Kalau Nak Menampar

Semalam selepas menemani seorang kawan membeli Nikon D90 di Shinjuku,saya dan Taqiyuddin agak terkejut bila diajak ke surau di Shinjuku. Apa yang kami tahu menurut senpai tachi(Melayu: Senior-senior),di Shinjuku tiada tempat khas untuk solat. Sudahlah di Shinjuku,spesifiknya,Kabukichou. Untuk pengetahuan anda,Kabukichou ini ala-ala Lorong Haji Taib, malah lagi teruk,kalau di waktu malam,tak mampu diungkap dengan kata-kata. Di sana,kami berjumpa dengan Chief Editor surat khabar Islam Jepun,Al-Ummah,pak cik Idris, orang Indonesia. Dia datang ke Jepun tahun 1970,kii berkerja secara sukarela menerbit surat khabar bulanan Al-Ummah yang dicetak 2000 naskah sebulan.

“Mesti masa nak sampai tadi,masya Allah,masya Allah,masya Allah,masya Allah….Alhamdulillah,kan?”Gurau Pak Cik Idris dalam bahasa Melayu Indonesia.

Shinjuku

Kami terdiam sejenak,kemudia tertawa besar.

“Tu la pak cik,tadi puas kami cari,tak jumpa-jumpa. Semua benda kami tengok tapi suraunya belum kelihatan.Susah sungguh mahu cari suraunya,”balas Faiz,cuba berbahasa Melayu Indonesia.

“Awal dulu,polis selalu tahan saya.Tanya saya Islam Ekstremis? Saya jawab ya,saya ekstremis ikut itu Muhammad bukan orang lain. Saya bukan Teroris,saya Jihad. Jihad bukan perang tapi belajar itu juga Jihad,”cerita pak cik Idris berkongsi pengalaman.

“Sini ramai orang Jepun mahu tahu tentang Islam. Mereka datang,saya ajarkan mereka cara ibadah Islam.Saya ajar syahadah tapi saya tak paksa mereka ucap. Tapi saya tekankan solat,saya tunjuk mereka cara ibadah orang Islam,saya ajak mereka tengok saya solat,tengok cara orang Islam beramal. Saya ajak,bukan arah,macam azan,Allah ajak kita solat bukan Allah arah kita solat. Biar dia faham,dia mahu peluk Islam atau tidak,itu soal hati,soal hati Allah sahaja yang tentukan.Nabi pun tak mampu Islam kan orang,inikan pula saya,”sambung pak cik Idris sambil tersenyum,wajahnya nampak tenang dan ceria walaupun sudah tua.

Itu cara pak cik Idris sebarkan Islam,dia tekankan ibadah,bukan aqidah,anda setuju?

Buku yang mesti dibaca

Dialog Dengan Kristian

Dialog saya dengannya bermula di ruangan chat di Facebook.

Saya: Jom kenali Islam.

Andrew: Jom kenali kristian. Haha…gurau saja.

Saya: Hmm…tak pe…

Andrew: Boleh tak kalau tak cakap pasal agama?

Saya: Agama itu perlu.

Andrew: Semua agama menyuruh buat baik.

Saya: Itu betul, tapi yang mana satukah agama yang benar?

Andrew: Awak dengan agama awak saya dengan agama saya.

Saya: Saudara tak nak cari kebenaran?

Andrew: Begini ke cara awak berkawan dengan non-muslim?

Saya: Saya minta maaf kalau buat saudara terasa.

Ya, dia seorang penganut agama kristian yang kuat. Saya memulakan perbualan ini dengan bertanyakan soalan yangstraight to the point. Dan ada beberapa soalan saya tidak berjawapan sebaliknya saya disoal kembali. Mungkin baginya soalan yang direct sebegitu, sensitif. Saya meminta maaf. Kemudian saya meneruskan lagi:

Saya: Islam tidak sama dengan mana-mana agama di dunia ini. Allah s.w.t jamin bahawa isi kandungan al-Quran tidak akan berubah sampai hari kiamat.

Andrew: Ya…Islam lain. Kristian pun lain.

Saya menceritakan sedikit pengetahuan yang saya ada tentang bukti-bukti saintifik yang terkandung dalam al-Quran.

Andrew: Saya tak nak mengganggu awak. Awak mesti buzy.

Namun, saya tetap meneruskan penerangan. Dan dia menambah lagi.

Andrew: Ya lah, sebenarnya saya yang buzy ni. Kertas-kertas budak belum tanda lagi.

Memandangkan dia berkata begitu, saya mengakhiri dengan meminta maaf sekali lagi jika ada menyakiti perasaannya. Saya memanggilnya cikgu.

