.:Kegagalan sebuah kejayaan:.

Sedutan di waktu peperiksaan bahasa Inggeris.

“err..sorry sir, I made mistake at this part..then how?”

“just cancel it, and write the correct one..”

“chotto..mistake? What? You make mistake? Sore ha dame da!!!”

“eee…”

“haha…no worries..make a lots..”

Itu yang membuatkan saya tertarik hati untuk mengambil lagi kelas bahasa Inggeris semester hadapan. Kerana senseinya bukan sahaja mengajar kami bahasa Inggeris, lebih dari itu beliau mengajar kami untuk berfikir dan memaknakan hidup. Banyak yang dapat dipelajari.

Bercakap tentang salah dan kegagalan, sebagai manusia, kita tak terlepas dari berbuat silap. Kadangkala silap kecil itu, mengundang kesan besar dan kegagalan besar dalam hidup kita. Namun hakikatnya, jika kita membelek sejarah-sejarah insan hebat dan berjaya hari ini, mereka semua sebenarnya insan-insan yang tidak takur untuk gagal. Kenal Thomas Edison? Tau sejarah KFC?

Thomas Edison

Thomas Edison, berapa kalikah percubaan beliau dalam mencipta mentol?

100?

1000?

10000?

Ya, kali ke 10000 baru beliau berjaya. Sebab setiap kali gagal, tidak seperti kita yang mudah berputus asa, beliau sentiasa fikir, kalau ditakdirkan percubaan yang seterusnya berjaya, tak ke rugi setelah bersusah payah dari awal, sebab putus asa kali ni, menjadikan beliau gagal untuk selama-lamanya.

KFC

Pakcik tua ikon KFC tu, cuba teka berapa kali proposal ayam gorengnya ditolak?

Beliau buka kedai jual yam goring, tak laku dan bankrupt.

Setelah itu buat resepi ayam, dan jualkan di kedai-kedai makan lain. Tapi untuk membolehkan produknya dijual di kedai-kedai tu, beliau terpaksa membuat kertas kerja, pembentangan dan sebagainya untuk meyakinkan peniaga bahawa ayamnya sedap dan akan laku jika dijual.

Tapi hampir setiap kedai yang beliau pergi semua menolak. Malah ada yang  bersama penghinaan,

“Alah..ayam goreng camni je..boleh laku ke…”

Entah berapa kali, yang pasti mencecah ribuan kali, bererti ribuan kedai sudah beliau lewati, dah la bankrupt pada permulaannya, barulah ada kedai yang mahu menerima ayam gorengnya. Masanya pula hampir mencecah bertahun-tahun.

Tapi apabila ditanya, tak rasa membazir masa ke awak pergi kedai-kedai sebelum ni, tapi kene reject? Banyak tu..

“Tak la..sebab setiap kali kene reject, saya dapat improve pembentangan saya, kertas kerja saya, gaya penyampaian saya dan lain-lain…”

Sejak itu KFC yang dulunya menumpang di kedai orang lain, kini francaisnya berterabur di seluruh pelusuk dunia.

Sejarah Islam

Malah, kalau kita teliti kembali sejarah Islam, sejarah Rasulullah SAW menyampaikan agama ini, berbagai-bagai dugaan dan rintangan.

Entah berapa ribu, malah juta kali barangkali dakwah baginda di reject.

Tempohnya pula, dari Islam itu turun ke bumi, sehinggalah pembukaan Kota Mekah, 23 tahun lamanya.

Betapa sabarnya Rasulullah SAW menempuh kegagalan demi kegagalan demi melihat Islam ini berjaya tersebar ke suluruh umat manusia di atas muka bumi ini.

Berapa ratus tahun pula masa yang diperlukan untuk umat Islam menguasai 2/3 dunia?

Ya, kesabaran terhadap kegagalan itu sebenarnya asbab kejayaan.

Kesabaran ini juga yang kita perlukan, untuk bangkitkan Islam ini kembali.

Jadi, kenapa takut gagal?

“Gagal lagi… gagal lagi… asyik repeat je….. Masa dari dulu gagal je, kalau begitu… bile nak happy ending-nye?!”

