Menginsafi Hakikat Seorang Anak

Seorang kanak-kanak yang tidak berpuas hati dengan keputusan ibunya yang membiarkan abangnya bermalam di rumah bapa saudaranya, berlari ke arah jalan raya ketika kereta sedang laju. Hatinya kecewa dan sedih, dia ingin membunuh diri. Dia tidak sendirian, dia dikejar oleh jiran-jiran yang prihatin dan bapa-bapa saudara yang terpaksa berhenti berkerja buat sementara waktu. Untuk mengelakkan dirinya dikesan oleh bapa-bapa saudaranya, dia bersembunyi di bawah sebuah pondok tapi seorang makcik tua yang baru sahaja pulang dari sawah ternampak kelibatnya. Tanpa berfikir panjang, dia membaling sebiji batu ke arah makcik tersebut dan terkena kepala makcik itu menyebabkan makcik itu berdarah di kepala sebelah kanan dan dia terus berlari ke tengah jalan raya.

Kecoh satu kampung dibuatnya, bapa-bapa saudara belah ayah dan ibu terpaksa turun padang  membantu ibu mengejar anak yang seorang ini. Akhirnya sampailah seorang bapa saudara yang terpaksa membatalkan mesyuarat syarikat demi anak saudara yang tersayang dan dia berjaya memujuk kanak-kanak tadi untuk tidak berlaku liar.

Rupa-rupanya,kekecewaan si anak tidak berhenti di situ, kerenahnya disambung pada hari keesokannya. Kali ini belum sempat dia keluar rumah untuk ‘bunuh diri’, ibunya berjaya menangkapnya. Tapi dia berkeras ingin membunuh diri sehingga ibu yang tersangat malu ini terpaksa menjatuhkannya dan duduk di atas badannya. Kanak-kanak itu tetap berkeras,dia cuba menolak ibunya dan kemudian, dia ditampar berkali-kali. Dalam menangis ibunya menjerit, “andaikata kau bukan keluar daripada rahim aku, dari kecil lagi aku pinyit-pinyit kau sampai mati!” Terdiam si anak,terkejut dan menyesal…

Dan kini,anda sedang membaca penulisan si anak kecil yang menyesal itu. Ya,itulah saya suatu ketika dahulu. Hari-hari saya tidak sah kalau tidak memalukan umi tercinta, baik ketika santai di waktu petang mahupun ketika kenduri perkahwinan sepupu saya. Sebelum peristiwa di atas berlaku,saya tidak pernah fikir pun betapa umi malu dengan tindakan saya. Umi berusaha untuk mengubah saya menjadi anak yang soleh, dibawanya saya berjumpa dengan tuan guru-tuan guru untuk menggosok kepala saya tapi saya tetap degil dan angkuh. Dibelinya itu dan ini untuk saya supaya saya tidak memalukannya tapi saya mahukan yang lebih.Sekarang, bila terlihat gelagat anak-anak kecil meraung di pasaraya, teringat diri saya ketika kecil dahulu dan saya sungguh menyesal. Menyesal kerana telah memalukan umi.Maafkan saya umi.

“Siapa yang tidak pernah berkata Oh kepada ibu bapanya,sila angkat tangan?”Soal abang Rizwan,penceramah semalam.

Terkejut saya apabila melihat seorang senior yang rapat dengan saya mengangkat tangan dan mengaku bahawa dia tidak pernah berkata ‘oh’ pada ibu bapanya. Selama ini saya ingatkan untuk tidak berkata ‘oh’ pada ibu bapa adalah mustahil tapi rupa-rupanya tidak. Saya cuba ingat kembali bagaimana senior tersebut di rumahnya dek kerana saya sudah beberapa kali bertandang ke rumahnya dan berdasarkan pemerhatian saya,betul,bukan setakat oh tapi meninggikan suara dan tidak senyum ketika bercakap dengan ayahnya, itupun dia tidak pernah lakukan.Subhanallah.


