Dialog Hin dan Han…

(1)

Hin: Kenapa ni Han? Muka macam tak puas hati je.

Han:  Apela Hon tu. Aku tanyer ade fb tak? Dia geleng. Pastu dia tanya aku balik, fb tu ape? Ish-ish,   takkanlah fb pun tak tahu. Sekarang semua orang ade fb la..

Hin:  Owh pasal tu ker? Takpe la, nanti kau ajarla dia pasal teknologi tu. Mane tau die leh manfaatkan untuk diri dia. Ha, aku nak tanye kau sikit, kau tahu sirah Muhammad Bin Abdullah?

Han: Muhammad bin Abdullah? Nabi Muhammad kan? Hurm, aku.. aku…

Hin:  Kau tak tahu? Takpela, nanti mase ko ajar Hon nak gunekan fb, mintaklah die ceritakan pasal Muhammad Bin Abdullah. Biar kau kenal, sebab kat sane kalau kau ade masalah, nanti dia yang boleh beri syafaat pada koau bukan fb tu.. Lagipun budak kecil pun tahu sirah ni..

Han: Erk!

(2)

Hin: Banyaknya kau beli barang Han, shopping sakan.

Han: Ha’ah. Penat betul. Biaselah untuk keperluan.Lepas beli barang tadi, aku pergi makan Mc D, ramai orang.

Hin: Owh. Eh kejap-kejap, kau makan kat Mc D? Pastu barang kau, ade MAGGIE, MILO, COLGATE… Bukan kau boikot ke? Dulu pakai jenama lain semua barang ni. Dah hilang semangat ke?

Han: La, musim boikot kan da habis. Lagipun semua orang dah beli balik. Lagipun ni barang keperluan kan. Kecoh la kau Hin.

Hin: Hurm, tapi musim penderitaan rakyat Palestin tak pernah habis Han. Diorang still menderita lagi. Jangan letak diri kita sebagai pembantu kesengsaraan diorang. Mampu elak, elakla. Banyak je lagi jenama lain. Lagipun makan Mc D tu satu keperluan ke??

Han: Erk!

(3)

Han: Hin, kau ade awek? Maksud aku kekasih istimewa la.. Muka kau hensem, pandai pulak tu. Baik. Mesti ade kan?

Hin: Ade. Kenapa?

Han: Saje tanye. Aku pun ade jugak. Leh kongsi cerita. Tapi aku nak tanye pasal kekasih kau dulu.. Hurm, siapa nama kekasih kau tu?

Hin: Name die ade banyak. Semua sedap-sedap.

Han: Uish, ade banyak? Pastu kau panggil die ape? Kalau mesej ke, call ke?

Hin:  Hurm, kitorang tak mesej. Call je. Setiap hari berkali-kali, tak pernah miss.

Han: Huish, kaya kau Hin. Mesti banyak duit abis.

Hin: Taklah. Free je. Call la lame mane pun.

Han: Kau biar betul? Takkan tak payah bayar langsung bile call?

Hin: Tak payah..

Han: Bestnyer.. Sape kekasih kau tu? Nama? Leh aku ngorat jugak.hehe…

Hin: Owh, boleh-boleh. Silalah. Nama Dia, Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Khaliq dan banyak lagi..

Han: Erk!

(4)

Hin: Han, kenapa kau sayang Hen? (Nota: Hen adalah awek Han)

Han: Sebab dia sayang aku. Dan dia janji dia sanggup buat apa sahaja untuk aku. Dia janji kalau aku sayang dia, dia akan bagi aku sepenuh kasih sayang dia. Duit ke, semua la..

Hin: Owh jadi sebab tu la kau sayang dia. Sebab dia boleh janjikan kau macam-macam eh.

Han: Yela.. Awek kau pulak? Ade setia dan hebat macam Hen tak?

Hin: Tak langsung..huhu..

Han: Aku dah agak dah. Hen memang terbaik la..

Hin: Eh, bukan macam tu. Aku nak cakap yang kekasih aku lagi hebat.. Sangat hebat.. Kalau setakat perempuan macam Hen tu, memang jauh sangatla..

Han: Eleh, yeker.. Apa yang dia boleh janji kat kau?

Hin: Dia cakap, kalau aku sayang dia, dia janjikan untuk aku SYURGA yang KEKAL buat SELAMANYA….

Han: Erk!

(5)

Han: Hin, kau tengok couple tu. Sweet kan? Pegang tangan.. Jalan rapat-rapat. Aku nak wat camtu ngan Hen, tapi aku baru sangat lagi dengan dia.

Hin: Tak sweet langsung! Aku pun hairan camtu perempuan tu boleh bagi pakwe die pegang tangan dia.

Han: Sebab sayang la Hin. Kau ni tu pun tak boleh nak fikir. Apela..

Hin: Memang aku tak boleh nak fikir. Sebab kalau buat macam tu. Maknenyer diorang langsung tak menyayangi satu sama lain…

Han: Eh, ape yang kau merepek ni?

Hin: Yela. Pegang tangan bukan muhrim tu kan berdosa. Lebih baik pegang babi. Jadi, kau nak ke orang yang kau sayang tanggung dosa? Kalau tak sempat nak bertaubat, masuk neraka. Kau nak? Mesti tak nak kan? Obviously, couple tu langsung tak menyayangi.. Kau pun, kalau nak sangat pegang tangan Hen, kawinla..  Jangan cakap je sayang, tapi sama-sama buat dosa dengan dia. Cam entah apa-apa. Cakap tak serupa bikin..

Han: Erk!

Dialog-dialog di atas mempunyai pelbagai latar masa dan tempat. Ia berlaku bersesuaian dengan topik yang sedang dibincangkan. Watak-watak yang diketengahkan tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati. TETAPI setiap mesej yang disampaikan ada kaitan dengan yang masih HIDUP kerana yang MATI sudah tidak mampu mendengar, membaca dan berfikir. Dan, yang mati juga sudah tidak berpeluang untuk bertaubat.

4 thoughts on “Dialog Hin dan Han…

  1. ramai pemuda dan pemudi sekrang ni yang sama jenis macam han.. ye tak? sye pon ade termasuk dalam salah satu yang kat atas tu…ermmm…bila la nak taubat ni..=(

  2. kpd madiha: mekaceh.. terima kasih sebab membaca.. =)

    kpd cik aidacomel: betol.. tapi semua masih ada peluang utk kembali.. ALLAH kan maha PENYAYANG dan PENGAMPUN.. cik aidacomel, ishhouni ganbarimashou! (mari same2 berusaha) =)

    kpd cik mut: shiken ganbattene! semoga ALLAH berikan yang terbaik.. =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s