki,wallahua’lam. Cuma,setakat saya kenal makhluk Allah yang bernama perempuan,rata-rata ‘gila shopping’ seperti lelaki ‘gila wanita’.

Apa-apa pun,marilah perbanyakkan amalan supaya apa yang kita idamkan di dunia dan kita tidak dapat,kita dapat di akhirat nanti,Insya Allah.

3 thoughts on “Ustazah Ku Sayang

  1. “Karena sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak ALLAH SWT maka saat itu juga ALLAH SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya”.

    Subhanallah…

  2. di dunia, dapat jadi wanita yang chantek jiwanya aje sudah lebih dari mencukupi..
    [mungkin dah dapat jadi calon penghuni syurga?]
    Allah Hafiz~

  3. Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak[186] dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).
    Ali-Imran-14

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s