Dalam artikel terdahulu,saya pernah menceritakan tentang menghubungi ayah dan ibu adalah tangggungjawab seorang anak tapi saya ingin ceritakan kembali apa yang telah berlaku kepada saya suatu ketika dahulu. Ayah saya tidak seperti ayah orang lain yang mampu beramah mesra dengan anak-anak lelakinya. Kalau bertelefon,beri salam,tanya khabar dan tut,tamat. Itu sahaja perbualan kami. Namun dia cukup menjaga kebajikan anak-anaknya,dia berkerja keras untuk mencari kesenangan buat anak-anaknya,terima kasih Aboh! Dan disebabkan perangai ayah saya sebegitu,saya ingatkan jika saya tidak menelefonnya tidak apa tapi suatu hari, ketika saya bercakap dengan umi di telefon dan umi memberi telefonnya kepada ayah saya, ayah saya marah saya, “kenapa lama tak telefon? Ni baru duduk di Malaysia,kalau duduk di Jepun nanti?” Terdiam dan air mata terus mengalir walaupun di depan khalayak ramai.

Ya,bagaimana pun perangai ayah kita, ibu kita, mereka tetap ibu bapa kita. Buruk mana pun mereka, baik mana pun mereka, apa yang boleh kita buat ialah dengan bersyukur. Kita tidak pernah minta ibu atau ayah sebegitu, itu semua pilihan Allah dan semua pilihan Nya adalah pilihan yang terbaik. Bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan ibu dan ayah sebegitu bukanlah sekadar mengucapkan Alhamdulillah tapi berbuat baik kepada mereka berdua.

Perhatikan ayat-ayat quran,cuba bandingkan ayat-ayat yang menyuruh anak berbuat baik dengan ibu bapa dengan ayat-ayat yang menyuruh ibu bapa berbuat baik dengan anak. Pasti kita akan dapati ayat-ayat yang menyuruh anak-anak berbuat baik dengan ibu bapa lagi banyak malah mengikut pengetahuan dan pembacaan saya,mungkin tiada.(betulkan kalau salah) Kerana apa? Kerana ibu bapa yang gila sahaja yang akan membuang anak dan membakarnya. Ibu bapa yang normal akan berusaha untuk menjaga anak-anaknya dengan cara yang paling baik dan termampu mereka lakukan. Itulah fitrah seorang ibu dan seorang bapa. Usah Allah suruh tapi naluri mereka dengan sendirinya akan menjaga kita dengan terbaik.

Tapi perhatikan berapa ramai anak-anak yang membuang ibu bapa mereka di rumah-rumah orang tua? Berapa ramai anak-anak yang ke oversea tidak balik ke Malaysia disebabkan kesenangan di sana dan kesenangan tidak terbeban dengan menjaga orang tuanya? Berapa ramai anak yang sanggup membiarkan ibu bapanya mati kesakitan di kampung? Sangat ramai!Disebabkan naluri seorang anak untuk menjaga ibu bapa mereka adalah tersangat rendah.

Saya akui apa yang diluahkan oleh Ayah saya adalah benar,kalau di Malaysia lagi saya sudah lupakan dia,tidak tahulah apa yang berlaku bila saya ke Jepun nanti. Saya ada seorang bapa saudara yang pernah dilanda angin ahmar menyebabkan dia lumpuh separuh badan namun dia masih mampu untuk berjalan hanya dengan bantuan sebatang tongkat dan bantuan seorang manusia. Dia dan isterinya selalu ke rumah saya dan bila dia ingin masuk ke dalam rumah yakni keluar kereta,sayalah yang memapahnya. Pernah suatu ketika saya sedang memapahnya,saya terfikir alangkah baiknya kalau dia tidak datang ke rumah tapi saya cepat-cepat hapuskan fikiran sebegitu dengan berfikir macamana kalau umi dan aboh tua esok hari,adakah perkara sama yang saya akan fikirkan iaitu mengharapkan ketiadaan mereka?  Terima kasih buat bapa saudara saya kerana sentiasa mengingatkan saya tentang akhirat secara tidak lansung,terima kasih.

