Ukhwah: Cahaya atas cahaya~

Nafas seakan tersekat sebak membaca satu artikel. Artikel ini buat diri kelu tak  terkata. Ini yang dicari sebenarnya. Ya, ini yang sering saya fikir dan cari.

KITA MENILAI…

Jika diletak satu titik hitam di atas sehelai kertas putih bersaiz A4 dan kita tunjuk pada orang lalu kita tanya, apa yang kamu nampak? Pasti ramai yang menjawab;

“ Saya nampak titik hitam di atas kertas putih itu.”

Pasti tidak ramai yang menjawab;

“ Saya lihat kertas A4 putih dan di atasnya ada titik hitam.”

Mengapa? Sebab mata kita selalu tertumpu kepada benda yang tidak banyak. Benda yang bukan kebiasaan. Begitu jiga dalam hidup. Manusia sering menilai yang sedikit berbanding yang kebiasaan. Manusia mudah melihat yang negatif berbanding yang positif.

Dalam dunia politik sekalipun, heboh diperkatakan tentang parti itu buat salah. Parti itu begitu, parti itu begini. Tapi tidak pula kita lihat apa yang baik disebalik parti itu. Menunjukkan manusia lebih selesa mencari salah orang lain daripada menghargai kebaikan yang dibuat.

Sama juga kita dalam bersahabat. Kadang-kadang kita tak selesa dengan kawan kita dan kita bertindak diluar jangkaan. Bertindak mengikut nafsu yang meronta memaksa diri bertindak sebaliknya. Kita sering menilai sahabat sebaliknya. Hari-hari yang kita lalui yang penuh saat manis bersama mampu kita lupakan hanya dengan rasa sakit hati dan tak puas hati. Sungguh tak wajar.

DEKATI DIA….

Kita sering mengambil langkah mengadu domba padahal cara terbaik ada didepan mata. Cara terbaik? Ya cara terbaik yang mana kita boleh dekati rakan kita. Tapi macam mana nak dekati kalau kita dengan dia seperti ada jarak yang memisahkan. Analoginya mudah, kita pergi mana-mana dan jumpa orang yang kita tak rapat, kita lihat orang itu tengah minum air, berkaraoke dan bertepuk tampar dengan lelaki, tiba-tiba kita kata pada dia;

“ Aku tak suka kau buat macam ni.”

Agak-agak apa tindakan dia pada kita? Agak-agak ada kemungkinan tak dia nak baling microfon dekat kita? Agak-agak ada kemungkinan tak dia nak simbah air pada kita? Ada!  sebab siapa kita tiba-tiba nak nasihat dia macam tu.

Lain pula situasinya apabila kita rapat sangat dengan kawan kita ni. Kalau dia sedih kitalah yang menghulur tisu dan meminjamkan bahu. Kalau dia gembira kitalah yang sama-sama yang meraikan kegembiraan dia, kitalah orang pertama mengucap tahniah kepada dia. Dan bila lihat dia buat salah dan kita tegur;

“ Kenapa awak buat macam ni. Kita macam perlu berbincang la. Boleh kita bincang sikit? ”

Agak-agak dia boleh terima tak? Nak menolak mesti dia malu sebab kita baik dengan dia. Mesti dia selesa berbincang dengan kita sebab selama ni kitalah yang ada disisi dia saat susah dan senang.

ISI JIWANYA

Isi jiwa sahabat kita dengan kasih sayang seorang sahabat. Bukan cakap-cakap belakang. Bukan buat dia rasa malu. Bukan buat rakan kita rasa dipinggirkan. Tunjukkan padanya jalan menuju Allah ini jalan yang indah. Jalan menuju Allah ini penyelesaian kepada segala kekusutan dunia. Tunjukkan padanya Al-Quran ini ‘pemujuk’ disaat sedih dan ‘pengingat’ saat kita gembira.

