Kamu takut mati??

Persoalannya?

Usrah diteruskan. Kak Solehah terus berceloteh, dari satu topik ke satu topik yang lain. Santai tapi berisi. Itu yang membuatkan Aliyah Sumayyah dan rakan-rakan yang lain-lain terus khusyuk mendengar walaupun sudah hampir sejam mereka berkumpul. Setelah penat bercakap, Kak Solehah mengajukan satu soalan kepada mereka semua. Semua orang bebas menjawab dengan pendapat masing-masing. Tiada siapa yang betul dan tiada siapa yang salah, setiap pendapat yang diberi akan dibincangkan sehingga semua memahami apa yang mahu disampaikan. Seorang demi seorang rakan-rakan Aliyah Sumayyah menjawab, dan pabila tiba gilirannya, Aliyah Sumayyah terdiam sebentar. Sukar baginya untuk menjawab persoalan yang diajukan. Baginya ini bukan soalan matematik yang sudah tetap jawapannya. Mahu tahu apakah soalan itu? Soalannya adalah,

“Adik-adik takut mati tak?”

Walaupun soalan ini ditanya oleh Kak Solehah dengan senyuman, ia tetap tidak mengurangkan sedikit pun ketegasan soalan itu. Tapi apakah jawapan Aliyah Sumayyah setelah lama dia membisu?

Jawapannya…

Tidak kiralah apapun jawapan yang diberikan, ia tidak penting sebenarnya. Ia hanyalah bait-bait perkataan yang keluar dari mulut kurniaan ALLAH. Yang menjadi ukuran adalah sejauh mana jawapan itu memberi kesan kepada penjawabnya. Jawapannya yang akan diperolehi pastinya berbeza mengikut tahap keimanan masing-masing. Bagi yang menganggap kematian itu hanyalah sebuah pengakhiran yang menyakitkan, takut adalah jawapan yang sesuai.

Tapi bagi mereka yang yakin pada ganjaran syurga mungkin perkataan rindu pada kematian lebih sesuai dipilih untuk menjadi jawapan. Seperti para sahabat dan solihin yang rindukan syahid di jalan ALLAH. Mereka tidak gentar untuk menggadaikan nyawa demi agama yang suci ini kerana mereka yakin pada ganjaran syurga yang dijanjikan ALLAH. Kehidupan di dunia hanyalah sementara dan kematian adalah penghubung kepada kehidupan yang abadi. Beruntunglah bagi mereka yang mempunyai rasa seperti ini dalam hati.

Takut pun salah, tak takut lagi salah!

Satu rasa yang mampu membawa kesan berbeza. Ada yang takut pada mati sehingga menjadi terlalu berhati-hati menjaga kesihatan berbanding yang lainnya. Kerana pada mereka, kematian itu hanya pada jasad bukan pada roh yang sebenarnya akan merasai semuanya sepanjang perjalanan ke sana. Rasa takut yang kadang-kadang membuat kita seakan-akan lupa pada janji ALLAH bahawa mati itu pasti. Tidak akan lewat atau cepat walau sesaat. Namun ada juga yang bijak dengan memilih rasa takut pada mati itu sebagai perantaraan dalam mendekatkan diri pada ALLAH. Dia yakin untuk menghilangkan rasa takut itu bukanlah dengan memberi perhatian lewah pada kesihatan semata, tapi pada perhubungan dengan ALLAH, manusia dan alam. Yakin untuk menghilangkan rasa takut itu hanyalah dengan mengingati kebenaran ganjaran yang telah dijanjikan.

Tapi, adakah tidak takut pada mati adalah rasa yang terbaik? Ia bergantung pada kesan rasa tidak takut itu sendiri. Jika ianya menjadikannya rindu pada kematian seperti jejak sahabat dan para solihin, Alhamdulillah. Tapi jika rasa ‘tidak takut mati’ itu diiringi tindakan yang berbeza, ia sangat bahaya! Jika rasa takut itu tiada, nafsu akan menggenggam jiwa. Membisikkan keseronokan dunia adalah segala-galanya. Akhirnya iman tersungkur dan menurut segala kehendak hati. Maksiat itu perkara biasa. Solat menjadi sangat berat untuk dilaksanakan. Menutup aurat itu satu kesalahan dan bercouple itu satu kewajipan! Mungkinkah ini yang terjadi pada remaja zaman sekarang? Remaja yang sepatutnya menjadi tonggak kekuatan agama. Saya, kamu, dia dan semua. Jadi apakah rasa yang sepatutnya hadir bila persoalan tentang takut pada mati itu timbul?

