I LOVE JAD: Kerana Ukhwah Itu Indah~

Ketika sendirian di rumah kecil ini, teringat pula kenangan- kenangan bersama rakan. Baru semalam semuanya seakan-akan datang singgah di ingatan lantaran semalam saya berpeluang bercakap dan mendengar suara rakan-rakan wanita JAD yang dirindui. berkongsi suara di skype walaupun sekejap, cukup dan amat bermakna buat diri yang rasa kosong, buat diri yang rasa rindu. segalanya terubat dan saat-saat manis dulu terkenang kembali.

“ Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku. Kuhulurkan tangan untuk berkenalan kerana aku rasa senang, makin ramai sahabat aku semakin percaya diri.aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka dan duka. Jika kutemui, aku akan setia padanya…-Imam Syafie. Semoga ukhwah ni berada dalam rahmat Allah. Ukhwah Fillah Abadan Abada~”

Hati rasa sayu saat mendapat mesej ini dari seorang sahabat. Sudah lama tak luang masa dengan sahabat ini. Dalam kesibukan di JAD, mungkin terlalai seketika kepentingan menjaga ukhwah. Setelah berkali2 menulis article dan semuanya lebih kepada luahan hati yang tak berkesudahan. Kali ini aku rasa terpanggil untuk menulis tentang apa yang buat aku rasa gembira berada di JAD..
2 tahun lebih di JAD memberi ruang pada aku untuk mengenali insan bernama sahabat malah sempat juga aku ingat kembali kenangan2 sepanjang perkenalan dengan mereka. Bermula dengan perkenalan di Kompleks Rakan Muda(KRM) Klang membawa aku kepada satu kehidupan baru. Secara peribadi, aku takut menghadapi suasana di KRM pada mulanya.


