Utopia (14) : Kapal

Alhamdulillah, tempoh hari, berpeluang berjalan-jalan (sambil belajar?) ke Hokkaido. Di sana sempat kami dibawa melawat kilang membina dan membaiki kapal. Membina sebuah kapal sangat rumit. Sangat banyak pengiraan perlu dilakukan. Sebuah kapal (rekaan @ design) akan dipecahkan kepada beberapa keping bahagian, setiap bahagian dibentuk kemudian akhirnya dicantumkan untuk akhirnya membentuk sebuah kapal. Ia seumpama bermain Jigsaw Puzzle, yang mempunyai berpuluh-puluh ribu kepingan. Haaa susah tak bina kapal?

.

Kapal Tokai University yang membawa kami ke Hokkaido (hehe promote universiti sendiri sikit…)

.

Seterusnya tahukah anda apa yang paling penting untuk membina sebuah kapal?

Besi? Mungkin juga…

Anda tahu, besi sangat penting untuk membina sebuah kapal? Di kilang yang sangat besar itu, saya lihat besi berlonggok di sana sini.

Ada yang sedang dibentuk, dileperkan, dibengkokkan, dilubangkan, disambungkan.

Ada keping-keping besi yang besar (agak-agak kalau anda golek-golek atas tu, mahu 10 kali golek pun tak habis) melayang-layang di udara diangkat oleh tali-tali kabel kren pengangkut.

Selain besi-besi yang digunakan untuk membina sebuah kapal, mesin-mesin serta alat-alat lain turut diperbuat daripada besi.

Pendek kata saya ingin sampaikan, untuk membina sebuah kapal, sangat banyak besi diperlukan.

.

Jadi

Jadi bagaimana sebuah negara yang memiliki sumber mineral (logam) yang terhad (Jepun), boleh menjadi antara negara pengeluar kapal terbesar dunia?

Dan bagaimana pula sebuah negara seperti Malaysia yang mempunyai takungan besi yang berkali-kali ganda daripada Jepun tak boleh lagi bina kapal macam Jepun?

Sedangkan sejak tahun 1938 separuh daripada bekalan besi Jepun, dieksport dari Malaysia?

Ok la, Malaysia tak adalah teruk sangat, ada juga kapal yang kita bina. Baru-baru ni, TLDM merangka nak bina 3 kapal sokongan pelbagai guna (MRSS). Sebuah kapal akan dibina di luar negara supaya berlaku pemindahan teknologi dan kepakaran, kemudian baharulah 2 kapal lagi akan dibina oleh anak tempatan.

* 10,000–24,999 DWT: General Purpose tanker

* 25,000–44,999 DWT: Medium Range tanker

* 45,000–79,999 DWT: Large Range 1 (LR1)

* 80,000–159,999 DWT: Large Range 2 (LR2)

* 160,000–319,999 DWT: Very Large Crude Carrier (VLCC)

* 320,000–549,999 DWT: Ultra Large Crude Carrier (ULCC)

Tapi cuba anda bayangkan. Tahun 2010 kita baru nak BELAJAR bina kapal MRSS, sedangkan kapal MRSS tu kalau ikut kategori saiz kat atas, tergolong dalam General Purpose Tanker (ataupun kalau paling besar pun boleh masuk kategori Medium Range Tanker) sedangkan kilang Jepun yang saya lawat di Hokkaido dah hampir siap kapal Very Large Crude Carrier (VLCC) nya yang ke 37.

Persoalannya apakah yang kita telah buat dengan besi-besi kita sebelum ini?

.

Jadi

Jadi kembali kepada persoalan utama. Apakah yang paling penting untuk membina sebuah kapal?

Besi?

Tentu sekali besi sangat penting sebagai BAHAN untuk membuat kapal, namun lebih penting daripada itu adalah KEPAKARAN membina kapal (atau pendek kata ORANG yang hendak membina kapal).

Seberapa banyak pun besi yang kita ada, kalau tak ada orang yang nak buat kapal tu, akhirnya tak guna juga.

.

Kapal Vs Negara

Jadi terus kepada persoalan utama kita.

Apakah perkara yang paling penting untuk membina sebuah negara Islam? Tukar soalan, bukan paling penting, tapi sekarang ini, apakah prioriti kita dalam membina sebuah negara Islam? (rujuk artikel ini)

Kalau nak bina sebuah kapal pun sangat rumit, apatah lagi sebuah negara kan?

Apakah ciri-ciri negara yang baik?

Sistem ekonomi yang kukuh (harga barang-barang asas tidak membebankan rakyat)

Sistem pendidikan yang seimbang.

Sistem pertahanan negara yang kuat.

Sistem politik yang stabil.

Pembangunan teknologi yang mapan.

Betul.

Semua itu adalah bahan-bahan yang baik untuk membina sebuah negara Islam yang baik, seumpama besi-besi untuk membina kapal. Namun akhirnya, jika kita memiliki semua benda itu pun, jika segalanya tidak dimanfaatkan untuk membina negara Islam, sia-sia kan?

Jadi sekarang ni, saya, anda, kita semua, apa yang sedang kita buat sebenarnya ni?

Belajar engineering, perubatan, geografi, matematik, kimia, politik, tarian, lakonan dan segala macam “besi-besi” lagi.

Yang di Malaysia sibuk melombong “besi-besi” di pusat-pusat pengajian dari Kedah meleret sampai ke Johor hingga ke rantau Sabah Sarawak.

Yang di Jepun sibuk dihantar hingga ke Nagaoka, bahkan Iwate hingga ke hujung Hokkaido, terserak ke Tokyo meleret sampai ke Yamaguci bahkan Hiroshima, untuk mengutip “besi-besi” untuk dibawa pulang.

Begitu juga yang dihantar bertebar mengutip besi sekitar UK, Amerika, Australia, Ireland, Mesir, China, Korea dan seluruh dunia.

Kemudian balik lah kita pengumpul-pengumpul “besi” ni ke Malaysia, dengan longgokan-longgokan “besi” di bahu. Namun akhirnya, selain kita kumpul “besi”, kita belajar tak cara nak bina “kapal”?

Atau kita sekadar melonggokkan “besi-besi” tu di Malaysia, dan akhirnya bersama-sama dengan masa, “besi-besi” itupun berkarat, tak boleh digunakan, dan akhirnya menjadi sampah! Atau sebenarnya kita lah besi yang berkarat itu?

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Dan jangan sesekali lupa, logam juga boleh berkarat jika tidak dijaga…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s