Onani Dan Penyelesaiannya [Bukan Untuk Kaum Adam Sahaja]

Orang kata kalau nak jaga pandangan mata, tunduk kepala dan berjalanlah sambil lihat ke bawah supaya pandangan terlindung dari melihat aurat wanita tapi teori tersebut tidak boleh diguna pakai di Jepun. Musim panas di Jepun sememangnya menjanjikan paha-paha gadis yang putih melepak dan gebu segebunya. Kalau di musim sejuk, gadis-gadis jepun sudahpun memakai skirt pendek, kalau di musim panas ini, skirt yang pendek itu kadang-kadang tidak kelihatan, yang nampak hanya baju sahaja. Seolah-olah, tiada seluar dipakainya. Tipu lah bagi siapa yang duduk di Jepun dan mengaku dia tidak pernah nampak paha gadis Jepun sebab rata-rata wanita di negara matahari terbit ini berpakaian sedemikian.

“Ah, tak tahan!”

“Umi, nak kahwin!”

Dialog awal-awal saya sampai ke Jepun. Jujur dari hati, memang saya tidak tahan dengan godaan nafsu di sini. Bukan sahaja pakaian yang seksi, sememangnya wanita bermata sepet adalah ‘taste’ saya, terutamanya gadis Korea. Tapi Alhamdulillah,bila sudah lama menetap di sini dan mendengar nasihat dan peringatan dari kawan-kawan dan senior-senior, nafsu itu belum sempat meletup.

Teringat perbincangan dengan kawan-kawan semasa di Falahiah dulu,kami berbincang satu topik yang sememangnya menjadi topik yang paling hangat di kalangan kaum Adam iaitu ONANI. Kalau anda dari kaum Hawa dan anda rasa anda tiada kaitan dengan topik ONANI ini, jangan berhenti membaca kerana di akhir artikel ini, insya Allah, anda akan dapat mengambil pengajaran darinya.

Onani atau lebih popular dengan istilah melancap. Kalau di Falahiah dulu, topik ini tidak pernah dibincangkan secara umum tapi biasanya dibincang secara sembunyi-sembunyi. Al-maklumlah, topik ini dikategorikan sebagai topik yang memalukan.

“Ish, kalau aku tanya, nanti senior ingat aku buat lak..” Monolog Abu di dalam hatinya, Abu tidak buat tapi dia ingin tahu tentangnya.

Saya tidak ingin bincang tentang hukum beronani sebab lain mazhab, lain pandangannya, lain pandangan maka lainlah hukumnya. Kalau anda ingin tahu lebih lanjut,tanyalah orang yang Faqeh tentang hukum-hakam, jangan menerima bulat-bulat hasil carian anda di Google

Onani, zina dan dadah sememangnya mengundang ketagihan yang melampau. Ada yang lakukannya secara diam-diam dan yang melampau, lakukan depan khalayak ramai. Mungkin anda rasa sangat mustahil untuk orang beronani di khalayak ramai tapi saya pernah berjumpa dengan senior-senior yang bangga beronani di hadapan junior.Semoga Allah memberi hidayah kepada beliau, saya dan anda semua.

Sebut sahaja ketagih, memang susah nak berhenti malah ada yang sudah tidak mampu berhenti. Tapi, kebanyakan yang ketagih, kadang-kadang sedar yang dia melakukan kesilapan, dia melakukan dosa sebab perasaan insaf itu adalah fitrah semua manusia, bukan sahaja yang beragama Islam, yang tidak beragama pun akan insaf jika melakukan sesuatu yang bertentangan dengan fitrah.

“Macamana nak control nafsu kita?” Tanya kita.

“Control nafsu? Senang, puasa.” Balas Ustaz.

“Puasa? Tak leh ustaz. Bila saya puasa pun saya tidak boleh control nafsu saya. Paling kurang, saya akan skodeng dia.” Rungut kita.

“Awak dah buat?” Soal Ustaz balik.

Memang betul, itulah kita. Belum buat tapi sudah menilai. Kita belum puasa tapi sudah persoal akan kesannya. Bolehkah puasa mencegah aku dari kemungkaran? Kalau puasa jadi lapar, bila lapar aku tertekan, lagi lah aku nak cari perempuan. Puasa sewaktu zaman Rasulullah bolehlah sebab orang arab memang budaya dia pakai labuh-labuh, lambang kekayaan lagi tapi aku kat Jepun, semua perempuan pakai skirt pendek. Kalau aku terpaksa puasa seumur hidup untuk jaga nafsu, berbaloikah? Dan banyak lagi imaginasi-imaginasi kita walhal kita tidak pernah mencuba walaupun sekali.

Bukan dalam konteks menjaga nafsu sahaja, bahkan semua.

Dalam konteks belajar, macamana aku nak belajar kalau apa yang sensei (cikgu) bebel aku tak faham? Walhal kita tidak pernah cuba untuk pergi ke tempat sensei dan tanya secara terus kepada sensei supaya sensei dapat jelaskan apa yang kita tidak faham.

Dalam konteks berubah, macamana aku nak kurangkan waktu tidurku kalau badanku asyik lemah? Walhal kita tidak pernah cuba untuk membetulkan jadual hidup kita supaya tiada masa dibazirkan dan waktu tidur kita menjadi cukup.

Dalam konteks beramal, macamana aku nak qiamullail kalau kerja berlambak dan aku terpaksa tidur lewat? Walhal kita tidak pernah cuba untuk tidur dulu selepas isyak dan bangun qiamullail, selepas itu siapkan kerja rumah.

Ya, kita tidak pernah cuba berubah.

Tidak hairanlah kalau orang Kelantan menjelaskan perkataan ‘cuba’ itu sejelas-jelasnya sebab ‘cuba’ itu sangat susah difahami dan dibuat.

“Acu-cuba-try-test” Keempat-empat perkataan itu memberi maksud yang sama.

Mulai hari ini, berhenti merungut dan acu-cuba-try-test lakukan! Kalau anda ingin berubah, usah difikirkan rintangan-rintangan yang bakal melanda, sebaliknya fikirlah kesan yang akan jadi bila anda berubah. Sudah menjadi fitrah, untuk berubah sememangnya akan ada halangan, walhal dalam perkara seronok sekalipun ada rintangan cuma kadang-kadang disebabkan keseronokan yang bakal kita alami, segala rintangan tidak terasa. Macam naik Roller Coaster, walaupun ‘track’ nya berpusing-pusing, tapi disebabkan keseronokannya, kita lupa ketakukan kita.

Apa yang ditunggu lagi ,jom berubah ke arah kebaikan! Insya Allah kita berjaya! Gambaruzo!!!

3 thoughts on “Onani Dan Penyelesaiannya [Bukan Untuk Kaum Adam Sahaja]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s