KENANGAN TERINDAH DI KRM

“ Huh, jauhnye dari rumah aku tempat ni.. susah la aku nk balik. Kompem kene cakap KeyEl ni..” hati memberontak kerana susah sekali aku mengubah loghat pekat Pantai Timur.
Ingat lagi waktu pertama kali bertemu rakan bernama Farah….
“ Anak orang kaya ni.. budak STF plak tu.. takkan nk kawan ngan aku kot..da la duk tepi katil aku…ngan sape aku nak kawan ni” Hati memberontak lagi waktu mula bertentang mata dengannya. Tu kisah dulu, kini siapa sangka sahabat bernama Farah itulah yang sanggup ‘meminjamkan bahu’ saat diri sedang lemah diuji.
Teringat juga kisah sahabat bernama Nurul. Ingat lagi mase mula2 masuk TBP dulu.
“ Awak duduk umah B11-8, sebilik ngan Nurul ye” kate Kak Mala.
“ Nurul?? Bukan ke Nurul tu pendiam ke? Alaa mati la aku.. duk sebilik ngan budak pendiam. Ngan sape aku nk cakap2 time boring ni? Da la kene duk bilik kecik tu..ishhhhh??” Sekali lagi aku bermonolog tanda protes. Tapi siapa sangka, Nurul yang aku anggap pendiam itulah sahabat yang setia mendengar cerita2 aku waktu boring, berkongsi cerita tentang erti hidup. Nurul yang pendiam itulah selalu buat aku rasa disayangi.. Nurul yang pendiam itulah yang sentiasa ambil berat tentang diri ini sehingga sekarang. Nurul yang pendiam itulah sahabat yang tak pernah bosan berkongsi ilmu didalam kelas.
“ Nurul, nanti g Keio, jangan lupekan saye ye.. nanti nk dekat raye, saye ngan Syikin nak g melawat awak kat Keio..kite ambil gamba depan gate Keio.. post kat salam perantau..baru gempak..” aku berseloroh.
“ Wow..Ok Nurul tunggu awak kat Keio..datang tau jangan tak datang..nanti mesti Nurul rindu awak” jawab Nurul yang tak pernah boring melayan gurauan aku.
Siapa sangka Hanis yang aku ‘geruni’ dulu kini jadi seperti kakakku. Tempat aku berkongsi cerita. Tempat aku berkongsi perasaan marah,gembira,sedih..
Tiada siapa sangka juga Syikin yang x pernah bertegur sapa denganku di KRM kini jadi rakan semeja..same2 mengantuk..sama2 belajar..sama2 memahami subjek Wada Sensei..
Siapa sangka prefect yang aku ‘musuhi’ di sekolah dulu kini jadi roomate tempat aku bermanja. Namun, bukan tentang diri aku yang ingin aku ceritakan, tapi aku cuba mengimbau kembali kenangan lama kerana baru aku sedar perasaan kasih sayang antara sahabat dan jalinan ukhwah yang Allah anugerahkan merupakan anugerah yang tak ternilai sebenarnya. Article ‘Untukmu sahabatku’ karangan cik konokokoro sangat menyentuh sanubari. Ia menguatkan lagi keyakinan aku pada anugerah Allah ini.Jika tiada rasa kasih pada sahabat, x kan cik konokokoro mengulang 3 kali perkataan “ Saya nak masuk syurga dengan kamu”.
I LOVE JAD
Kalu di KRM dulu kita semua hanya kenal2 manja, tapi di JAD inilah nilai sebuah ukhwah itu terbentuk. Aku memerhati dan merasakan indahnya ukhwah yang Allah anugerahkan.
Dalam bus Pakcik Tahir
“ Alaaa..kene berdiri lagi..nak duduk,,penat buat jikken denki td” Mido kecewa bila x dapat tempat duduk wak tu balik dari Unisel.
“ Mido. Berat barang awak tu. Meh saya pegang” Syira menawarkan khidmat memegang beg.
“ Time kasih Syira, memang berat pun. Ade laptop ni.Sayang Syira” Mido sedikit lega.
“ Dino mesti letih mu diri tu.. meh share kerusi ngan aku.. lagipun kite kan kecik jah..muat ni” Becky sicantik manis dr Kelantan x sanggup melihat Dino yang keletihan sedang berdiri.
“ Time kasih Becky. Saye penat sangat ni. Mujur ade orang baik hati cam awak ni bg saye share kerusi.” Kate Dino terharu.
Terbukti, keindahan ukhwah mampu membuat rakan yang sedih kembali gembira.
Di Unisel
“ kyouwa 19 nichi desu ne. jya, mondai kotaemashou.. 1ban Fauziah-san, 2 ban Syami-kun, 3ban Farahin-san, 4ban Asyikin-san,5ban Hidayah-san” Kate Mizuno Sensei yang disayangi ramai.
