Hilangkan sifat bakhilmu

Sering kali kita mendengar tentang tingkatan ukhwah yang mana serendah-rendahnya adalah bersangka baik dan setinggi-tingginya adalah dengan ithar.

Ithar

“…..Dan siapa yang dijaga dirinya dari sifat bakhilnya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (al-Hasyru : 9)

Ithar dalam kata mudahnya adalah melebihkan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri.

Contoh mudahnya, kita telah lama menabung kerana berkeinginan membeli laptop baru,

kemudian sesuatu kecemasan berlaku kepada sahabat baik kita, dan dia sangat memerlukan wang waktu itu. Kita telah berlaku ithar jika kita menolak kepentingan sendiri, dengan mengorbankan wang tersebut demi membantu sahabat yang di dalam kesusahan.

Tarbiyah Allah kepada Abu Hurairah

Abu Hurairah, atau dalam bahasa melayu gelarannya bermaksud ‘bapa kepada anak-anak kucing’ mendapat gelaran tersebut daripada baginda Rasulullah SAW sewaktu bagind terserempak dengan beliau yang menyimpan anak-anak kucing dalam lengan jubahnya. Beliau antara sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith Rasulullah SAW. Sesuatu yang mungkin tak ramai dari kita tahu, Abu Hurairah adalah seorang yang sangat miskin.

Sehingga dikatakan Abu Hurairah sering pengsan akibat terlalu lapar. Namun, sebagai seorang muslim sejati, beliau tidak pernah meminta-minta diberikan makanan. Namun perkara yang sering dilakukannya apabila bertemu sahabat-sahabat adalah membacakan ayat-ayat Allah berkenaan infaq harta kepada mereka, dengan harapan mereka terkesan dan membantu beliau yang kemiskinan.

Suatu hari Abu Hurairah berasa tersangat lapar, lalu beliau berjalan dan terjumpa dengan Saidina Abu Bakar r.a. Lalu beliau pun membacakan ayat berkenaan sedeqah kepada Abu Bakar. Lalu jawab Abu Bakar,

“Bagus firman Allah ini ya Abu Hurairah. Terima kasih kerana menyampaikannya kepadaku.”

Lalu Abu Bakar pun berlalu pergi. Dan Abu Hurairah sedikit kecewa, lallu beliau berjalan lagi dan terjumpa pula dengan Saidina Umar. Beliau pun membacakan ayat berkenaan sedekah kepada fakir miskin kepada Saidina Umar. Saidina Umar pun menjawab,

“Bagus firman Allah ini ya Abu Hurairah. Tapi ketahuilah sesungguhnya dirumahku juga tiada makanan.”

Saidina Umar pun berlalu. Sekali lagi Abu Hurairah kehampaan. Namun kemudian beliau terserempak dengan baginda Rasulullah SAW. Rasulullah SAW pun menegur beliau,

“Wahai Abu Hurairah, barangkali kamu lapar. Marilah ke rumahku.”

Abu Hurairah lalu mengikuti Rasulullah pulang ke rumah baginda. Setibanya di rumah, Rasulullah pun bertanya kepada ahlul bait baginda, samada mereka punya makanan untuk diberikan kepada Abu Hurairah. Namun sekali lagi Abu Hurairah kehampaan kerana sesungguhnya di rumah baginda Rasulullah SAW juga tiada sebarang makanan.

Seketika lepas itu, datanglah seorang Ansar bersama semangkuk susu untuk dihadiahkan kepada Rasulullah. Bercahaya muka Abu Hurairah saat melihatnya. Rasulullah lalu berkata kepada Abu Hurairah,

“Wahai Abu Hurairah, panggillah semua golongan al-Suffah(fakir miskin) di Madinah untuk minum bersamamu.”

Bayangkan kalau anda di tempat Abu Hurairah. Dalam keadaan anda yang terlalu lapar, makanan tiba dan akhirnya disuruh kongsikan dengan orang lain. Begitulah juga perasaan Abu Hurairah saat itu. Namun ditutkan jua kerana itu arahan dari Pesuruh Allah SWT. Maka berkumpullah hampir lebih kurang 100 orang golongan al-suffah dirumah baginda. Lalu baginda pun mengambil mangkuk itu lalu berkata kepada Abu Hurairah,

“Berikanlah mangkuk susu ini kepada mereka untuk diminum.”

Sekali lagi Abu Hurairah kecewa. Dari seorang ke seorang mangkuk di passkan untuk diminum. Saat itu juga hati Abu Hurairah berdebar-debar. Masihkah punya sisa untukku minum setelah sebegini ramai yang meminumnya. Risau Abu Hurairah melihatkan mangkuk tersebut yang diteguk berkali-kali oleh mereka. Sehinggalah akhirnya kesemua mereka selesai minum. Lalu baginda Rasulullah bertanya kepada Abu Hurairah,

“siapa lagi yang belum minum?”

“Hanya Saya dan Rasulullah sahaja yang belum minum.”

Lallu Rasulullah SAW berkata kepada Abu Hurairah,

“Minum lah Abu Hurairah, minumlah..”

Abu Hurairah meneguk sekali dua. Namun kata Rasulullah,

“Minum lagi Abu HUrairah..minum lagi.”

Setiap kali Abu Hurairah berhenti minum, setiap kali itu juga Rasulullah menyuruhnya minum dan minum lagi sehinggalah

“Aku tidak mampu untuk minum lagi ya Rasulullah…”

Lalu Rasulullah pula mengambil giliran untuk minum dan menghabiskannya.

Pengajaran

Berkat kesabaran dan patuhnya Abu Hurairah terhadap arahan Rasulullah SAW, maka beliau dikurniakan nikmat minum susu yang berlipat kali ganda. Berkat itharnya beliau membiarkan golongan miskin lain untuk  meminumnya terlebih dahulu, walaupun beliau sangat lapar waktu itu, Allah kurniakan nikmat tidak terhingga kepada beliau.

Segalanya tidak mudah. Risau, sabar, susah hati. Tak mudah sebenarnya untuk berlaku ithar. Tapi yakinlah sesungguhnya jika kita berjaya melepaskan diri kita daripada kebakhilan kita sendiri, maka jadilah kita orang-orang yang beruntung.

Ithar itu sangat berkait rapat dengan kasih sayang dan sensitivit kita terhadap mereka di sekeliling kita. Usahakanlah ia. Semoga kita termasuk golongan mereka yang beruntung dan dikurniakan nikmat yang infiniti nilainya.

Hilangkan sifat bakhilmu~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s