Mufti Haramkan Jersey MU

Tiapan wisel terakhir pengadil perlawanan ‘gusti’ Belanda dengan Sepanyol secara automatik telah menandakan tamatlah Piala Dunia pada tahun 2010 dengan Sepanyol sebagai Juara.Wisel terakhir itu juga menjadi simbolik untuk pengurus-pengurus kelab liga bola sepak England untuk mengadakan sidang media bagi memperkenalkan pemain-pemain baru dan jersey baru mereka. Dan jersey yang sememangnya dinanti-nanti oleh peminat bola sepak termasuk saya ialah jersey Manchester United. Walaupun jersey MU pada tahun depan agak ‘klasik’ sedikit tapi siapa kisah? Selagi ada lambang MU,selagi itu menjadi rebutan ramai.
Tapi pengumuman yang dibuat oleh mufti Johor dan Perak baru-baru ini betul-betul membuat peminat kelab England itu tidak keruan. Pengharaman pemakaian jersey itu betul-betul menimbulkan kontroversi. Umat Islam di Malaysia yang fanatik dengan MU mula hilang pertimbangan,tiada lagi ilmu wahyu,yang ada hanya akal rasional.

“Tidak ada alasan untuk mengenakan pakaian seperti itu. Karena itu berarti, sebagai Muslim, Anda memuja simbol-simbol dari keyakinan atau agama lain,” ujar Datuk Nooh Gadot, Mufti dari Johor.

Sementara itu Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengatakan bahwa Muslim yang mengenakan kaos-kaos yang mengandung simbol-simbol yang dianggap haram tersebut “memacu terjadinya perbuatan dosa” karena sama saja mendahulukan agama lain dibandingkan Islam.

[sumber][sumber]

Pengharaman jersey ini jauh kontroversinya dari pengharaman ESQ oleh mufti Wilayah. Mana tidaknya,ESQ hanya disertai oleh orang yang celik agama atau mahu celik agama sedangkan jersey MU dipakai oleh semua orang,tidak kisah yang beragama ataupun tidak. Maka banyaklah idea-idea yang keluar dari akal yang logik lalu diintrepetasikan melalui penulisan-penulisan di blog. Ada yang menentang dan ada yang menyokong.

Pengharaman baju MU disebabkan lambang syaitan yang ada padanya,jadi ada yang mempersoal,kalau disebabkan lambang itu jersey itu diharamkan,kenapa ia tidak diharamkan bertahun-tahun dulu lagi sebab lambang syaitan itu mula wujud di logo MU sejak dari penubuhan kelab tersebut. Dan ada juga antara kita yang ber’fatwa’,kalau baju MU diharamkan, kenapa tidak haramkan sahaja huruf ‘t’ sebab huruf ‘t’ menyamai lambang salib orang Kristian?

Kisah Pengharaman Arak

Setiap kaum ada tradisi yang mereka lindung dengan sekeras-kerasnya. Biar dunia mengutuk mereka,selagi mereka dapat buat apa yang nenek moyang mereka buat,mereka tetap bangga. Contohnya,makan nasi lemak. Rasanya,kalau World health Organization(WHO) mengumumkan nasi lemak patut dilupuskan sebab kandungan lemak yang terkandung dalamnya, apa-apa pun yanga terjadi,mesti ada di warung-warung makcik-makcik yang masih menjual nasi lemak.Kerana apa? Kerana nasi lemak sudah sebati dengan jiwa  rakyat Malaysia.

Begitu juga orang Arab Jahiliyah dengan Arak. Apa-apa sahaja pesta atau keraian yang dibuat,arak tidak boleh ditinggal. Minuman yang wajib ada,samada sebagai pemanis mulut atau klimaks parti.Semasa zaman awal-awal Islam,sebelum berhijrah,arak masih belum diharamkan. Mungkin,ada sahabat yang masih minum arak walaupun mengaku tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Seorang dari para sahabat iaitu Umar Al-Khattab mengajukan soalan kepada baginda, “Apakah hukum di atas perbuatan meminum arak yang memabukkan hingga menyebabkan seseorang hilang kewarasan akalnya lalu menimbulkan kekacauan terhadap orang-orang di sekelilingnya?”