Mungkin itu yang terlontar dari mulut kita ketika ditimpa kegagalan. Kadangkala, gagal itu kali ini sahaja, tapi dalam ingatan, sejak dari tadika lagi asyik gagal. Sedih dan kesal perasaan kita, macam la Allah tak pernah bagi nikmat berjaya. Yakinlah, hakikatnya Allah menciptakan kita bukan untuk menjadi makhluk-Nya yang terus-menerus gagal atau menderita. Allah ingin agar kita selalu belajar dari kehidupan ini. Allah ingin beri kita nikmat berjaya itu kepada kita sebenarnya kerana benada yang senang diperolehi, senang juga untuk dilupakan.

Apa yang utama, bagaimana untuk kita melihat setiap kegagalan yang mendatangi hidup kita. Mahu lihat dan terus positifkah atau sebaliknya? Seperti kisah pakcik tua KFC tu, hakikatnya kegagalan demi kegagalan akan membuat kita semakin baik andaikata kita bangkit lagi dan terus memperbaiki diri, sehingga pada akhirnya kita akan mendapatkan hasil yang terbaik. Hakikatnya kejayaan itu tidak akan datang bergolek.

Seperti kata pepatah yang sering ditulis dalam karangan UPSR, gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya. Gagal hari ni? Cuba lagi esok. Gagal lagi? Cubalah lagi. Jangan pernah jemu berusaha untuk bangkit dari kegagalan. Hakikatnya, kejayaan yang diiringi oleh jerih perih mendapatkannya adalah yang terindah dalam hidup ini. Biarlah kejayaan itu kecil je pun pada pandangan orang yang melihat, cukuplah sekadar untuk membungakan hati dan membahagiakan diri sendiri. Sebab yang bersusah payah itu kita, bukan mereka yang melihat atau menilai.

Ada orang jalannya nampak mudah. Usahanya nampak sikit, tapi hasilnya berganda. Kita yang seakan usaha berganda-ganda ini, kecil la pulak hasilnya. Ketahuilah besar atau kecilnya kejayaan itu subjektif sebenarnya. Ada yang berjaya memperoleh A dalam peperiksaan namun masih kecewa kerana tidak memperoleh A+. Tapi ada pula yang sangat gembira memperoleh C, kerana sekurang-kurangnya tidak perlu mengulang subjek yang sama. Hakikatnya kejayaan dan kebahagiaan tu bergantung kepada hati kita sendiri, sejauh mana kita bersyukur dan redha dengan segala yang dianugerahkan olehNya. Bukanlah mahu menafikan usaha menjadi yang terbaik, usahalah selagi mampu, cuma jangan diperkecilkan setiap yang dianugerahkanNya kepada kita.

Pengajarannya

Semua kegagalan itu akan membukakan pintu kejayaan yang lebih besar bagi kita, sesuai dengan definisi kita tentang kejayaan itu sendiri. Kegagalan atau kekalahan memang pada awalnya akan terasa menyakitkan, tetapi jika kita tangganinya dengan fikiran yang positif terbukti ia adalah jalan untuk kita menjadi lebih baik, kerana kita tidak ada pilihan lain selain untuk terus memperbaiki diri agar tidak gagal lagi.

Samalah seperti kita makan ubat, mungkin kita akan merasakan pahit, nak muntah dan sebagainya, tetapi dari semua kepahitan itu pada akhirnya badan kita menjadi sehat. Lain halnya ketika kita minum air gas bikarbonat atau jus buah yang sedap dan manisnya luar biasa, tapi ternyata akhirnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai penyakit. Kepahitan atau hal yang tidak senangi haruslah dihadapi dengan bijak. Agar kita dikurniakan sesuatu yang lebih berharga, berharga dari sekadar merasakan kesenangan yang tidak kekal. Jadi, berhentilah dari membenci atau takut terhadap kegagalan.

Hadapi dan bersabarlah dengan fitrah dan kegagalan sendiri.

Tanpa kekalahan dan atau kegagalan sebelum ni, belum tentu kita dapat mengenali kelebihan dan kekurangan diri kita. Sudah tentu kita tidak mampu untuk sematang ini dalam menangani ujian-ujian hidup. Inilah sebenarnya asset berharga yang akan membuat kita lebih berjaya di masa akan datang.

“terima kasih pada kegagalan!”.

Semoga kegagalan yang kita alami dapat kita jadikan tangga meraih kejayaan yang lebih besar dan penuh berkat.

Bangkitlah kawan, raihlah cita-citamu yang mulia…!!~ :)

Dihantar oleh : ANNAEM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s