Tentang Cinta Siri 3 : Menyelami Erti Cinta~

Sekalipun cinta telah ku uraikan,

dan ku jelaskan panjang lebar,

namun jika cinta kudatangi,

aku jadi malu pada keteranganku sendiri…

meskipun lidahku telah mampu menguraikan,

namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..

sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..

kata-kata pecah berkeping-keping,

begitu sampai kepada cinta..

dalam menguraikan cinta,

akal terbaring tak berdaya,

bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..

cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

Kata Anna AlthaFunnisa dalam “Ketika Cinta Bertasbih”.

Sila baca sini, sini, dan sini. Dan buka mata, luaskan pandangan di sana sini, pasti kita dapat melihat betapa kacau bilau dunia kini.

Buat bayi, buang bayi, bakar bayi. Seks bebas di sana sini.

Ayah saman anak, anak bunuh mak, cucu rogol nenek, adik belasah abang, adik rogol kakak.

Penyakit AIDS, HIV, selesema burung, selesema babi, barah payudara.

Tsunami, taufan, ribut, banjir (di Yamaguchi, Jepun), gempa bumi.

Ekonomi meleset, harga minyak naik, harga gula naik (musim-musim nak raya), harga nasi lemak naik.

Politik kucar kacir, rasuah, rampas kuasa, fitnah, lompat parti, rebut kuasa.

Sebut apa sahaja masalah Ummat dan maksiat, semua ada di Malaysia. Tidak terkecuali juga negara-negara lainnya. Belum tambah cerita isu Palestin yang sekian lama menderita. Kita rasa apa? Resah dan gelisah? (Eh tapi jangan risau sangat, sekejap lagi rasa itu akan hilang, bila menonton bola atau drama, Insyaallah)

Oh saya nak bercerita tentang cinta sebenarnya. Jadi apa kena mengena dengan segala masalah dunia ini? Kerana mungkin, cinta lah penyelesaian kepada semua.

Merangkumkan segala masalah-masalah besar kepada satu penyelesaian yang simplistik, memang satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tidak matang. Namun mungkin, persoalan-persoalan yang kompleks ini, memerlukan satu jawapan yang lebih rumit. Dan bagi saya, tidak ada yang lebih rumit dalam dunia ini, melainkan soal hati dan cinta.

Dengar lagu ini dan baca dengan teliti bait-bait liriknya.

.
.http://www.youtube.com/v/P9bPskkCvnc&hl=en_US&fs=1

As we sail, across the sea of life

So much pain, warring divides

It’s a shame; we don’t see how it can be

CHORUS

Oh we need to smile at each other

Reach for your brother

Help one another, all/what we need is love

Oh we need to honour our mothers

Shelter our sisters

Alter existence, God’s help will come from up above

But, First we need the love

All the games people playing now

Fuel the flames, hatred devours

Lets spark a change, that’s within all of us

CHORUS (x2)

RAP

i am in the birds

i am in the trees

from the brown branches

to the the green leaves

im colorful

spectrum infinite

i touch all

indiscriminate

breed compassion and sentiment

limitless in my power to heal

the hearts of men

but they are so forgetful

that’s why i remind on an instrumental

this life is a trial

can never the let the test effect your smile

reach for your brother go the extra mile

kiss for ya mother hug your sister let your wife know that you miss her

know that you can never give up

when you fall to the floor im the reason you must get up

love

im a blessing from God

So why you dont use me more is so odd

you need love!

we need love!

First we NEED love.

Jadi ambillah masa, renungi, hayati, selami dan fahami sebenar-benarnya, apakah hakikat cinta!

Namun amaran pertama, perlu ingat, Cinta sendirilah yang menerangkan cinta. Cinta adalah rahsia. Perlu dirasa, oleh jiwa (hamba) bukan sekadar kata-kata.

Dan demikian, adalah sedikit perkongsian, rahsia rasa dari sang pencinta… :

::. Menyelami Erti Cinta .::

Menyemarakkan rasa cinta dalam kehidupan harian bererti kita sentiasa mengambil berat dan mewujudkan rasa kasih sayang sesama insan

CINTA merupakan cetusan perasaan atau emosi kepada sesuatu. Cinta ada kaitan langsung dengan kasih sayang, rindu, suka, gembira, sejahtera dan bahagia.

