Masjid 24/7

Saja saya ubah balik artikel lama tentang Masjid 24 jam yang saya tulis pada tahun lepas. Saya kira,saranan Masjid 24 jam ini amat sesuai dengan waktu sekarang memandangkan tak sampai 10 hari pun lagi,bulan yang penuh rahmat akan tiba.Bila tiba bulan Ramadhan,hati ini seringkali syahdu. Mudah sahaja untuk berubah ke arah kebaikan. Bila dengar azan,cepat-cepat kita ke surau. Bila ada waktu lapang,cepat-cepat kita ambil Quran dan baca. Seoalah-olah amalan itu merupakan amalam harian kita walhal amalan itu amalan tahunan kita iaitu pada bulan Ramadhan. Mungkin,faktor syaitan digari dan lapar melemahkan nafsu memudahkan kita untuk berubah ke arah kebaikan,wallahua’lam.

“1 kilo daripada tempat saya tinggal,TTDI,terdapat sebuah shoping complex yang terbesar di Malaysia,One Utama,OU.Saya lihat orang asyik berpusu- pusu ke sana tanpa henti,24 jam.Pukul 3 pagi di sana sama seperti 3 petang,tidak terlihat lansung kelesuan di muka-muka yang datang.Inilah budaya yang saya tidak tahu muncul dari mana,inilah HIDUNISME.Budaya hiburan tanpa henti,”cerita Dr. Hassan Ali dalam satu ceramahnya pada tahun lepas.

Itu yang berlaku di Malaysia,sebuah negara yang diwar-warkan sebagai sebuah negara Islam. Untuk pengetahuan anda,kebanyakan kedai dan pusat membeli belah di Jepun tutup pada pukul 10 malam dan bandar-bandarnya menjadi sunyi selepas pukul 10 malam.Jika anda bising di rumah anda pada pukul 10 dan ke atas,kebarangkalian untuk polis datang memarahi anda ialah 90%.Itulah hakikatnya. Walaupun terkenal dengan negar yang tidak bertuhan,pada sudut-sudut yang tertentu,Jepun lebih bertuhan dari kita.


Saya ingin berkongsi apa yang dibicarakan oleh Abu Saif dalam talk nya di Radio IKIM,apa yang kita mahu tawar kepada orang Jepun untuk dia masuk Islam? Islam mengajar kita menepati masa? Orang Jepun lebih menepati masa. Budaya kerja? Orang Jepun lebih bersungguh dari berkerja. Jenayah? Jenayah di Jepun lagi sikit dari Malaysia. Jadi apa yang boleh kita tawar kepada mereka?Jawapannya,tiada.

Budaya Hidunisme yang dibicara oleh Dr.Hassan Ali akan terus menular dalam kalangan masyarakat kita fokusnya masyarakat Islam Melayu.Kalau dilihat daripada sejarah Melayu itu sendiri, kita dapat tahu bahawa orang Melayu memang gemar akan hiburan,sebelum British menjajah Melaka pun sudah timbul banyak perayaan-perayaan, permainan tradisional dan tarian-tarian kebudayaan.Jadi, hiburan telah sebati dalam jiwa orang Melayu.Siapalah Melayu tanpa hiburan.Lantas,saya merasakan membendung budaya Hidunisme dengan memprotesnya bukanlah cara yang tepat buat masa sekarang.

Perhatikan dakwah Rasulullah pada awal-awal islam,penekanan terhadap akidah diutamakan.Pengharaman arak?Saidina Ali masih meneguk arak ketika dia Islam.Pengharaman zina?Ada sahabat dibenarkan berzina walaupun selepas dia peluk Islam. Apa yang dibawa oleh Rasulullah?Syurga dan Neraka,itulah topik perbualan harian Rasulullah dan para sahabat.Semuanya semata-mata untuk menanamkan ‘kepercayaan’ dan ‘keyakinan’ ke dalam hati para sahabat.Analoginya mudah, jika kita diberi sebatang pokok yang telah besar dan berbunga dan disuruh untuk menanam pokok itu balik supaya bunga-bunga dapat terus berkembang dan berbuah, bahagian mana yang paling penting untuk dijaga?

