Al-Quran: Khas Buat Sang Pencari

Al-Quran itu diturunkan khas buat mereka yang mencari sahaja.

Anda setuju dengan pendapat di atas?Tidak?Sebab Al-Quran diturunkan buat semua manusia,bukan umat Islam sahaja,bahkan seluruh manusia. Nanti,jangan gelabah,memang betul hujah anda tapi sila baca artikel ini sampai habis dahulu,kemudian tafakkur sejenak apa yang ingin saya katakan.Saya buka artikel dengan sebuah kisah,kisah si Atheist memeluk Islam.

Si Atheist Peluk Islam

Di Australia,ada seorang Atheist. Selepas ahli keluarganya ditimpa kemalangan,hidupnya jadi tidak tentu arah. Lalu,dia luahkan segala isi hatinya kepada seorang sahabat Kristian dan sahabatnya itu menyuruhnya untuk ke gereja mencari kebenaran. Sememangnya sifat seorang Atheist, pantang menerima bulat-bulat,akal yang logik menjadi ukuran. Selepas satu gereja demi satu gereja dirisiknya,dia tidak berpuas hati. Mana tidaknya,ke gereja A paderinya memberi pendapat lain dan di gereja B pula,pendapat paderi juga berlainan.Lalu dia bertanya kepada kawannya, “mana satu Kristian yang betul?” Kawannya pun tidak tahu tapi atas dasar persabahatan,kawan Kristiannya mengesyorkan untuk pergi ke Masjid pula.Alangkah terkejutnya dia bila disuruh ke Masjid dan dengan spontan dia berkata,

“gila kau suruh aku pergi rumah ibadah puak terorist?”

Tapi selepas itu,dia pun pergi ke Masjid dan tatkala dia di masjid,ada seorang sedang mengerjakan solat sunat. Dia berdiri di tepi orang tersebut sambil memerhati tingkah laku orang yang tengah solat.Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki yang bebadan gempal,berjanggut panjang dan berpakaian serba putih.

“Matilah aq kena bunuh lepas ni..”Monolognya seorang diri.

Tiba-tiba lelaki tadi menghulurkan salam dan melontarkan senyuman manis,”ada apa-apa yang boleh saya bantu saudara?”

Saya ingin tahu tentang Islam,”balas si Atheist tersebut.

Lantas si lelaki berjanggut itu mengajaknya duduk bersembang,sambil minum kopi dan makan biskut.

Ditakdirkan Allah,si Atheist itu ketagih dengan biskut dan kopi imam tersebut, setiap minggu pasti dia ke Masjid untuk lepak dengan imam di sana sambil berdialog tentang Islam.Sampai satu masa,dia yakin bahawa Islam adalah agama yang benar sebab walaupun soalan yang sama diajukan kepada imam yang berbeza,jawapannya tetap sama.Malah,cara imam-imam menjawabnya juga sama. Setiap imam yang ditanya akan membuka sebuah buku dan mula menjawab dengan lafaz,”Tuhan kami mengatakan..” Pernah sekali dia cuba menyuruh imam itu memberi pendapat sendiri tanpa membelek buku tersebut tapi imam itu menolak dengan jawapan “agama kami berpandukan Kitab ini iaitu Al-Quran.”

Hari demi hari,keyakinannya terhadap Islam makin bertambah.Suatu malam, dia tutup semua lampu,pasang lilin dengan niat untuk mewujudkan suasana spritual dan di atas pahanya ada senaskah Al-Quran,nekadnya dalam hati,

“Ya Allah,kalau betuk kamu adalah Tuhan manusia,pertunjukkan aq walau satu tanda,pasti aq akan peluk Islam.”

Tunggu punya tunggu,bukan setakat kilat tidak menyambar,guruh tidak berdentun, angin pun tidak bertiup. Sunyi,sepi malam itu. Dia mula berputus asa, dibeleknya naskah Al-Quran dan tiba-tiba,dia terbaca satu ayat yang bermaksud,

“Tidak cukupkah lagi tanda-tanda kebesaran yang Kami tunjukkan kepada kamu supaya kamu beriman?” (Mungkin ayat yang dibacanya ialah ayat 53 dari Surah Fussilat:”Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap ufuk (penjuru) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu benar.””

Air mata mula mengalir,pipinya mulai basah,dia menangis dalam ketenangan dan akhirnya,dia dengan rela hati dan yakinnya memeluk Islam.