“ Susahnye soalan aku ni… Nurul ajarkan boleh.. saye buat banyak kali tak boleh ni.”
“ Boleh2 insyaAllah. Meh sini saye ajar”
“ Sape2 yang tak dapat jawab lagi, meh sini aku ajar.. InsyaAllah aku boleh ajar” Musliha tidak pernah sombong dengan ilmu yang dia miliki.
“ kenape ni Baw, sakit ke?..x nak g makan?” Tanya Sakinah apabila melihat Baw tido di meja.
“ X de la. Ngantuk la Kinah.. tolong belikan burger boleh? Xnak roti.nak daging je” Balas Baw
“Mesti la boleh. Awak kan kawan saye. Lagipun kesian awak mengantuk” Ikhlas Sakinah membalas.
Terbukti, keindahan ukhwah mampu membuat rakan yang dalam kegelisahan menjadi kembali bersemangat.
Di Umah TBP
“ Teringinnye nak makan durian..” keluh Bila
“ x pe, Kakda balik minggu ni. Nanti Kakda bawak durian untuk Bila” balas Kakda yang penyayang.
“ Sedapnye pudding roti. Hoshii2..kalu balik mesti leh makan pudding roti ma buat”
“ Gee, ari tu saye terdengar gee kate nak makan puding roti kan? Ni saye ade buat puding roti ni.. pudding jagung pun ade.. rase la..saye buat untuk awak ni” Nafisah datang ke rumah membawa pudding roti.
“ Nok makan butir nako. Sedap jugok wat buko pose ni. Rindu butir nako hok umi buat. Bile pose je ade je bende aku mengidam.” Saerah meluah rasa.
“ Aku nak buat butir nako la ari ni. Nak bagi Saerah.mesti die hepi..lagipun dia puasa..” Adiey ke kedai india membeli tepung pulut.
Terbukti, kasih sayang sesame rakan dan keindahan ukhwah mampu mengubat kerinduan pada keluarga di kampung.
Iftar
“Sempena bulan Ramadhan yana akan datang x lame lagi. Aku da buat jadual iftar.Ahad- Syafikah( Naemah), Isnin-Kappa, Selasa-Soha,Rabu-Berd,Khamis-Tiena,Jumaat-Gent,Sabu-Tisu.. ok sume?” Puteri Gunung Fuji menjalankan tugas membaca jadual Iftar.
“ Mesti la ok” semua menjawab serentak.
“ Kak Mah nak buat pudding trifle” kate Syafikah(Naemah).
“ Kappa nk buat caramel..mesti sedap…hehe” kate Kappa.
“ Aku nak buat ape ye? Buat laksa Johor la.” Kate soha.
“ Aku zettai nk buat pengat pisang!!!” kate Berd yakin.
“ Tina nk buat begedil..jgn sape2 buat begedil ye..saye nk buat..” kate Tina pula
“ Aku buat kek lapis Sarawak..aku nk buat wane warni biar berbunga hati org2 yang puase makan.” Kata Gent si gadis Sarawak.
“ Kite nk buat roti cicah ayam blackpepper…” Kate Tisu sambil tersenyum.
“ Asal name aku x de.? Aku nk buat iftar gak..” Hana berang naik berang.
“ Aku nk buat gak boleh x?.. aku buat ngan Hana.. kitorng nk buat pulut durian.” Kata Maisara
“ Semua orang da masak..aku makan je la” hanis berseloroh.
Terbukti, ikatan ukhwah mampu buat semua orang ikhlas, tidak rasa terbeban dengan apa yang dilakukan dan rasa genbira bila buat keje same2.
Denggi mencetus kontroversi di TBP
Masih ingat lagi saat denggi melanda TBP.. ingat lagi 2 orang rakan yang menjadi mangsa denggi.
“Kakda pengsan.. kakda pengsan…” Berd berlari2 mandapatkan Fanna.
Tabah sungguh Berd dan Fanna memapah Kakda ke kereta. Jika tiada rasa kasih sayang, jika tiada ikatan ukhwah mungkin Berd dan Fanna biarkan saja Kakda dirumah.
“ Aku nk g umah Soha ni. Nak packing baju die.. dia masuk wad kene denggi” Ajmal memberitahu Fanni.
“ Yeke?? Kene beli air 100plus ni nk bg Soha.. esok aku nk g Hospital Klang la.. melawat Soha.” Fanni mencapai duit lalu turun membeli air 100 plus di kedai India.
Ingat lagi katil Kakda dan Soha penuh dengan air 100 plus. Ingat lagi senyuman dalam kesakitan yang diukir Soha dan Kakda .ingat lagi bagaimana mak Syikin suap Soha makan.
Hakikatnya, itulah ukhwah kurniaan Allah. ia terjalin tanpa mengenal usia.
Kematian
Sama juga seperti di sekolah dulu, jika ada kematian, rakan2 tidak lupa berdoa untuk simati. Mulanya, aku rasakan budaya itu tak wujud lagi tatkala kaki melangkah ke Bandar megah Shah Alam. Ternyata, rakan di JAD masih memegang kuat budaya itu.