Maaf, itu bukan hak saya

Benar, bukan hak saya untuk menentukan apa yang sepatutnya anda rasa. Takut pada kematian? Rindu? Tidak takut? Biasa sahaja? Terpulang pada anda. Namun apa yang pasti, syurga itu adalah milik setiap jiwa yang seperti ini, bagi jiwa yang seperti ini, mereka akan mewarisi syurga;

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
(yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam salatnya,
dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
dan orang-orang yang menunaikan zakat,
dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
kecuali terhadap istri-istri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.
Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya,
dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.
Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,
(yakni) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

[Al Mukminun, 1-11]

Jadi tepuk dada, tanyalah iman anda. Saya tiada jawapannya, tetapi bagi Aliyah Sumayyah, inilah jawapan yang keluar dari mulutnya untuk menjawab soalan cepu cemas Kak Solehah itu.

“Nak kata saya langsung tak takut pada mati, tipulah. Rasa takut itu tetap ada. Tapi saya harap jika saya dalam keadaan untuk memilih antara mati atau menggadaikan agama ALLAH, saya sangat berharap pada waktu itu saya mampu untuk memilih syahid pada jalan ALLAH. Mungkin dalam hidup saya, saya banyak lalai dan leka tapi saya mahu pengakhiran hidup saya dalam keadaan mengangungkan pencipta saya. Dan jika saya rasa takut pada mati, saya harap rasa takut itu membawa hati saya pada jalan yang sepatutnya. Walaupun sukar, saya mahu jadi antara remaja yang rindu pada kematian sepanjang perjuangannya.”

-What we do here, counted in hereafter-

Advertisements

6 thoughts on “Kamu takut mati??

  1. kalau kita tahu persiapan utk exam,adakah kita bersedia utk exam? klu kita takut exam,adakah betul2 berusaha utk mndpt yg terbaik bg exam trsebut?adakah cukup sekadar tahu? tetapi klu tidak mengambil tahu ? wallahualam..

  2. aku rindu pada kematian..yang mendekatkan lagi aku kepada Allah..aku sangat rindu padaNYA..

  3. salam..sy tkot mati,smpai sy tertekan apabila memikirkan kematian,sy blom bersedia,sy juga bnyk benda yg sy blom langsaikan dlm hdup neh…sy brasa x tenang,sunyi,suram dan sepi..apa maknanya itu????tolong la sy untk hadapi perasaan seperti ini..hurmmm

  4. salam saudara/i kierah,syukran kerana sudi berkongsi. Pada pendapat saya, perasan seperti xtenang,sunyi,suram dan takut itu adalah kebiasaan bagi sesiapa yang sentiasa mengingati mati. Disebabkan perasaan2 itulah,seseorang akan lebih tergerak untuk melakukan kebaikan,disebabkan takut mati ktia perbanyakkan ibadah,disebabkan suram,kita banyakkan baca Quran,disebabkan sunyi,kita bergaul dengan kawan2. Tapi,jangan jadikan perasaan2 itu sebagai pedinding atau penghalang, disebabkan takut kita tak berani buat apa sahaja. Perasaan2 itu bagus untuk kita jika kita ambilnya dari sudut positif. =D

  5. salam..terima kaseh saudara che jeff..perasaan saya ini bermula dri bulan puasa lg smpai lah skrang..sy selalu mencongak2 ari dan trikh yg sy akn mati…yng sebenarnya membuatkn sy tertekan sngt bla memikirkan mcm 2…sya x bleh membyagkan masa depan,sebab bla sya bygkan sya akn asa semua 2 xsempat..tp x putus2 setiap mlam sy ngaji,solat hajat doa d pnjgkan umur…sy takot….kdng2 membuat sy tkot nk membygkan yg indah2..dlam fikiran saya hanya ingt mati..bantu saya cik…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s