Konklusinya,dia adalah seorang sang pencari dan dia dapat apa yang dicarinya.

Al-Quran Buat Sang Pencari

Betul,memang Al-Quran dengan mukjizatnya mampu menghapus segala dosa dan menambah pahala,cuma ‘erti’ sebenar yang cuba disampaikan itu pastinya gagal jika kita tidak bersungguh mencarinya.

Bayangkan,kita tengah sibuk dengan exam,membaca surah Al-Fil,surah tentang peristiwa tentera Abrahah,burung Ababil dan gajah. Adakah surah itu kena dengan kita? Mungkin ada yang kata kena tapi saya yakin majoriti  kata tidak mungkin.Tambah-tambah,subjek yang dipelajari Biologi,kalau Fizik ada juga kaitannya macam peluru Jet dan sebagainya. Mungkin ‘erti’ surah itu akan kena dengan kita bila sesuai dengan waktunya,tapi bila? Bukankah Al-Quran sesuai untuk kita bila-bila dan di mana sahaja?Sabar,baca sampai habis.

Ya,kadang-kadang ayat yang dibaca kena dan kadang-kadang tidak,kenapa?Kembali 1431 tahun ,kita selami bagaimana setiap ayat diturunkan. Betul, setiap ayat diturunkan mengikut peristiwa-peristiwa tertentu.Al-Munafiqun diturunkan sempena orang-orang munafiq,Al-Jumaah sebagai teguran kepada sahabat supaya mengutamakan solat Jumaat,Surah Abasa sebagai  teguran buat Rasulullah. Setiap surah ada asbabul-nuzulnya,ianya tidak turun secara hentam kromo atau suka-suka.

Jadi,ianya memang tepat dan kena kepada para sabahat,persoalannya di sini,bagaimana kita ingin buat ayat itu tepat dan kena kepada kita?

Memang susah kalau kita perincikan setiap ayat dengan sebab ayat itu turun,jadi kita generalkan keadaan Rasulullah dan para sahabat ketika semua ayat diturunkan. Bila dikaji semua ayat Al-Quran turun ketika Islam dimusuhi dan Rasulullah sedang berdakwah. Ya,keadaan Islam dimusuhi itu sama dengan kita tapi keadaan kedua,iaitu berdakwah atau tidak,itu hak peribadi setiap insan, simpan jawapan anda dalam hati anda.

Ya,supaya setiap ayat senang kena dengan kita,kita kena wujudkan suasana ketika ayat itu diturunkan kepada Rasulullah. Sekarang kita ditentang,dilabel sebagai teroris,dikritik di sana sini,maka keadaan pertama tepat dan kena kepada kita.Keadaan kedua?Ya,mulai sekarang kita kena berdakwah supaya kedua-dua keadaan sama dengan keadaan zaman Rasulullah.

Namun,kedua keadaan ini hanya mampu memudahkan ayat yang dibaca kena dengan kita,bukan semestinya kena. Habis itu,macamana nak buat ayat itu kena terus di kepala kita?

Cari!

Kita cari apa yang Allah cuba sampaikan kepada Rasulullah dan sahabat ketika ianya diturunkan dan kita cari apa pengajaran ayat itu yang boleh digunapakai oleh kita, dan kita cari apa kaitan ayat itu dengan kita,insya Allah, ayat itu akan kena dengan kita.

Akhir qalam,erti Al-Quran memang untuk semua orang tapi dengan syarat, kita mencari,bukan duduk diam sahaja. Kita tidak faham bahasa Arab,tapi kita yakin dengan membaca Al-Quran setiap hari kita akan faham maksud yang cuba Allah sampaikan,kalau begini cara kita,sampai kiamat sekalipun,maksud Basmallah pun kita gagal kecapi.Selamat mencari wahai sang pencari!

http://www.youtube.com/v/fsB9FkDctAk&hl=en_US&fs=1

3 thoughts on “Al-Quran: Khas Buat Sang Pencari

  1. mmg btul AQ khas utk sang pencari. n alhamdulillah, sy yakin y sy dh dpt pun jwpnnya skrg…kalo kite tau pe tajuk AQ, pasti kite akn mudah phm isi kandungan AQ. 1 lg, skrg ni pun byk AQ beserta terjemahannya.. xsalah kalo kite cb mghayati mksudnya n cb aplikasikan dlm khdpn seharian kite krn AQ sgt2 relevan utk spjg zaman..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s