Alwahn Syndrome~

Nabi saw bersabda:

” Kelak, umat-umat lain akan mengerumuni kalian seperti orang-orang yang lapar mengerumuni hidangan mereka “

salah seorang bertanya:
” adakah kerana bilangan kita sedikit pada ketika itu? ”

Nabi SAW menjawab:
” Tidak, pada ketika itu bilangan kalian ramai..
namun kalian adalah seperti buih di lautan..
Allah akan menghilangkan perasaan takut dari hati musuh kalian
dan Allah akan mencampakkan ‘Wahn’ kedalam hati kalian ”

salah seorang bertanya:
” Apakah itu ‘Wahn’ wahai Rasulullah?”

Nabi SAW menjawab:
” Cintakan kehidupan dan membenci kematian”

~ Abu Dawud & Ahmad ~

Dan, apa yang berlaku sekarang? Negara A berjaya mendirikan bangunan tertinggi di dunia. Bangga.

Negara B bersemangat mahu menjadi tuan ruman Piala Dunia supaya industri pelancongan terus maju.Duit.

Negara C berjaya mencipta kereta api terpanjang di dunia. Bangga lagi.

Dan kita berada di dalam dunia yang isinya ligat bekerja mencari itu dan ini. Yang dipandang sekarang, duit, rumah besar, kereta mewah. Jelas dan nyata. Pagi-pagi bangkit dari tidur bersiap-siap terus ke tempat kerja. Penat bekerja tersangkut pula dengan kesesakan jalan raya. Sampai rumah tidur. Hujung bulan dapat gaji. Dan kitaran berputar-putar pada pengawalan dan pengakhiran yang sama. Pengawalan mengerah keringat bekerja dan pengakhirannya mendapat gaji. Dan sekarang, adakah saya sedang merumuskan bahawa bekerja itu sesuatu yang sia-sia dan satu kesalahan? Tidak! Bekerja itu ibadah jika caranya mengikut apa yang Islam gariskan. Masakan ia satu kesalahan padahal sunatullahnya, siapa usaha dia akan berjaya. Masakan ia sia-sia sedangkan Allah s.w.t berfirman;

“ …….. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri.” (Ar-ra’d :11)

Namun, adakah harta yang kita miliki sekarang kita guna ke jalan Allah. Kalau derma ke masjid RM1 kita rasa dah banyak sangat. Kalau keluar makan KFC RM9 kita rasa biasa saja. Kalau nak guna masa untuk pergi majlis ilmu kita rasa menbazir sangat. Tapi kalau kita keluar tengok konsert kita rasa biasa saja. Kerana apa? Kerana fokus kita hanya pada dunia. Akhirat itu kita belum lihat bagaimana dan kepercayaan kita pada kehidupan selepas mati itu memerlukan keimanan yang benar-benar tinggi.

Kalau semua orang sudah yakin dan percaya pada kehidupan akhirat. Mungkin tidak ada lagi yang berebut-berebut membayar rasuah untuk merebut peluang peniagaan. Mungkin tidak ada lagi yang berebut-berebut mengkianati sesame sendiri untuk merebut pangkat tertinggi dalam syarikat. Mungkin tidak ada lagi yang menggunakan duit untuk memuaskan nafsu.

Hakikatnya ini semua masih berlaku dan semakin ligat berlaku, tandanya cinta manusia kepada dunia bertambah-tambah.

Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” ( Al-Imran: 145)

Kita sekarang di mana ya? Adakah kita sekarang adalah seorang pelajar yang sedang belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan peperiksaan yang baik, mendapat pekerjaan yang baik , supaya mendapat gaji lumayan supaya dapat membeli kereta mewah dan rumah besar. Lepas kita dapat semua tu, kita rasa macam mana? Rasa ia satu kepuasan dalam kehidupan semata-mata.

Tidak salah jadi orang berpangkat besar, memiliki rumah besar dan kereta mewah. Asalkan kita guna ia ke jalan yang Allah redhai. Supaya harta kita yang banyak itu menarik kita ke syurga Allah, bukan menolak kita ke neraka jahanam. Nauzubillah.

Dihantar Oleh : ANNAEM

Anda dialu-alukan untuk berkongsi artikel,puisi atau apa sahaja asalkan isu kandungannya milik anda sepenuhnya. Anda boleh berbuat demikian dengan menghantar email kepada azzariyat.crew@gmail.com atau terus kepada penulis-penulis di Azzariyat.com. Sharing Is Caring.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s