Buat yang sedang menunggu..

Kali ini saya ingin berbicara sedikit tentang menunggu. Tapi sebelum itu, saya ingin kongsikan hadis di bawah.

Kali pertama bumi ini diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat, lalu para malaikat menghadap ALLAH SWT..

“Wahai Rab Yang Maha mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?” Tanya para malaikat.

“Kerana belum dipaku.” Jawab ALLAH singkat.

“Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?” Tanya para malaikat lagi.


“Aku akan menciptakan gunung ganang.”Jawab ALLAH.

Setelah ALLAH menciptakan gunung ganang, semua masalah tentang pergerakan bumi yang dirunsingkan para malaikat selesai. Kerana fungsi gunung- ganang ini adalah untuk menetapkan bumi pada posisi, ia telah digelar paku bumi. Sesudah penciptaan paku bumi ini, malaikat bertanya lagi.

“Ya Rab, adakah yang lebih kuat daripada paku?”

“Ada!” Jawab ALLAH. “Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi.”

“Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rab?” Tanya malaikat lagi.

“Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api.” Jawab ALLAH lagi.

“Jadi Ya Rab, adakah yang lebih kuat lagi selain air?” Sambung malaikat.

“Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus.” Jawab ALLAH lagi.

“Tapi Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air, angin)?” Malaikat bertanya lagi.

“Ada! Iaitu nafas hambaKu yang berdoa kepadaKu. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu.” Demikian ALLAH SWT menjelaskan.

[HADIS KUDSI]

Tapi, apa kaitan menunggu dengan hadis ini? Teruskan membaca! Insya ALLAH anda akan temui kaitannya…

Berapa lama anda sanggup menunggu? Seminit? Sejam? Sehari? Sebulan? Sukar untuk memberi jawapan yang pasti. Kerana semuanya bergantung pada perkara apa yang sedang ditunggu. Seperti membuat hipotesis dalam eksperimen, semakin penting perkara yang perlu ditunggu, semakin lama kita sanggup menunggu. Ataupun semakin penting perkara yang ditunggu, semakin berdebar-debar kita dibuatnya sepanjang tempoh menunggu itu.

Bagi mereka yang sakit perut dan tidak tahan mahu ke tandas, seminit pun bagai sejam rasanya..

Bagi seorang kekasih setia, menunggu sang buah hati selama dua jam pun tak terasa penatnya..

Bagi yang mahu mendapat hadiah percuma, menunggu di bawah terik mentari pun tidak mengapa…

Bagi yang menanti detik cemas bergelar suami/isteri, tak payah tunggu-tunggu sebab waktu seakan terhenti..

Bagi yang sedang menunggu hukuman mati, sedetik pun tidak mahu disiakan untuk menikmati nikmat sehela nafas..

Lebih kurang sama juga keadaannya bagi mereka yang sedang menunggu waktu berbuka, semakin hampir dengan waktu maghrib semakin resah untuk menunggu..

Benar, tiada siapa yang suka menunggu. Kalau boleh, semuanya mahu didapati dengan mudah dan pantas. Namun, hakikatnya tidak begitu. Walaupun penantian itu satu penyeksaan, tetapi kita tetap harus menunggu, menunggu dan menunggu. Setiap jiwa yang bernyawa di muka bumi ini tidak lain hanyalah menunggu, menunggu detik ajal datang menjemput, dan kembali pada pencipta yang Esa.

Selalunya apa yang akan kita buat sementara menunggu? Antara sedar atau tidak saat kita diletakkan dalam keadaan menunggu, kita akan berdoa.

Bila kita menunggu untuk masuk tandas dalam keadaan sakit perut, kita akan berdoa supaya yang ditunggu cepat keluar dan kita dapat menunaikan ‘hajat’..

Bila kita sedang beratur menunggu makanan, kita akan berdoa supaya giliran kita cepat sampai atau makanan yang diidam-idam tidak dikebas orang..

Bila seorang kekasih menunggu buah hatinya, walaupun muka nampak macam tak kisah untuk menunggu lama, tapi percayalah dalam hati tetap berharap agar yang ditunggu lekas tiba…

Kerana bila kita diletakkan dalam keadaan menunggu, ia adalah seolah-olah satu keadaan kita sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Ini adalah penghujung jalan kita. Dan sekarang, kita hanya perlu menunggu. Menunggu keputusan atas segala yang telah kita lakukan. Baik atau buruk? Wallahualam. Jadi, apa lagi pilihan yang tinggal? Doa dan tawakal, itu sahaja.

Jika dipandang dari sudut positif, masa menunggu adalah pelengkap bagi setiap proses dalam kitaran agenda yang mengambil tempat dalam hidup kita. Mengambil contoh terdekat, saya dan rakan-rakan baru sahaja selesai menduduki peperiksaan, dan seperti pelajar lain juga kami diletakkan dalam keadaan menunggu. Menanti keputusan usaha-usaha kami.  Tidak dinafikan, saat ini kerisauan dan debaran mencapai tahap maksima.  Ditambah pula menunggu panggilan maut dari pihak penaja sekiranya ada yang subjek yang perlu di ‘re-sit’. Tapi kerisauan itu bagaikan terubat pabila kita tahu kita sentiasa ada DIA tempat untuk kita meminta semoga dibantu untuk peperiksaan itu. Semoga hati kita tabah tatkala melihat apa sahaja yang tercatit diatas slip keputusan nanti.  Masa menunggu upama pelengkap bagi usaha kita. Dalam tempoh inilah, kita akan memohon agar diberi keputusan yang baik, menyambung usaha duniawi kita dengan kerberkatan pengisian kekuatan hati agar apa yang diperolehi adalah yang terbaik buat kita dan ada keberkatan yang mengiringi.

Jadi, apa kaitan menunggu dengan hadis kudsi di awal artikel ini? Jawapannya mudah sahaja. Saya mahu mengajak anda semua bersabar dalam menanti. Dan hiasilah penantian itu dengan kuntuman doa penuh keyakinan, kerana doa itu senjata paling berkuasa yang ALLAH kurniakan pada insan yang bergelar mukmin! Agar sekeping hati yang sedang menanti itu tidak gusar dan semoga penantian itu tidak lagi menyeksakan..

3 thoughts on “Buat yang sedang menunggu..

  1. baru nampak hikmah di sebalik hadis qudsi di atas ttg perkaitan ant menunggu dan DOA…

    Smg Allah merahmati kalian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s