Illuminati,KLCC,Islam dan Kita

Illuminati pada kasarnya bermaksud Pencerahan Baru dan penganutnya dinamakan Illuminatus. Sebelum dinamakan Illuminati, ianya bernama Perfectibilists yang diketuai oleh seorang Yahudi yang lahir dan membesar di Ingolstadt,namanya Adam Weishaupt,kira-kira 1748 hingga 1811. Kenapa Illuminati ini dianggap bertentangan dengan agama yang ada di atas muka bumi walaupun penganutnya yakin bahawa adanya Tuhan yang dipanggil Arkitek Agung adalah kerana mereka mempercayai bahawa segala ilmu Tuhan mampu dicapai dek otak. Segala misteri tuhan iaitu bentuk Tuhan,cara Tuhan makan,cara Tuhan mandi dan sebagainya, mampu diketahui melalui pemikiran akal manusia,ala-ala Muktazillah. Angels and Demon karya Dan Brown telah mengetengahkan seorang Illuminatus yang agung iaitu Galileo Galilei, saintis yang memberi perubahan besar dalam dunia sains.

Saya mulakan penulisan kali ini dengan memohon maaf kepada mana-mana pihak yang rasa pendapat saya tidak betul dan saya ingin ingatkan pembaca sekalian,apa yang akan anda baca selepas ini adalah pendapat peribadi saya setelah lakukan kajian demi kajian dan bertanya kepada yang lebih arif tentangnya. Saya lakukan kajian dan penulisan ini di atas permintaan daripada seorang pembaca yang meminta kami(Team Azzariyat) mengkaji tentang Illuminati dan Malaysia.

Saya merupakan seorang pembaca baru blog anda, saya melawat blog anda menerusi topik yang agak baru disiarkan iaitu berkenaan dengan Anugerah Juara Lagu yang berlangsung baru-baru ini. Dalam artikel AJL 24 dan Illuminati,satu perancangan?, dirumuskan beberapa persamaan yang terdapat dalam konsep AJL 24 dan Illuminati.Setelah selesai melakukan kajian ringkas “online” mengenai unsur-unsur Illuminati di dalam dunia hiburan, yang banyak bersumberkan daripada video-video “The Arrivals”, saya dikejutkan dengan pemerhatian yang saya dapati di dalam sebuah masjid berdekatan rumah saya.Di dalam masjid tersebut, saya terperasan sebuah piramid yang terletak di bahagian depan dewan solat. Lebih memeranjatkan, piramid tersebut juga mempunyai warna dan reka bentuk yang lebih ke arah reka bentuk piramid yang dibanggakan oleh Illuminati ini. Untuk melihat sendiri piramid yang saya katakan itu boleh lihat di link ini :- http://www.masjidalfalah.com/majlis-habib-umar-bin-hafiz/

Walaubagaimanapun, saya tidak sepenuhnya menganggap terdapat unsur Illuminati di dalam rekaan sebahagian kecil binaan di dalam masjid tersebut kerana ini semua boleh terjadi tanpa disengajakan.Diharap pihak Azzariyat.com dapat melakukan kajian yang lebih terperinci mengenai pemerhatian yang dibuat oleh saya. Sekian, terima kasih.Salam

Terima kasih di atas email saudara dan kami warga Azz.com sangat menghargainya.Mungkin apa yang penghantar email maksudkan adalah seperti gambar di bawah.

masjid dan illuminati

Apa-apapun,ikuti dahulu artikel ini kerana di hujungnya,saya selitkan pendapat saya mengenainya, moga-moga pendapat saya tentangnya memuaskan hati saudara.Kajian saya tentang Illuminati dan Freemasonry kali ini menemukan saya dengan banyak fakta yang mengejutkan dan fakta-fakta yang menerangkan kepada saya apa itu Illuminati dan Freemasonry yang sebenar. Mungkin ilmu saya tentangnya masih cetek tapi saya yakin dengan fakta-fakta dan pendapat daripada orang yang arif, saya mampu mengulas isu ini dengan baik,Insya Allah.

Apa Itu Illuminati

Illuminati merupakan satu pergerakan atau satu pegangan yang mana penganutnya mengakui bahawa adanya tuhan yang dipanggil The Great Architecture. Jika anda teliti symbol Illuminati yang terkenal iaitu Piramid Bermata Satu, Mata itu sebenarnya kepunyaan The Great Architecture. Mereka memanggilnya The Great Architecture kerana mereka percaya bahawa alam yang sempurna ini direka,diplan dan dibentuk oleh satu kuasa yang tersangat agung, bukan kepalang arkitek sahaja mampu membuatnya tapi arkitek yang jarang-jarang sahaja mampu menciptanya.