“ Ari ni kita akan adakan tahlil untuk ayah sahabat kita yang kembali ke rahmatullah”
“ Petang ni turun surau ramai2 kita akan buat tahlil buat ibu senpai kita yang baru saja meninggal dunia.”
Andaikata aku tiada lagi didunia ini, moga2 sahabat2 ku ini turut sama sedekahkan Al-Fatihah buat aku. Mungkin esok, mungkin nanti mungkin juga minggu depan. Maut datang tak kenal usia, x lewat sesaat x awal sesaat pun.. itulah ketentuan Allah s.w.t
Usrah
“ Ain malam ni kita buat usrah gabungan nak?..” cadang Pikah.
“ Boleh jugak..aku ingat nak masak sikit untuk adik usrah aku.. jom kita masak skali?” cadang Ain pula.
“ Ok..lepas Asar aku terus naik umah mu..” kata Pikah gembira.
“ Adni, malam ni kite ade usrah ngan kak Hanum kan? Ko kan pandai buat kek batik.. jom kita buat kek batik. Boleh Kak hanum rase.. lagipun boleh aku blaja buat kek batik ngan ko.” Kata Elin.
“ Aku beres je.. kite buat malam ni.. kite buat sedap2..huhuhuhuhu” jawab Adni.
“ Maslinda, malam ni kite buat report chikyuu same2 nk?” Tanye Luni.
“ Malam ni Mas ade usrah gabungan kouhai la. Sori Luni.” Jawab Mas
“ Ooo. Nak join jugak boleh x? boleh tambah ilmu.”
Terbukti, ikatan ukhwah mampu bawa kita sama2 menambah ilmu Allah didada. Ikatan ukhwah mampu timbulkan rasa kebersamaan dalam diri masing2.
Susah senang kita bersama
“ Alamak.. tafsir hilang dalam bus la.cane nk ngaji ni..” kate Baby Ana sedih.
“ Ana, amik la tafsir ni. Saye ade 2 tafsir.” Dzul menghulur tafsir pada Ana. Pandai betul Dzul menanam ‘share’ didunia untuk dituai diakhirat.
“ Aaaa… sedihnye. Adik usrah akak susah betul nak datang usrah.” Kate Fanna sedih.
“Jangan sedih2 Fanna, tu ujian dalam berdakwah.. bukan die xnak datang..maybe ade masalah tu. Sabar la kak..adik x boleh tgk kak sedih..nanti adik sedih.” Kata Fanni sambil menitiskan airmata.
Terbukti, ketika kita sedih, ikatan ukhwah itu yang membuat rakan kita juga merasa kesedihan yang sama.
Saling mengingatkan…
Aku tidak pasti bagaimana jalinan ukhwah pelajar lelaki sesame mereka. Tapi mengikut spam yang aku dapat, mereka main futsal setiap minggu. mereka juga tak jemu mengingatkan sesame sendiri tentang kepentingan solat jemaah disurau. Mungkin itu sudah cukup menunjukkan bahawa ikatan ukhwah antara mereka sangat kuat.
CUBA RENUNG KEMBALI…….
Dialog dan situasi diatas bukanlah direka2, itulah yang terjadi pada realiti kehidupan. Cuba kita renung kembali, betapa indah Allah kurniakan kita rasa kasih sayang sesame makhluk, betapa kuat Allah ikat jalinan ukhwah sesame kita hingga kita jadi ‘cubit paha kiri,paha kanan terasa’.. kalu perasaan kasih sayang dan jalinan ukhwah ini tiada, tak mungkin kita bergelar sahabat sekarang. X mungkin Berd dan Fanna setabah itu membantu Kakda. Tak mungkin juga kita sume rasa gembira bila buat iftar sama2. salah faham pasti akan berlaku, perselisihan itu lumrah persahabatan. Jangan dikenang kekurangan yang satu, cuba syukuri kelebihan yang berjuta yang Allah anugerahkan pada kita. Semoga Allah memelihara kita. Semoga di Jepun nanti ukhwah tak terputus dek jarak antara Tokyo dan Osaka. Semoga kita tetap saling mengingatkan walau jarak memisahkan. Menjaga ukhwah dituntut Islam sehingga rasa sayang pada saudara mampu menyempurnakan iman kita.
“Rasulullah s.a.w menjamin bahawa sesiapa yang menpunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan Allah semata-mata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman.”
“ Ukhwah yang terbina antara kita biarlah seperti seutas TASBIH.. ada awal tiapa penghujungnya, dicipta untuk mengingatiNya, dibahagi untuk mencintaiNya dan diratib demi redhaNya”

