Balaslah kasih ini..

Siapakah yang paling anda cintai?

Siapakah yang paling anda kasihi?

Sejauh mana anda sanggup berkorban demi kasih sayang itu?

Seorang ibu akan mengasihi anaknya sepenuh hati kerana anak itu adalah darah dagingnya, seorang suami akan mencintai isterinya kerana isteri itu amanah ALLAH padanya. Seorang ibu sanggup menggadaikan nyawa demi anaknya, seorang suami sanggup bersusah payah demi isterinya. Itu perkara normal kerana kasih sayang mereka berlandaskan ikatan yang utuh.  Tetapi wujudkah, seorang lelaki sanggup BERMANDIKAN DARAH, disakiti demi kasih sayangnya kepada sekumpulan manusia yang tidak dikenali? Kepada sekumpulan manusia yang tidak dia temui, kepada sekumpulan manusia yang akhirnya tidak menghargai?

Jika dinilai secara logik akal, ia adalah mustahil. Tapi ia adalah satu kebenaran dan bukti HEBATNYA kasih sayang MUHAMMAD Bin ABDULLAH kepada sekumpulan manusia itu atau dengan kata mudahnya kepada kita selaku UMATNYA. Peristiwa perjalanan Rasulullah ke Thaif demi manyampaikan risalah dakwah telah memberi satu pengajaran yang amat besar bagi mereka yang mahu menilai. Sewaktu di Thaif, baginda dan Zaid Bin Harithah telah diserang oleh penduduk thaif, dilempar dengan batu, dicerca dan dihina. meskipun Zaid Bin Harithah menjadikan dirinya sebagai perisai, itu belum cukup untuk melindungi Rasulullah. Dengan sandal yang bersimbah darah, Rasulullah berusaha lari menyelamatkan diri. Akibat tidak tertahan lagi, dengan penuah kesedihan, Rasulullah telah menadah tangan dan berdoa kepada kekasihnya;

“Ya Allah, aku mengadukan kepada-MU akan lemahnya kekuatanku dan sedikitnya daya upayaku pada pandangan manusia. Wahai Yang Maha Rahim dari sekalian rahimin. Engkaulah Tuhannya orang2 yang merasa lemah, dan Engkaulah Tuhanku, kepada siapakah Engkau serahkan diriku. Kepada musuh yang menghinaku ataukah kepada keluarga yang Engkau berikan kepadanya urusanku, tidak ada keberatan bagiku asal saja aku tetap dalam keridhaan-Mu. Dalam pada itu afiat-Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya Wajah-Mu Yang Mulia yang menyinari seluruh langit dan menerangi semua yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akhirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahan-Mu atau dari Engkau turun atasku adzab-Mu. Kepada Engkaulah aku mengadukan urusanku sehingga Engkau ridha. Tidak ada daya dan upaya melainkan melalui Engkau.”

Doanya telah didengari, dan Malaikat Jibrail telah dihantar bertemu Rasullah bersama satu tawaran yang amat menarik;

“Sesungguhnya Allah telah mendengar ucapan kaummu kepadamu dan respons mereka terhadapmu. Allah telah mengutus kepadamu malaikat penjaga gunung untuk engkau perintahkan kepadanya sesuai keinginanmu terhadap mereka”.

Malaikat penjaga gunung itu datang bertemu Rasulullah seraya berkata;

“Wahai Muhammad! Hal itu terserah padamu; jika engkau menginginkan aku meratakan mereka dengan al-Akhasyabain (nama sebuah gunung), maka akan aku lakukan.”

Hurm, kalau yang mendapat tawaran tu adalah kita, pasti tanpa teragak-agak kita akan menjawab ya. Maklumlah dalam keadaan hati yang sedang marah, tujuan kita cuma satu, mahu pihak yang menyakiti itu mendapat balasan yang setimpal. Agar nafsu amarah dalam hati kita dapat dipuaskan. Jadi, adakah Rasulullah telah menerima tawaran Jibrail itu? Atau adakah Rasulullah meminta hukuman yang lain?

Namun bagi insan semulia Rasulullah, keadaannya adalah berbeza. Baginda telah menolak bersama satu doa yang mengandungi sejuta harapan;

“Bahkan aku berharap kelak Allah memunculkan dari tulang rusuk mereka orang-orang yang menyembah Allah ‘Azza Wa Jalla semata, Yang tidak boleh disekutukan dengan sesuatupun”.

Siapakah orang-orang itu? Jawapannya mudah, ia adalah saya, kamu, dia, anda dan semuanya. Bersama selaut kasih, Rasulullah sandarkan harapan ini pada kita. Tapi, sayang berapa ramai di antara kita yang berusaha menyempurnakan harapan Rasulullah yang satu ini? Berapa ramai yang akhirnya hanyut dan membiarkan harapan yang suci ini berlalu pergi begitu sahaja? Tepuk dada tanyalah iman anda.

Balaslah anda akan kasih ini agar di sana nanti tiada penyesalan dalam hati. Sebuah kasih agung dari seorang yang amat mengasihi kita walaupun kita jauh dari waktu hidupnya. Seseorang yang mengenang kita jauh lebih banyak berbanding si dia yang anda panggil buah hati.

4 thoughts on “Balaslah kasih ini..

  1. kasih kpd yg org yg blum wujud,sugguh aneh tp sugguh agung kasih itu…
    selawat k ats Rasulullah=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s