Re : Misi Gereja Vatican

“Cerah, baca dah emel yang aku sent kat mung?” soal Farah.

“Emel mana? Tak dapat pun,” balas saya.

“Ala..Iphone tak boleh attach file ke?” tanya dia lagi.

“Boleh, no hal lah,” jawab saya.

“Em..maybe sebab panjang sangat kot, dalam 20 pages. Takut la baca benda tu,” cerita Farah lagi.

“I see, cerita seorang budak yang bercakap degan paderi yang cakap kristian dah atur semua dari awal lagi?”Saya cuba meneka sebab artikel itu semakin tinggi popularitinya sekarang, 2 minggu lepas pun ada seorang kawan menyuruh saya membaca dan memberi komen tentangnya.

“Betul, betul. Mung tau mana?”

“Ala, tu artikel lama lah, aku dah komen kat Azzariyat tentang tu, pernah baca?” soal saya balik.

“Huhu,actually aq jarang buka Azzariyat..” jawab Farah sambil malu tersipu-tersipu.

Ya, saya pernah menulis komen saya tentang artikel tersebut yang bertajuk Umat Islam Dijadikan Catur Paderi, mungkin ada yang sudah membacanya dan mungkin tak pernah. Apa-apa pun,saya sekali lagi akan mengulas artikel berkenaan dari sudut yang berlainan.

Sekadar Hiasan

Sudah baca artikel Dialog Paderi dengan Muslim tersebut?

Takut?

Bimbang?

Runsing?

‘Cuak’?

Ya, memang takut, memang bimbang, memang runsing dan memang ‘cuak’. Apatah lagi bila penulis ingin mengugut paderi tersebut bahawa dia ingin menyebarkan hal ini kepada dunia, paderi itu hanya membenarkan dengan alasan kita sekarang tidak mampu berbuat apa. Nah, memang benar apa yang dikatakannya, walaupun kita tahu banyak perkara tapi kita lansung tidak mampu mengubahnya.

Ingat balik peristiwa karikatur Nabi Muhammad, adakah mereka sudah berhenti dari melukis karikatur baginda? Tidak,malah mereka sediakan satu laman web khas untuk sesiapa sahaja menghantar lukisan karikatur Nabi Muhammad dengan percuma.

Perhatikan Palestin sekarang,kita tahu Palestin milik kita bersama,kita berlayar untuk hantar bekalan makanan lalu diserang askar Israel,apa yang kita boleh buat? Tiada apa selain sebarkan berita dan kutuk Israel. Adakah dengan kutukan kita nyawa rakyat Palestin terjamin? Adakah dengan caci maki kita kepada Israel, rakyat Palestin tidak kebulur?

Kita lansung tidak mampu berbuat apa-apa.

Sungguh menyedihkan.

Memang betul,apa yang ditulis oleh penulis artikel berkenaan menulis perkara-perkara yang benar dan sememangnya perancangan Kristian menguasai dunia memang dirancang. Rancangan mereka bermula selepas kota Andalusia,Spain dan Portugal sekarang, ditawan balik.

Penaklukan Balik Andalusia

Andalusia menjadi ibu negara Tamadun Abasiyah suatu ketika dahulu. Ratu Perancis sudah lama inginkan Andalusia menjadi miliknya balik,lalu dihantarnya seorang perisik untuk mnyelidik keadaan kota Andalusia dan umat Islam di sana. Belum sampai sebulan merisik,perisik itu pulang ke Perancis dengan khabar yang mendukakan ratunya.

“Wahai Tuanku,belum tiba masanya kita menawan Andalusia,”jelas perisik.

“Kenapa?Ceritakan apa yang kau jumpa kepada ku,”arah Ratu.