Namun kini kita sudah jauh rakan-rakan. Kita bawa diri kita ke tempat berbeza. Sahabat yang dulunya selalu ajak kita puasa sunat sudah jauh sekarang, sahabat yang dulunya ajak kita turun jemaah disurau jarang-jarang sudah kita temui. Yang tinggal hanya kenangan. Jelasnya, Allah memisahkan kita supaya kita lebih mengenali diri sendiri. Bagaimana kita tanpa sahabat disisi. Bagaimana kita saat kita sendirian di rumah kecil ini. Bagaimana kita jika  ketika belajar kita lah satu-satunya ‘alien’ bertudung di dalam kelas. Kuatkah kita?

Ukhwah kita akan selalu diuji, untuk melihat dan memuhasabah, cukup ikhlaskah persahabatan yang kita jalinkan selama ini?

http://www.youtube.com/v/26UAHJXQxNA&hl=en_US&fs=1

34 thoughts on “I LOVE JAD: Kerana Ukhwah Itu Indah~

  1. salam ukhwah,
    nk jdi yg 1st komen..hehehe..bce post ni hati mula teringat kenangan di KRM dlu..menyampah giler ble warden ckp kne duk 1 bilik yang sume nye org pantai timur n mereka sume dri sek yg sme..dlm hati tyme 2 byk fikiran buruk psl org pantai timur kuar.org pantai timur yg x suka ckp luar,org pantai timur yg x nk bergaul dgn org luar,mcm2 andaian negatif kuar maklumlah x prnh duk asrama..tpi bila kenal diaorg sume x sangka diri sikit pn x terasa asing.malah disbbkn budaya mereka yg x suka ckp luar 2 la skrg ni rmi dlm kalangan pelajar JAD dh pndi ckp kelantan esp..tq ain,fanna,fanni…kalian roommates yg sgt baik kala diri terlontar sendirian di KRM..bila msuk JAD pergaulan lbih meluas x sangka hanis yg dulu digeruni jdi teman ke mana saja bila diri melangkah,jadi teman belajar sama..sayang hnis,gee yang dlu x pernah knal lgsung,skrg jdi deskmate yg pling best.kite sme2 tdo dlm klas,kenakn org,ganbatte jwb sklan mizuno,lari blik awal n beli food..syg gee..farah yg dlu rse cm muri je nk baik nmpk sombing je kini jdi roommate..sme2 nebo sentiasa m’igatkan diri ini tatkala lalai..syg farah.

    x sangkakn byk pekara yg mula dgn impression buruk akhirnya menjadi yg sgt indah dlm hidup.semoga bila kita ke nihon nnt ukhwah kita tetap teguh n utuh mcm skrg.semoga setiap detik yg dilalui bersama akn terpahat selamanya…

    wassalam

  2. waaaaa….terimbau balik kenangan2 bersamamu
    wahai insan yg bergelar sahabat.
    terharu (sob…sob)……
    semoga ukhuwah kte berkekalan…
    semoga bertemu kembali di syurga Allah..
    walaupon nad,zahi n lili(rummate kt krm) xde kt jad,
    ana mgharapkan ukhuwah kami akn berkekalan…
    jeles ngn syikin….die leh jmpe ain,fanna,fani hr2 lam kls.
    Alamak…sedeynye!
    nway,skrg ana bersyukur sgt sbb dkurniakan housemate2 yg ceria, pndai msk, comel2…hoho.
    time kasih…syikin,farah,mas,erleen(bkn name sbnr)
    sayang antunna…ukhuwah fillah!