Andrew: Awak masih muda dan belum tahu banyak benda. Saya pun tak banyak ilmu lagi. Banyak lagi yang saya kena belajar.

Saya: Good luck cikgu.

[Sumber:Blog Muzaf]

Seperti yang dijangka,saudara Muzaf dihentam secara terbuka oleh seorang pembacanya dalam blognya sendiri. Pendekatan yang digunakan dikatakan agak ekstrim,attack aqidah pihak lawan dan tunjuk bukti aqidah kita betul dilabel sebagai ekstrim dan perbuatan ini menyebabkan ramai orang bukan Islam lari dari Islam.

Dakwah Beribu Arus,Matlamat Hanya Satu

Kalau kita analisis cara dakwah pak cik Idris dan saudara Muzaf,pendekatan yang diguna oleh kedua-dua adalah jauh berbeza sama sekali. Seorang tekankan Aqidah dan seorang tekankan Ibadah. Namun,jika kita kaji lagi kedua-dua pendekatan ini,kaedah yang digunakan adalah sama iaitu tabligh(menyampaikan). Walaupun isi kandungan sedikit berbeza, tapi kedua-dua orang menyampaikan apa itu Islam yang sebenar cuma Islam pada sudut mana yang ingin disampaikan,itu yang berlainan.

Saya ingin tanya anda,yang mana anda rasa betul,bukan situasi di atas tapi situasi di bawah.

Ajimah seorang perempuan freehair. Aliya datang paksa dia pakai tudung dan terangkan rambut itu aurat dan dosa aurat masuk neraka dan sebagainya. Tapi kaedah Timah lain, Timah berjumpa Ajimah,tanya dia kenapa tidak pakai tudung dan pujuk dia pakai tudung secara perlahan-lahan. Yang mana satu betul?

Nanti,sebelum kita menghukum kaedah dakwah seseorang,ada baiknya kita kembali ke zaman Rasulullah dan teliti cara bagaimana Rasulullah guna untuk berdakwah.Adakah cara ektrim seperti Muzaf atau Aliya atau psikologi seperti pak cik Idris atau Timah? Jawapannya,kedua-dua pendekatan Rasulullah guna.

Ada kala Rasulullah pergi berjumpa dengan orang Kafir,ajak mereka masuk Islam dan terangkan azab neraka jika mereka tidak peluk Islam dan ada kala Rasulullah berlembut dengan seorang kaki zina dengan syarat dia tidak menipu. Ada kala Rasulullah angkat pedang untuk berperang,ada kala Rasulullah bebaskan.Sahabat juga begitu,naik Abu Bakar dengan cara sopannya,naik Umar dengan cara kerasnya,naik Uthman dengan caranya dan naik Ali dengan caranya tersendiri. Lain orang,lain cara dakwahnya,kenapa?

Sebab ilmu,pengetahuan dan pengalaman kita berbeza. Ada yang belajar ilmu agama dari sekolah rendah lagi,ada yang baru jumpa di Universiti,jadi cara dua orang ini menghukum juga berbeza. Si banyak ilmu berikhtilat(campur mazhab) dalam beramal tapi si sikit ilmu bertaqlid(ikut) dengan mazhab dalam beramal. Ada orang dibesarkan dalam keluarga Tabligh,jadi cara dakwah yang paling tepat baginya ialah dengan menyampaikan Islam dari rumah ke rumah,ada yang dibesarkan dalam rumah Usrah,jadi cara dakwah yang paling berkesan baginya ialah dengan adakan Usrah,2 kaedah yang sangat berbeza tapi matlamatnya hanya satu,mengajak manusia mengingati dan mentaati Allah.

Dan,persaoalan yang paling utama,siapa kita untuk menghukum cara dakwah ini paling dekat dan paling menepati kehendak Allah?

Jadi sebelum kita menampar,ada baiknya kita menilai dulu diri kita,layakkah kita untuk menilai tindakan yang dibuatnya. Daripada menghukum,lebih baik kita berdoa, kita doa agar usaha yang si fulan lakukan mendapat hasil di dunia dan akhirat,bukankah itu lebih baik dan lebih dekat dengan Islam?

Ke laut meracik ikan, tersenyum siput; ke hutan memancing punai, tertawa badak [Sumber]

http://www.youtube.com/v/gl81wNNpWs8&hl=en_US&fs=1?color1=0x3a3a3a&color2=0x999999

p/s:tajuk artikel diambil bulat-bulat dari Post Euforia di blognya sendiri,kalau rajin,lawatlah blog dia,insya Allah berbaloi. =P

alamt surau di Kabukichou: 東京都新宿区歌舞伎町1丁目3−10


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s