Illuminati pada kasarnya bermaksud Pencerahan Baru dan penganutnya dinamakan Illuminatus. Sebelum dinamakan Illuminati, ianya bernama Perfectibilists yang diketuai oleh seorang Yahudi yang lahir dan membesar di Ingolstadt,namanya Adam Weishaupt,kira-kira 1748 hingga 1811. Kenapa Illuminati ini dianggap bertentangan dengan agama yang ada di atas muka bumi walaupun penganutnya yakin bahawa adanya Tuhan yang dipanggil Arkitek Agung adalah kerana mereka mempercayai bahawa segala ilmu Tuhan mampu dicapai dek otak. Segala misteri tuhan iaitu bentuk Tuhan,cara Tuhan makan,cara Tuhan mandi dan sebagainya, mampu diketahui melalui pemikiran akal manusia,ala-ala Muktazillah. Angels and Demon karya Dan Brown telah mengetengahkan seorang Illuminatus yang agung iaitu Galileo Galilei, saintis yang memberi perubahan besar dalam dunia sains.

Galileo Galilei telah dihukum penjara di rumah sendiri sampai mati di bawah satu akta yang dibuat oleh paderi-paderi kerana teorinya yang menyimpang daripada kefahaman paderi-paderi di gereja. Menurut Galileo Galilei, alam semesta ini berpusat di Matahari dan bukannya di bumi namun pihak gereja mendakwa bahawa Galileo Galilei sengaja menempatkan pusat kehidupan di planet lain. Semenjak peristiwa itulah, Illuminatus diburu oleh paderi-paderi, bimbang fahaman mereka merebak di kalangan masyarakat dan fahaman itu mampu menggugat status gereja. Illuminatus akan dicap salib sebelum mati, kemudian dibunuh dengan kejam. Disebabkan akta yang menahan Illuminatus daripada bergerak bebas, Illuminatus telah bergerak secara rahsia dengan aktifnya sehingga ada di antara paderi sendiri berfahaman Illuminati.

Sejak kebelakangan ini, gerakan Illuminati menjadi sangat popular disebabkan peristiwa-peristiwa yang pada hakikatnya berlaku selari dengan apa yang dinyatakan oleh Illuminatus,contohnya Anugerah Juara Lagu ke-29. Kemudian kajian demi kajian dilakukan oleh orang kebiasaan sehingga seni bina KLCC pula dikaitkan dengan Illuminati dan apa yang menarik,semuanya adalah satu konspirasi.

Apakah itu Konspirasi?

Di dalam kelas, saya duduk di bahagian yang paling belakang,tepat di bawah hawa penghawa dingin, memang sejuk tapi itulah motif saya. Di dalam kelas saya, ada 4 buah penghawa dingin dan ditakdirkan Ilahi, ketiga-tiga penghawa dingin yang lain rosak tanpa pengetahuan saya. Dalam kelas ada seorang gadis yang selalu lepak di tempat saya. Saya terfikir adakah gadis ini ada hati kepada saya atau tidak, jadi saya mula perhatikan tingkah laku gadis tersebut. Suatu hari selepas saya bangun dari tidur,saya dapati ada satu panggilan talefon menerusi Yahoo Mesengger tidak diangkat dan itu adalah panggilan daripada gadis tersebut. Saya mula yakin bahawa gadis itu memang meminati saya. Di dalam kelas, saya cuba mengintai gadis itu dengan sipi-sipi mata dan ternyata gadis itu juga sedang melihat saya sambil tersenyum. Tanpa berfikir panjang,saya yakin bahawa gadis itu meminati saya dan saya pun berterus terang kepada gadis itu bahawa saya sudah berpunya.

Dia tergelak besar mendengar apa yang saya kata. “Aku ke belakang bukan sebab nak lepak dengan kau tapi sebab aircon sini rosak,tempat kau je ada kipas dan aircon. Aku YM kau hari tu bukan sebab nak borak dengan kau tapi nak minta report Fluid Mechanics dari kau dan aku tengok kau bukanlah sebab aku nak tengok kau tapi aku senyum kat Aminah yang ketika itu ada di belakang kau, kalau kau tak percaya boleh tanya dia.”