  3. andai dapat ku undurkan putaran dunia..pasti aku balik kat KRM..
    KRM saikou!
    tempat aku naik 7kg situ!!
    tempat aku jumpe budak2 surau yg sentiase bdiri blakang aku utk ‘lawan’ warden situ!!
    tempat yg slipar tandas die kene ikat ngan tali situ!!
    tempat bdk2 ni spakat kutuk bdk TKC situ!!
    1tyme aku ‘dating’ pun situ!!

    waaaaaaaa…windunye..

  4. sedey tringat bdk2 jati y da x de(saido,nad,fiza,tickern,nell)..smoga ikatan x terhenti sampai ble2^_^

  5. klu ckap sal kwan..kt cni bru aku knal kwan yg btoi2
    kwan..kwn kt jad ni bez coz membuka mte sye tntg
    hidup..berkongsi mslah..yg bez bleh usik bdak ni..hanis yg
    katang 2 pon sye usik..bukn sket2 hehe ngn bdak ni sekali..
    tpi mesti la ade yg sye terskit hti bdak ni..sori erk…
    gurau2 jer.. n trme ksih untk smua..

    takdir yg menentukan pertemuan yg xdisgka,
    takdir jua yg menentukan perpisahan,
    dkalian “cinta” ini terjlin ikatan mesra,
    wlu hnye seketika,bgiku sungguh bermkne,

    khas untuk syikin..cnfrm ko tau lagu ni..
    hehe..n untuk smu kwn2..

  6. ishk…
    meow 2…bkn syg bdk pompuan,
    tp die syg wada sensei n mizuno sensei yg comel…
    x gtu?

  7. xleh imagine bile kte kne seperate kat nihon nnti. trase cm naughty gile plak kat krm dulu.em kpd cik syikin,ade typo la.sombong bkan sombing.

  8. salam ukhuwah…
    spesel to cik syikin…
    n tuk sume kwn2 yg ak cym sume….
    kalo nk tls name sume org ramai sgt..
    ak nk ucap thanks n sory 4 evrythings…
    semoga ukhuwah yg kte bina kekal selamenyer….
    saya nak masuk syurga dgn kamu3X…

  9. salam ukhwah,
    buat teman2 di JAD..rakan housemates farah,elin,luni,mas(bukan nama sebenar)..teman2 di klas..semua budak denki esp teman deskmate gee(bukan nama sebenar)..teman2 seperjuangan(rmi sgt nk sebut nama..gomen)..kalian da best..mcm yg cik (“,) tulis mengenali JAD brulah tau erti persahabatan sebenar..buat teman

    buat teman sekalian,
    dari bawah setangga ke setangga kita mendaki,
    kita jatuh terluka dan bangkit melangkah kembali,
    dengan rasa percaya pada keupayaan diri,
    tiada yang mustahil di hadapi,demikian tebalnya ikatan kita,
    demikian eratnya jalinan rasa,
    keyakinan diiringi doa.

    moga kita terus mendaki hingga ke puncak dan menjadikan ikatan ukhwah ini lebih kukuh..
    wassalam..

  10. salam..
    1stly,buat kwn2 kt JAD..
    thnx a lots!korg mmg beshh..
    mngenali korg memberi mmberi erti yg sgt bsr dlm hdp ini..
    JAD is totally diffrnt wif others..
    kte kat sni bkn sje share ilmu yg kte blja kt kls..
    tp ilmu yg kte blja hr2..
    bkn shja ilmu utk dunia..
    tp jg ilmu utk akhirat..
    alhmdllh..Allah ketemukan kte..
    aishh..jiwang lak..huhu

    peeps..jom2..reu kt KRM..pggl smua..dorg mst blk summer ni..