“Ketika saya sedang menyamar,saya ketemu seorang kanak-kanak sedang menangis. Lalu saya bertanya, kenapakah dia menangis. Katanya, dia menangis kerana ibunya tidak membenarkannya berjihad.Mula-mulanya saya gembira,fikir saya,umat Islam sekarang sudah lupa akan kepentingan Jihad. Saya bertanya,kenapa. Lantas dia menjawab, ibu tidak membenarkan saya berjihad kerana saya belum habis menghafal al-quran.Saya terkejut,ini belum masanya Tuanku,”cerita perisik.

Beberapa bulan selepas itu,perisik itu datang lagi ke kota Andalusia dan sekali lagi dia terjumpa seorang kanak-kanak menangis. Dia bertanya apakah sebab kanak-kanak itu menangis,kanak-kanak itu menjawab, “ibu tidak membeli saya mainan.” Lantas,dia pulang ke Perancis dan memberi lampu hijau kepada tentera Perancis untuk menyerang Andalusia dan tanpa tempoh masa yang lama,Andalusia berjaya ditawan Perancis.

Pergaduhan Dua Mazhab Satu Agama

Entah bagaimana,paderi-paderi Perancis yang berhijrah ke Andalusia berbeza pendapat sehingga lahir Kristian Katolik dan Kristian Vatican. Untuk menyelesaikan persengketaan kedua-dua mazhab ini,Andalusia dibahagikan kepada 2 negara,Portugal dan Spain. Walaupun mereka berpecah,matlamat mereka masih satu,mengkristiankan semua manusia yang ada di atas muka bumi ini. Mereka bahagikan dunia ini kepada 2 kawasan,belah asia milik Portugal dan belah Europe milik Spain,cuma beberapa kawasan seperti Filipina menjadi milik Spain.

Perhatikan bendera-bendera negara Eropah yang dijajah Spain,semuanya mesti terselit lambang salib. Dengan terukirnya lambang itu di bendera mereka, pasti Kristian akan bertapak kukuh di negara yang dijajah. Mereka war-warkan kedatangan mereka ke negara-negara Asia sebagai satu siri pencarian rempah dan bahan mentah walhal mereka sembunyikan niat asal mereka iaitu mengasimilasikan budaya-budaya negara yang dijajah dengan budaya Kristian.

Jadi jelas,rancangan mereka memang bermula dari awal. Jadi tidak pelik kalau apa yang sedang berlaku sekarang di bawah kawalan  dan rancangan mereka, Seolah, kita tanam benih jagung,walaupun tanah itu tiada apa-apa,lama kelamaan pastu pokok jagung yang tumbuh mekar di situ.

Janji Mereka Atau Janji Allah?

Saya ingin persoalkan,kenapa bila kita baca dialog Vatican tersebut,kita rasa takut,rasa bimbang dengan nasib kita? Kita rasa seolah-olah apa yang dicakapnya betul-betul akan berlaku,kita rasa perkara itu benar dan kita yakin dengan hati kita.Kita takut dengan janji mereka.

Pernahkah kita baca ayat quran tentang azabnya neraka,kita kecut seperti kita baca dialog tersebut? Pernahkah kita berasa takut bila diingatkan dengan ayat Quran sakitnya mati? Pernahkah kita dengar hadis nabi tentang balasan akhirat buat pendosa macam kita,kita menangis,bimbang dan takut dengan nasib kita? Pernah?

Rasanya,tak pernah.

Bila kita dengar hadis-hadis tentang azab neraka,peritnya azab kubur,kita lansung tidak menghiraukannya. Malah,ada yang cuba lari bila tahu kawan dia kaki dakwah.

“Cepat lari,budak tabligh datang..”

“Cepat nyorok,budak surau datang..”

Dan banyak lagi alasan yang kita sengaja buat untuk elak dari mendengar janji-janji Allah.

Kalau Kristian merancang segalanya 1000 tahun dahulu, Allah merancangnya sebelum wujud bumi ini lagi. Maksudnya, rancangan Kristian itu sebenarnya sudah dirancang Allah berjuta-juta tahun sebelum rancangan itu dibuat, faham? Jadi, rancangan siapa lagi hebat? Janji siapa yang patut kita geruni?