Ya,inilah teori konspirasi. Kait-mengait sesuatu yang berpotensi untuk dikaitkan dan buat kesimpulan sendiri tapi malangnya kesimpulan yang dibuat tidak pasti betul atau tidak. Memang teori konspirasi ini sangat menarik, teori inilah yang digunakan oleh detektif-detektif untuk mencari pembunuh atau pencuri.

Illuminati dan KLCC

Saya sudah mengulas tentang AJL dan Illuminati dalam post yang terdahulu, anda boleh bacanya di sini. Hari ini saya ingin kongsikan satu pendedahan oleh JejakPeninggalanRasul iaitu Illuminati dan KLCC. Saya ialah seorang pelajar kejuruteraan mekanikal dan mempunyai asas dalam Fluid Mechanics, Thermodynamic, Materials dan asas fizik. Saya sangat meminati seni bina sesebuah bangunan dan sehingga kini semangat dan azam untuk ke Mesir untuk menyaksikan sendiri reka bentuk pyramid masih membuak-buak di dalam dada.

Perhatikan gambar di bawah, gambar di bawah dikenali sebagai Master Carpet. Perhatikan senibina KLCC dengan dua batang tiang yang berdiri mengusung dua buah planet, sama bukan? Kemudian, perhatikan pula jambatan tergantung antara 2 buah bangunan KLCC itu, bukankah itu sama dengan jangka lukis Illuminati?

[credit:jejakitinggalanrasul]

Dalam dunia kejuruteraan, teori dan praktikal adalah sesuatu yang agak berlainan. Biasanya pengiraan yang dibuat tidak boleh digunakan secara total disebabkan unsur-unsur luar yang ada seperti angin,air dan haba. Jika kita berbicara tentang tekanan, kita malarkan(tetapkan) berat atau daya dan kita manipulasikan(ubah) luas permukaan, kita akan dapati bahawa luas permukaan yang besar memberi tekanan yang rendah dan luas permukaan yang kecil memberi tekanan yang tinggi. Tapi apa yang dipraktikkan di KLCC bukan sekadar persoalan tekanan tapi rintangan angin,aliran air hujan yang lebat, keseimbangan dua bangunan, kebolehan menyerap getaran,kecantikan seni bina dan kos pembinaan KLCC itu sendiri.

Berdasarkan factor-faktor di atas, saya menolak hujah yang mengatakan KLCC mempunyai unsur Illuminati, mungkin apa yang dikatakan itu betul tapi semua itu adalah satu kebetulan. Tambahan pula,untuk makluman anda semua, KLCC mempunyai satu sistem keselamatan yang sangat unik, jika angin terlampau kuat, kedua-dua bangunan itu akan condong sedikit untuk mengurangkan daya yang dikenakan angin kepadanya. Pelik dan tidak logik? Inilah dunia Kejuruteraan.

Jadi,untuk memastikan jambatan di tengah-tengah itu tidak patah ketika bangunan itu condong, satu bentuk yang istimewa perlu direka dan bentuk itu adalah seperti sekarang. Saya tidak berani mengulas lebih panjang kerana saya tidak terlibat dalam pembinaan KLCC tapi setakat pembacaan saya dan pengetahuan saya mengenainya, saya yakin KLCC tiada kaitan dengan Illuminati.

Illuminati dan Kita

Perhatikan gambar di bawah dan anda mungkin akan terkejut, saya tidak berniat untuk mencipta satu konspirasi baru untuk meraih pelawat di blog ini tapi ini hanyalah perkongsian akal dan buah fikiran saya, moga-moga ini dapat membantu kita sebagai umat Islam untuk meraih semula kegemilangan yang telah Islam kecapi suatu ketika dahulu. Dalam kotak merah yang dibuat itu adalah satu bentuk yang seakan-akan sebuah kotak dan cuba anda perhatikan gambar Ka’bah pula, bukankah sama? Sekarang, apa yang perlu kita buat, Ka’bah pun ada unsur Illuminati.

ka'bah dan illuminati

Saya tidak berniat untuk menghina pengkaji Illuminati bahkan saya menyokong kerana dengan cara itu kita dapat tahu tektik musuh Islam ingin jatuhkan Islam tapi kalau semua benda cuba dikaitkan dengan Illuminati, apa yang bukan dengan Illuminati? Jersey pemain bola sepak Kelantan yang bercorak empat segi merah putih juga Illuminati? Apa yang bercorak hitam putih, Illuminati. Apa yang bersegitiga, itu Illuminati. Apa yang bertanduk, itu Illuminati. Semuanya Illuminati.