Kemudian Baginda berdoa, “Ya Allah, jelaskanlah kepada kami hukum meminum arak sebagaimana keterangan yang muktamad, yang melapangkan hati tanpa bertakwil lagi.”

Setelah itu barulah turun ayat yang menerangkan hukum meminum arak yang tersebut di dalam Surah Al-Baqarah yang bermaksud: “Bertanya mereka kepadamu, wahai Muhammad, mengenai hukum arak dan judi. Katakanlah bahawa keduanya itu adalah dosa-dosa besar sekalipun ada manfaatnya bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripaa manfaatnya.”

Sesudah turun ayat ini, setengah sahabat masih meminum arak dan bermain judi manakala setengahnya lagi enggan meminumnya kerana mengetahui dosa melakukan kedua perbuatan tersebut adalah amat berat.

Suatu hari Saiyidina Umar di panggil mengadap Rasulullah S.A.W. Setelah Umar mengadap, Rasulullah lalu membacakan ayat itu kepadanya. Maka Umar berdoa pula, katanya, “Wahai Tuhanku terangkanlah pada kami hukum meminum arak sebagai keterangan yang muktamad dan menyenangkan hati.”

Doa ini diulangnya beberapa kali kerana memohon kepastian dari Allah Taala. Ini adalah kerana setelah turun ayat yang mengharamkan arak, dia mendapat tahu tentang seorang sahabat Rasulullah yang kaya bernama Abd Rahman bin Auf r.a., telah menghidangkan arak dalam suatu jamuan yang dihadiri oleh para sahabat lainnya dan salah seorang di antara mereka adalah Saiyidina Ali k.w.

Dalam majlis itu, kesemua para hadirin menjadi mabuk oleh sebab meminum arak yang dihidangkan. Demikianlah sehingga masuk waktu Maghrib, ketik mereka mendirikan sembahyang, Saiyidina Ali yang menjadi imam telah tersalah membaca sepotong ayat dari Surah Al-Kafirun yang kamu sembah, hai orang-orang kafir…”

Setelah itu turunlah ayat yang tersebut di dalam Surah An- Nisaa’ yang lebih kurang maksudnya : “Wahai sekelian orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri solat sedangkan kamu keadaan mabuk.’

Setelah turun ayat itu, dipanggillah kembali Saiyidina Umar, lalu di bacakan oleh baginda ayat yang baru turun itu.

Apabila Allah mengharamkan minum arak dalam waktu sembahyang Mahgrib maka sahabat-sahabat meminum arak selepas sembahyang Isyak. Jika mereka mabuk sebelah malamnya, keesokan paginya mereka telah kembali seperti sediakala. Apabila diminum arak itu selepas sembahyang Subuh, maka akan sedar pula pada masuk sembahyang Zuhur.

Suatu ketika seorang sahabat bernama Utban bin Malik telah mengadakan satu jamuan dan di jemput beberapa orang dari para sahabat menghadirinya.

Seorang daripada mereka bernama Saad bin Abi Waqas. Didalam jamuan itu, dihidangkan kepala unta yang telah dibakar.  Kepala unta itu dimakan dan mereka meminum arak hingga mabuk. Dalam keadaan mabuk itu, mereka membanggakan diri dengan keturunan dan memuji kehebatan diri masing-masing. Dalam pada itu, seorang sahabat bernama Saad bin Abi Waqas bersyair dan memuji kaumnya sebagai orang-orang yang gagah berani sambil mencaci kaum Ansar yang dikatakannya sebagai penakut dan lemah.

Selepas itu diturunkan ayat dari surah Al-Maidah 90-91 yang lansung mengharamkan arak dan judi:

Wahai orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor (keji) dari perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil.

Tidak Pelik

Semasa di sekolah menengah,saya diceritakan bahawa untuk menjadi sahabat Rasulullah,Allah memilih mereka sejak dari alam roh lagi. Maka orang-orang di sekeliling baginda adalah manusia yang ‘cream over the cream‘. Kalau mereka yang hebat sebegitu pun Allah haramkan Arak secara kronologi,inikan pula kita,seorang asi(yang melakukan dosa). Fitrah manusia,bila dia sukakan sesuatu dan tiba-tiba yang disukainya itu dirampas,mestilah dia marah atau tidak berpuas hati. Allah faham perasaan manusia ini sebab perasaan itu Allah yang cipta,lalu diharamkan setingkat demi setingkat,bukan secara mengejut.