Perasaan Cinta merupakan sifat semula jadi anugerah Allah. Cinta lahir dalam pelbagai jenis seperti cinta Allah, cinta Rasul, cinta diri, cinta keluarga, cinta suami atau isteri, cinta ibu bapa, cinta anak, dan cinta sahabat handai. Namun selalu sesetengah menyalahertikan maksud dan erti sebenar cinta itu dengan sesuatu yang negatif yang berlandaskan nafsu semata-mata.

Sebenarnya, Cinta ada kaitan dengan keimanan dan ketaqwaan. Rasulullah bersabda dengan bermaksud: “Tiga sifat sesiapa yang memilikinya akan merasakan kelazatan iman iaitu jika ia mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari yang lain. Jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah dan jika ia enggan kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana ia enggan dimasukkan ke dalam neraka” – Mutafakun alaih.

Kepentingan Cinta kepada diri sendiri mendorong seseorang untuk menjaga dan menghargai diri sendiri, mengambil berat terhadap kesihatan dan mengambil berat terhadap kesejahteraan fizikal dan mental.

Cinta jasmani mendorong seseorang sentiasa menjaga diri, menjaga kebersihan, mengambil pemakanan secara seimbang, mengambil berat terhadap keperluan pemakanan halal dan baik, merawat ketika sakit dan sentiasa berikhtiar untuk mencari ubat apabila menghidap penyakit.

Cinta diri bermakna mengambil berat terhadap keperluan untuk memajukan diri, menyedari terhadap potensi diri yang dimiliki, sentiasa berusaha untuk menimba ilmu pengetahuan untuk kejayaan dan kecemerlangan diri.

Orang cinta diri sentiasa berusaha untuk meneroka dan mencari kebaikan untuk diri, mencari perkara yang berfaedah yang boleh mendatangkan manfaat masa depan. Sentiasa mengambil berat dan benci terhadap apa jua perkara yang boleh menghalang diri untuk berjaya.

Menyemarakkan rasa cinta dalam kehidupan harian bererti kita sentiasa mengambil berat dan mewujudkan rasa hidup harmoni dan kasih sayang sesama insan.

Hidup bekerjasama dan tolong menolong merupakan cara terbaik untuk kita membuktikan cinta sesama insan. Firman Allah:

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui”  (Surah ali’ Imran :92)

Dalam satu hadis Rasulullah menegaskan:

“Apabila seseorang muslim berjumpa sesama muslim dalam kesusahan lalu menolongnya dengan sempurna, maka seluruh dosa mereka gugur seperti daun-daun berguguran daripada pohon yang ditiup angin. Maknanya seluruh dosa mereka terhapus walau sebanyak buih di lautan” (HR al-Tabrani)

Kerana itu, kita ditegah daripada bersifat sombong. Rasulullah mengingatkan bahawa:

“Di hari akhirat kelak, nilai orang yang menyombong diri di sisi Allah tidak sampai nilainya seperti kepak seekor nyamuk” (HR Bukhari)

Nilai cinta yang paling tinggi adalah kecintaan kepada Allah dan Rasul. Untuk mencapai ke puncak cinta berkenaan tidak ada cara lain melain dengan cara meningkatkan ibadah kita seperti sembahyang, puasa, berzakat dan zikir serta berdoa.

Firman Allah:

“Katakanlah (Wahai Muhammad): ‘Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah Daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Surah ali’ Imran :31)

Marilah kita saling mencintai selagi mampu…~

Dihantar Oleh : ANNAEM

Diedit oleh : Azz Crew

Anda dialu-alukan untuk berkongsi artikel,puisi atau apa sahaja asalkan isu kandungannya milik anda sepenuhnya. Anda boleh berbuat demikian dengan menghantar email kepada azzariyat.crew@gmail.com atau terus kepada penulis-penulis di Azzariyat.com. Sharing Is Caring.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s