  11. suddenly, every second becomes precious…

    all d thing before n after, all melt into gossip n laughter…

  12. salam ceriaa~
    nk sambung lagu cik (“,)
    ” masih terkenang lagi kepadamu insan misteri
    yang sudi bertamu di hati
    tersentuh hatiku ini
    rasa ingin bersamamu
    menyapu si air mata
    menghilangkan rasa sendu di hati”
    p/s:kazen cik mut, aku x dop kazen..tok ngaku..tok ngaku~

  13. ramainye ngaku kazoku aku ni
    mama, kazen , bini cik mut
    cik mut bagai sorang kembara jalanan
    terumbang ambing di lautan gelora~

  14. cik mut anda bukan kembara sendirian..kita kan kawan..sama2 terumbang ambing di lautan gelora..

  15. luv u all….doakan kejayaan bersama!!!!!wat lah reunion…soh sume datang…hehehe…..best2!!!1

  16. oppss…
    lp la plop…
    kte kea kembar…
    haha…x kisah la…
    janji kte ttp bersaudara…

  17. indahnye andai punyai teman2 sbegitu…
    namun apakan dye……..
    sy bknlah sesiapa…..

  18. cik sm@ll_sOul,
    kawan2 yang awak ade sekarang pastinya cukup baik untuk awak
    Allah tahu apa yg kita x tahu
    jadi kita kene terima kawan2 kita seadanya
    kawan2 pon mesti hepi dapat kawan ngan awak
    keindahan ukhwah itu ada dimana2
    bergantung atas kita untuk menilai keindahan ukhwah itu~

  19. @ erlizawani

    takkanlah boleh lupe… salam ukhuwwah… semoga kekal dalam kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat…

  20. salam..
    hajimemashite..
    atashi namaewa HanisaH omar..

    2 je saye tau kalo nk speak japan..
    he3~
    saye nk sgt g jepun n blaja kt JAD..
    tp nk wat mcmane an..
    TRIAL SPM x memuaskan..
    he3~
    melihat cousin saye blaja disana..
    mmg best!!
    omedeto kt dia coz x lame ag dia akan ke jepun..
    mudah2an saye akan dpt ikut jejak dia..
    amin..

    sayonara..
    WSLM..

  21. ala,jad fasa ketige da abis dah dik..kene tunggu fasa keempat la plak,tu pom kalo ade..takpe2,kalo xley JAD pun xpe,ade 3 lagi biasiswa yang ke jepun, AAJ,IBT n PPKTJ,yosh,gambatte ne! faito2!

  22. waaaaaa….!! Bestnye….klu la sy ada kwn yg sebaik mcm 2…..xkan sy lupe pd mereka…. Pape pon…wat all my fren di kota damansara.. susah snang kite bersama selama 5tahun disekolah yg same… xkan aku lupa jasa baik korang yg xjemu2 memberi semangat ketika aku jatuh tersungkur….korang memang kawan the best aku…love you all… =D

  23. salam ukhwah,
    teringat tyme komen post ni dulu saya masih di JAD..ikatan ukhwah itu masih terasa..tapi bila baca artikel ni pada hari ni,saat ni,diri bukan lgi pelajar JAD..diri bukan lgi memegang JAD bango JAD07069..sekarang bila disini,bila diri benar-benar jauh disini terasa ukhwah yang terjalin bersama teman2 sekalian sungguh indah,ukhwah yang terjalin atas dasar Allah tentunya indah sukar dicari pengganti..kini tiada lagi teman untuk diajak ke surau berjemaah,untuk diajak study sekali,puasa sunat sekali..tapi seperti kte penulis semuanya Allah ingin menguji kekuatan diri..semoga diri kita terus kuat dan kita lebih mengenali siapa kita bila sendirian..thumbs up to da writer coz bring da article back…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s