Jadi tidak pelik,bila mufti mengeluarkan fatwa pengharaman jersey MU,ramai yang panas punggung,lantas meninggalkan asas ilmu wahyu dan berpegang teguh pada ilmu akal semata-mata. Banyak hujah dicipta,banyak alasan dibuat dengan harapan baju yang haram itu menjadi halal. Kalau dulu kita beriya-riya menentang kerajaan tentang isu Penghalalan judi,tapi mengapa sekarang kita berkeras ingin halalkan suatu yang haram?

Saya seorang pelajar bidang kejuruteraan,tidak faqih tentang agama namun saya percaya,apa yang mufti sepakati,itu lebih baik kita ikut. Ya,biar dituduh orang kita Muslim Taqlid (ikutan) tapi itu lebih baik buat kita daripada tersesat. Banyak mana sangat ilmu kita kalau dibanding dengan ilmu para mufti? Kalau betul ber’fatwa’ sendiri lebih baik,kenapa Imam Nawawi yang digelar Garuda Islam tidak mencipta mazhab baru sebaliknya berpegang teguh dengan mazhab Syafie? Ketika seorang anak muridnya bertanya,”tuan guru, kenapa tidak tuan guru buat satu mazhab baru,saya lihat ilmu tuan guru seperti air laut banyaknya?” Jawab beliau, “kalau engkau melihat ilmu ku seperti air laut banyaknya,ketahuilah bandingan ilmu ku dan ilmu As-Syafie,seekor burung datang meminum air di laut dan air yang tertinggal di paruh burung itulah ilmu ku dan air laut yang lain ilmu As-Syafie.”

Asas pengharaman jersey ini betul,berdasarkan sepotong hadis Rasulullah yang bermaksud, “jika kamu mengikuti sesuatu kaum,maka kamu dari kaum tersebut.” Perlu difahami bahawa ‘kaum’ di situ bukan Cina,India,Portugis,Jepun atau Melayu sendiri,kaum itu adalah agama. Tidak salah memakai Cheongsam selagi menutup aurat,tidak haram memakai kimono selagi menepati syarak. Tapi haram pakai titik merah di kepala sebab itu Hindu,haram bina patung di halaman rumah sebab itu Buddha.[Baca]

Apa-apapun,sebelum berrasional dengan akal yang terhad,marilah kita menjadikan hadis ini sebagai kayu ukur halal-haram sesuatu,berdasarkan hadis baginda,“Sesungguhnya yang halal itu telah nyata, dan haram juga telah nyata, dan di antara keduanya perkara-perkara yang masih diragukan, yang kebanyakan orang ramai tiada mengetahui. Orang-orang yang memelihara diri dari perkara-perkara yang syubhat itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara-perkara yang syubhat itu akan tergelincir pula ke dalam perkara yang haram, laksana seorang pengembala yang sedang menggembala di sekitar tempat larangan, akhirnya ia lalai memasuki tempat larangan itu,” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4 thoughts on “Mufti Haramkan Jersey MU

  1. kebenaran itu memang pahit, sama ada diluah atau ditelan…

    bagaimana ia dilontarkan mungkin kita kesalkan, namun kebenaran tetap kebenaran, walau cuba kita nafikan…

    semoga iman kita memandu kewarasan, dalam riuh rendah dunia yang penuh kegilaan…

    p/s : hilang seketika isu gula dan naik harga… kan?😛

  2. sou2,tu baru satu contoh,banyak lagi kebenaran yang memang pahit.
    isu gula takkan hilang,cuma sekarang cuba dicerna jadi molekul paling kecil untuk diterima..huhu

  3. demokrasi dan kebebasan bersuara mmg sangat menarik… lebih2 lagi bila digandingkan dengan kemahiran media dan politik…
    suara rakyat, boleh diubah-ubah sesuka hati, macam tukar rancangan tv guna remote control…
    kejap suara palestin dan marvi marmara, tukar jadi suara spain dan bola, tukar jadi suara minyak dan gula, tukar jadi jersey MU…

    p/s : teringat lagu aqil selalu nyanyi, “dia boleh bertukar wajah, boleh berubah suara….”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s