Transformasi: Mencari Transformer

Berubah, perlukan transformer. Bukan semudah menonton filem Transformer yang anda diminati.

Berubah, perlukan transformer. Bukan bererti boleh menurun dan menaikkan voltan sesuka hati.

Berubah atau bahasa bombastiknya transformasi. Memerlukan transformer untuk melakukan perubahan. Dan mencari transformer itu bukanlah semudah ke panggung wayang atau ke kedai-kedai elektronik. Hakikatnya, transformasi hidup itu bermula daripada diri kita sendiri. Sekiranya kita yang tidak berusaha untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada esok, salahnya adalah kita kerana kita yang tidak berusaha melakukan perubahan.  Firman Allah s.w.t:

“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka yang mengubahnya.”


Anda mesti tertanya-tanya, apa pentingnya transformasi?

Sebelum menjawab persoalan itu, mari kita melihat kepada keadaan dunia sekarang yang penuh dengan transformasi. Transfromasi ke arah kebaikan itulah yang perlu kita usahakan. Manakala transformasi ke arah  keburukan harus dijauhkan. Namun, arus transformasi yang tidak tentu hala inilah yang sebenarnya telah banyak menggoda dan  membawa kita ke jalan sia-sia.

Sekiranya pegangan agama kita lemah, kita sebenarnya lebih mudah dihanyutkan oleh transformasi yang tidak tentu hala ini. Menonton rancangan di televisyen hari ini kadang-kadang menjelikkan kerana orang kita berpakaian lebih Barat daripada orang Barat itu sendiri. Itulah realiti yang terjadi. Kata mereka:

Alah, masa-masa macam ni lah nak pakai melaram. Dah tua nanti, siapa nak pandang?

Rata-rata orang mula berfikir untuk kembali ke pangkal jalan tatkala usia menjelang senja. Wajarkah waktu yang datang sekali seumur hidup itu disia-siakan? Beginikah kita memanfaatkan nikmat zaman muda  yang diberikan oleh Pencipta? Dan pernahkah kita terfikir, apakah sempat kita menghadapi kehidupan zaman tua sedangkan hari ini maut tidak mengenal sesiapa, baik muda mahupun tua?

Apakah kita sudah bersedia seandainya kita dijemput Ilahi hari ini?

Di sini, harus kita mencontohi kehebatan Imam al-Bukhari yang memanfaatkan masa mudanya dengan mengembara ke segenap ceruk muka bumi ciptaan Allah untuk menuntut ilmu. Jadi, masa mudalah yang paling sesuai untuk kita melakukan perkara seumpama ini ketika badan masih cergas dan minda masih cerdas.

Nabi Muhammad s.a.w turut menggesa umatnya agar tidak mensia-siakan nikmat masa muda dalam mutiara kata baginda yang bermaksud:

“Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara: muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati.”

(Riwayat al-Hakim)

Bumi Mana Yang Tak Ditimpa Hujan?

Andai ada antara kita yang pernah melalui sejarah hitam dalam kehidupan silam, sedarlah hakikat bahawa bumi mana yang tidak ditimpa hujan, begitulah juga hakikat insan. Usahlah terus-menerus membiarkan sejarah silam terus menghantui diri. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah peluang diberikan untuk kita pulang ke pangkal jalan dan memperbaiki amalan kerana Allah menyukai orang yang sedemikian sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat al-Quran yang bermaksud:

“Maka, sesiapa yang bertaubat sesudah dia melakukan kejahatan (mencuri) itu dan memperbaik amal usahanya, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya kerana Allah Amat Pengampun lagi Amat mengasihani.”

(Al-Maidah:39)

Transformernya adalah KITA

Sebenarnya, transformer yang kita cari-cari itu ialah diri kita sendiri. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, kita tidak akan berubah selagi kita tidak berusaha untuk berubah. Menjawab persoalan di permulaan tulisan ini, apakah pentingnya transformasi, pentingnya terletak pada nama yang kita junjung iaitu sebagai seorang muslim. Suatu hari nanti, setiap apa yang kita lakukan di dunia ini pasti akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t. Apatah lagi kita telah dikurniakan akal dan hati  serta pilihan. Teringat pula perkongsian kata-kata mutiara oleh pak cik ketika di Sungai Congkak:

Life is a decision making process. Therefore, decide wisely

Bersama-samalah kita memilih jalan yang diredai Allah, mudah-mudahan kita akan meraih kejayaan di dunia dan di akhirat kelak. Insya-Allah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s