SELEPAS INI

Jadi selepas ini, saya seru anda baca article diatas kerana dia buat jiwa kita terusik sedikit. Sebab saya percaya ramai yang dalam dilema. Nak tegur kawan buat salah. Nak tegur kawan yang tak tutup aurat. Nak tegur kawan yang malas ke usrah. Apa salahnya kita dekati dia. Belanja makan. Tanya khabar dia. Tanya belajar dia macam mana. Jalani ukhwah supaya dia rasa senang dengan kita. Supaya apa yang kita cakap, boleh menyentuh hatinya. Berusaha menjadi sahabat yang apabila rakan melihat kita, ia mengingatkan kita kepada Allah s.w.t.

CAHAYA ATAS CAHAYA

Diriwayatkan dari Abu Malik Al-Asy’ari sesungguhkan Rasulullah s.a.w bersabda;

“ Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan Anbiya’ dan juga bukan dari golongan para syuhada’. Mereka dicemburui oleh para anbiya’ dan para syuhada’ kerana ketinggian kedudukan mereka disisi Allah.”. Para sahabat bertanya, “ Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka itu?”. Rasulullah menjawab.” Mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta benda.” Demi Allah muka mereka adalah cahaya dan mereka adalah di atas cahaya. Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih. Lalu baginda membaca firman Allah yang bermaksud, “ Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong agama Allah itu mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati.”(10:62) ( Hadith Riwayat Ahmed)

Jom jadi seperti golongan yang Rasulullah sebut dalam hadith di atas. Cahaya atas cahaya. Subhanallah~

3 thoughts on “Ukhwah: Cahaya atas cahaya~

  1. ini copy paste dari sebuah blog,

    “Cuma satu persoalan yang ingin saya lontarkan, senang ke nak tegur orang? Apatah lagi kalau orang itu adalah orang yang faham, yang meminta semasa meeting tarbiah untuk pengasingan ikhwah akhawat. Bila orang itu kefahamannya dah mantap, senang ke saya nak tegur?”

    camne tuan penulis? dan juga pembaca? senang ke?

  2. terima kasih atas soalan saudara euforia;
    setengah orang ringan menegur,
    setengah orang pula susah menerima teguran,
    makanya, teguran itu bukan pada apa yang hendak ditegur
    tapi teguran itu adalah pada bagaimana cara menegur
    kalau sudah tahu asbabnya, dia begitu, dia begini jadi mungkin boleh fikir cara terbaik menegur dia. mungkin ramai yang tanya “bagaimana” mahu menegur. tiadalah jawapan skema dan tepat pada soalan itu kerana mana mungkin semua manusia sama saja cara mereka menerima teguran. jadi memang tiada cara lain selain dekati dia dan kenalpasti dia orang yang bagaimana.mungkin boleh tahu cara untuk menegurnya. dan masalah dia faham agama atau tidak mungkin bukan sesuatu yang boleh membezakan cara teguran kita pada dia. sebab bagaimana pun dia.sefaham mana pun dia pada agama, dia tetap manusia yang tidak lepas melakukan kesilapan.
    wallahualam:)

  3. @euforia

    kebimbangan dan rasa susah tu mungkin lahir dari perasaan atau prasangka kita terhadap orang yang ingin ditegur. Takut kalau2 dia tidak dapat menerimanya dengan baik, malah menjauhkan diri pula dengan kita.

    Tapi, insyaAllah sebenarnya lebih mudah untuk menegur orang yang berfikrah, kerana mereka lebih mudah menerima sebenarnya. Hakikatnya orang2 yang berfikrah, apabila mereka ditegur dlm kesilapan mengamalkan Islam, mereka memandang itu sebagai teguran dari Allah utk kebaikan diri mereka sendiri. No worries~Sebab mereka ini golongan yang sentiasa mahukan yang terbaik dalam beragama..

    Perlu diingat, mereka juga manusia biasa yang tidak terlepas dari berbuat salah. Orang cakap, kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. Mungkin diri kita sendiri tak mampu nak identify salah sendiri, sinilah peranan orang sekeliling, kuman diseberang untuk tolong bagitau yang mana salah..supaya masing2 beroleh kebaikan..

    dan macam yg cik mut cakap, uslub menegur tu pun xboleh diabaikan, kene serasi dgn insan yg ingin ditegur..
    wallahualam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s