Suatu hari ketika Khalifah Umar Al-Khattab berjalan-jalan mendalami jiwa rakyatnya,dia terlihat seorang perempuan muda sedang mengangkat lelaki tua di belakangnya. Dia bertanya kepada perempuan tersebut, “wahai gadis,siapakah gerangan lelaki tua ini?” Gadis itu membalas, “dia adalah bapaku.”Terkejut Umar mendengarnya,seorang gadis muda sanggup mengorbankan jiwa dan raganya demi ayahnya,lantas Umar dan pengikutnya mendoakan gadis tersebut, “Ya Allah, masukkanlah gadis ini ke dalam syurga kerana jasanya terhadap orang tuanya.” Tiba-tiba gadis itu berbicara, “Usah didoakan sedemikian..” Umar bertanya kenapa dan gadis itu menjawab,  “mungkin kamu sedang lihat seorang anak sedang berbakti pada orang tuanya tapi kamu tidak tahu di dalam hatinya(gadis tersebut) sedang berdoa kematian buat orang tua ini. Aku lakukan semua ini kerana terpaksa bukan kerana rela hati sepertimana dia lakukan terhadapku sewaktu daku kecil. Semasa kecilku,aku bukanlah kanak-kanak kebiasaan,aku sentiasa mengidam sesuatu yang pelik dan kalau aku mengidam,aku wajib dapatkannya. Suatu ketika di musim kemarau,aku idamkan untuk makan sebiji buah yang hanya didapati di musim sejuk. Tanpa banyak bicara dan dengan senyuman,orang tua ini telah berusaha mendapatkannya untukku dan dia bertanya apa lagi yang ku mahu. Tapi aku,bila dia minta sesuatu daripada ku,walaupun aku memberinya tapi hatiku tidak pernah putus mendoakan kematian buatnya. Jadi,usahlah didoakan sedemikian.”

Cuba muhasabah balik diri kita,bukan sahaja gadis itu tapi kita pun sama. Kadang-kadang bila ibu kita minta kita pergi ke kedai untuk beli gula dan ketika itu kita tengah bermain game atau menonton Buzzer Beat, hati kita tidak putus-putus marah pada ibu bapa kita. Walaupun tidak sampai peringkat mendoakan kematian tapi bukan setakat oh malah lebih dari itu kita memarahinya. “Ish,ibu ni,tyme -tyme ni la suruh orang g kedai..xpham ke orang tengah layan Naoki ni..Isk!”Monolog kita sendirian.

Bayangkan betapa susahnya Rasulullah berdakwah supaya anak-anak berlaku baik terhadap ibu bapa kerana Rasulullah tiada ibu dan ayah jadi orang boleh tuduh Rasulullah, “eh kau takpe la,kau takde mak dan ayah,bolehlah bercakap sebegitu…” Tapi Rasulullah tekankan juga kerana tanpa ibu dan ayah,siapalah kita. Luqman Al-Hakim digelar bijak oleh Allah dan dinukilkan kisahnya di dalam Al-Quran kerana dalam salah satu nasihatnya,dia mengingatkan anaknya supaya berlaku baik terhadap ibu bapa. Firman Allah dalam surah Luqman ayat 14:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Nabi Musa bertanya kepada Allah siapakah jirannya di dalam Syurga dan dipendekkan cerita, jiran nabi Musa di syurga adalah seorang pemuda yang menghormati dan menjaga ibu bapanya yang disumpah menjadi khinzir. Uwais Al-Qarni juga diangkat menjadi wali kerana hormatnya dia pada ibunya.Suatu ketika semasa dia sangat-sangat ingin berjumpa dengan Rasulullah dan dia sudahpun sampai di rumah Rasullah tapi Rasulullah keluar berperang,dia balik tanpa berjumpa dengan Rasulullah kerana bimbang akan ibunya.

Saya bukanlah orang yang tidak pernah berkata oh kepada umi aboh saya tapi saya menyeru kepada diri saya dan pembaca sekalian supaya kita sentiasa bertanya khabar ibu bapa kita, berbuat baik kepada mereka dan tidak membenci mereka walaupun mereka lakukan sesuatu yang tidak kita berkenan. Akhir kalam, saya petik sebuah hadis daripada Rasulullah yang diriwayatkan oleh Al-Hakim:

Redha Allah bergantung pada keredhaan Ibu Bapa dan murka Allah bergantung pada kemurkaan Ibu Bapa

http://www.youtube.com/v/yRf9vwc5q6w&hl=en_GB&fs=1&color1=0x2b405b&color2=0x6b8ab6

Jika ada kesempatan,silalah baca artikel di blog ini,sungguh menyentuh hati.

3 thoughts on “Menginsafi Hakikat Seorang Anak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s