Dialog tersebut sangat bagus, mengingatkan kita tetang keadaan kita sekarang,tapi ramai antara kita tersalah faham mesej yang cuba disampaikan. Ramai yang berasa takut bila membaca artikel itu tapi berapa ramai yang berasa bertambah yakin dengan Islam bila membaca artikel tersebut? Berapa kali dalam dialog itu Paderi tersebut memberitahu ketakutan mereka dengan Muhammad dan Para Sahabat,jadi mengapa tidak kita tiru seperti Rasulullah dan para sehabat?

Kita goyangkan balik dunia ini dengan Islam,kita naikkan balik Islam seperti suatu ketika dahulu!

Janji Allah: Islam Pasti Kan Menang

Supaya mereka yang berasa bimbang,takut dan runsing itu gembira balik,saya ingatkan balik kepada anda dengan janji Allah yang kita sering lupa.

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).”

As-Saf Ayat 8

Ini janji Raja,bukan raja dunia sahaja tapi Raja Dunia Akhirat. Memang betul orang kafir,kristian atau yahudi atau sebagainya akan cuba menjatuhkan Islam,mereka menghina Islam, mereka merancang itu ini,mereka sogok itu ini,pastinya Islam akan menang. Kalau Islam tidak menang zaman kita,Islam menang zaman anak-anak kita. Itu janji Allah dan janji Allah pasti berlaku.

Ya,orientalis barat faham quran lalu mereka takut dengan ayat ini,mereka sering melupakan kita tentang ayat supaya ayat ini tidak menjadi kenyataan. Tapi semakin mereka cuba, semakin jelas janji Allah dengan ayat ini. Lihatlah,mereka salahkan kita dengan pengeboman PWTC 11September,berapa ramai rakyat Amerika yang buka mata peluk Islam? Mereka rampas tanah Palestin dari kita,berapa banyak negara yang mengutuk mereka?

Sahih,mereka rancang menjatuhkan Islam,tapi siapa mereka ingin melawan Pencipta mereka?

Wahai teman seislam,yakinlah dengan Allah. Kita ada atau kita tiada,Islam pasti akan menang. Walau tiada seorang pun di atas muka bumi ini yang memperjuangkan hak Allah, Allah mampu memenangkan Islam walau sesaat.Ingatlah balik perang-perang di zaman Rasulullah dahulu,berapa banyak perkara ajaib yang berlaku untuk memenangkan Islam. Perang Badar,mana logik 313 orang yang bersenjatakan pelepah tamar menang lawan 1000 orang bersenjata lengkap? Perang Hunain,mana rasionalnya 20,000 orang kafir lari terkial-kial dari 10 orang Islam selepas umat Islam yang lain lari meninggalkan medan perang?

Islam menang bukan atas logik,tapi Islam menang atas yakin. Kita yakin dengan Allah,kita buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang,Insya Allah,kita akan menang. Usah takut lagi,usah gentar lagi,ayuh mara ke hadapan,kita mula langkah yang baru,jom kita sebarkan Islam,amalkan Islam supaya nanti Islam menang,kita layak berada di zaman itu!

http://www.youtube.com/v/ACFylb1MNMM&hl=en_US&fs=1?color1=0x3a3a3a&color2=0x999999

Sila baca lirik lagu ini,memang kena dengan kita sekarang

4 thoughts on “Re : Misi Gereja Vatican

  1. Alhamdulillah.

    Manusia merancang, Allah merancang…dan Allah sebaik-baik perancang.

    Ape yg org kafir nak buat, smuanye dgn izin Allah pada ketika ini.
    Tiba masanya, mereka akan diberi balasan.
    Islam akan menang.

  2. Islam pasti akn menang suatu masa nnt…yakinlah dgn janji Allah=)

    by da way,ni lagu world cup kn? nice song.memang kena….

  3. islam pasti akan menang seperti yg dijanjikan Allah.lgu world cup tu mmg kne la dgn situasi skrg~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s