Saya tahu bukti yang saya kemukakan hanya satu tapi apa yang saya cuba ketengahkan ialah kita sibuk mengkaji dan menuduh itu Illuminati, ini Illuminati sehingga kita lupa bahawa itulah motif utama mereka, mengalih tumpuan kita daripada fokus kepada akhirat. Kita sibuk dengan isu Illuminati dengan AJL sehingga kita terlepas pandang isu aurat dalam AJL itu sendiri. Kita sibuk dengan isu kalimah Allah sehingga kita lupa untuk menyeru umat Islam yang lain supaya kembali kepada Allah. Kita sibuk dengan blog-blog yang hina Islam sehingga kita lupa untuk menunaikan dakwah kita. Akhirnya, mereka berjaya mengaburi mata kita dan kita tewas dalam perjuangan ini.

Jadi,saya menyeru kepada diri saya dan juga pembaca supaya kita tidak tertipu dengan helah-helah yang dicipta oleh mereka. Mereka tahu jika kita kembali kepada Allah, kita kembali penuhi Masjid, kita kembali merujuk Al-Quran, mereka akan kalah. Jadi mereka bertungkus lumus mencipta dan memanipulasi minda kita supaya kita lupa akan perkara-perkara asas agama. Maka dengan itu, marilah sama-sama kita kembali kepada jalan yang asal kerana hanya dengan cara itulah Islam akan menjadi Ustaziyatul Alam.

Advertisements

11 thoughts on “Illuminati,KLCC,Islam dan Kita

  1. saya sangat bersetuju dengan :

    Kita sibuk dengan isu Illuminati dengan AJL sehingga kita terlepas pandang isu aurat dalam AJL itu sendiri. Kita sibuk dengan isu kalimah Allah sehingga kita lupa untuk menyeru umat Islam yang lain supaya kembali kepada Allah. Kita sibuk dengan blog-blog yang hina Islam sehingga kita lupa untuk menunaikan dakwah kita. Akhirnya, mereka berjaya mengaburi mata kita dan kita tewas dalam perjuangan ini.

  2. satu pandangan yg bagus…
    bijak berfikir dari sudut lain…
    sekarang saya faham….
    jgn sibuk dgn freemason sampai
    terlepas pandang akan sesuatu
    yg terang2 haram disisi islam..
    semoga Allah merahmati kamu…
    amin..ya rabbal alamin…..

  3. saya menganggap tinadakan tuan menyamakan
    kaabah dgn illuminati sbg satu penyamaan yg sgt jahil.
    tq

  4. Yang mengkaji, teruskan lah kajianmu itu. Ilmu tu kan luas, bahkan kalau air 7 lautan dibuat dakwat dan ditambah lagi 7 lautan pun takkan habis nak tulis ilmu Allah ni.

    Cuma, pesanan saya. Jangan sampai jadi fanatik, taksub dan obses dengan apa yang kita minat dan apa yg kita kaji. Kadang2 ada yang terlalu pantas untuk menuding jari kepada Illuminati, seolah-olah Illuminati yang merancang segalanya.

    Bukanlah nak membela, tapi harap rakan2 sekalian terutamanya yang mana cepat sangat nak tuding jari kpd orang lain tu gunakan lah rasional dan akal fikiran yang Allah kurniakan pada kita.

    Wallahualam bissawab.

  5. Assalamu’alaikum,

    Dalam apa-apa perkara pun … perlu kita kembali kepada asasnya sebagai seorang Muslim iaitu Al Quran dan Sunnah … kembali kepada pertunjuk dan hidayah ALLAH SWT … kita tidak mampu melihat apa yang benar apa yang salah hanya dengan mengguna akal tanpa pertunjuk dan hidayah ALLAH SWT … jesteru kita perlu memohon dariNYA agar sentiasa diatas kebenaranNYA dan berlindung padaNYA dari kesesatan yang nyata maupun tersembunyi … sesungguhnya DIA sajalah yang mengetahui yang mana benar yang mana salah, yang ghaib maupun yang nyata … dan kepadaNYA jua kita akan kembali … Wallahua’lam.

  6. saya setuju sebab pandangan y saudara perolehi dari kajian n daya pemikir saudara dalam blog ni sama dgn pandangan saya walaupun saya masih baru dalam isu iluminati ini.
    jadi saya berharap saudara dpt berkongsi informasi dengan lebih banyak. terdapat banyak persoalan saya ada y saya cuba fahami..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s