Ya, tepat jawapan anda iaitu akarnya.Jika akar baik, bunga layupun masih tetap boleh berkembang mekar.Kalau kita asyik sibuk menjaga bunganya tanpa menghiraukan akarnya,apa yang akan jadi?Wah,sekali lagi jawapan anda tepat.Pasti pokok itu akan mati.Setelah tunjang iman dalam hati para sahabat kukuh, barulah perintah pengharaman arak turun.Perhatikan dengan terperinci tentang proses pengharaman arak. Allah tidak menurunkan ayat yang terus mengharamkan arak tetapi ayat-ayat menegur para sahabat dengan mengatakan bahawa arak tidak baik untuk diminum. Setelah sahabat-sahabat yakin barulah Allah menurunkan ayat pengharaman arak.

Jadi saya merasakan sudah tiba masanya untuk kita sama-sama menghidupkan kembali satu institusi yang pernah Nabi dan para sahabat wujudkan 1431 tahun dahulu iaitu Masjid 24 jam.

“Kalau macam tu,sahabat nabi tinggal dunia la?”

Tidak,sahabat-sahabat Nabi tidak pernah meninggalkan dunia.Dunia dalah jambatan ke akhirat dan dunia adalah tempat semaian,akhirat tempat menuai hasil.Para sahabat ada formula mereka sendiri. Jika si A ingin mencari rezeki,dia akan memanggil si B pulang ke masjid dan bila si B pula ingin mencari rezeki,si A pula akan beriktikaf di dalam masjid.Inilah formulanya.Jadi,masjid Nabi sentiasa hidup dengan ibadah walaupun hanya beriktikaf.Ramai orang kata, kalau ingin lihat bagaimana institusi kejiranan dalam satu kawasan perumahan,lihatlah institusi masjidnya.Semakin imarah masjidnya,semakin baik institusi kejiranan.Dan formula ini terbukti tepat,perhatikan sekeliling anda.

“Habis tu,buat amar makruf sahaja?Takyah buat nahi mungkar? Ya lah,asyik ajak orang ke Masjid,tak turun padang cegah mungkar?”

Tidak,saya tidak bermaksud sedemikian.Masjid wajib dihidupkan,maksiat wajib ditegah.Jika kita meninggalkan salah satu daripadanya maka cacatlah peribadi muslim.Sibuk mengajak orang ke surau,mengajar orang membaca al-quran tetapi roomate sendiri dibiarkan bermain game sehingga terpaksa mengqada’ solat,ini tidak betul.Sibuk memarahi orang sekelilingnya yang melakukan maksiat tapi dia sendiri tidak pernah bertaubat,ini juga tidak betul. Jika kita meninggalkan salah satu daripada 2 ini,maka tidak layaklah kita untuk digelar sebagai muslim.

Jom penuhi surau-surau berdekatan dengan kita,kita khatamkan quran di sana. Memang,atas bas,dalam train atau di dalam kelas pun mampu untuk habiskan 1 quran tapi lebih indah kalau kita khatamkannya dalam rumah Allah. Sambil-sambil memborong pahala membaca al-quran,sambil-sambil memborong pahala iktikaf. Tentang pahala,usah berbalah besar mana pahala yang Allah ingin ganjarkan sebab pahala dan dosa itu rahsia Allah, biarkan Dia sahaja menentukannya. Lagipun,bukankah biadap seorang hamba menyoal tuannya tentang ganjaran bagi sesuatu yang belum dibuatnya?

Jom,sempena Ramadhan ini,marilah sama-sama kita imarahkan masjid atau surau di tempat kita walaupun dengan sekadar beriktikaf di dalam Masjid.Memang tidur di atas tilam empuk lagi selesa dari tidur di atas lantai masjid,tapi itulah yang Rasulullah dan para sahabat rasai suatu ketika dahulu. Bukankah ada idiom mengatakan, “Before you criticize someone, you should walk a mile in their shoes.” Untuk merasai penderitaan,susah-payah dan ‘keenakan’ yang dirasai oleh Rasulullah,kenapa tidak kita cuba rasai apa yang baginda rasa?

Kalau 7 Eleven yang baru buka tak sampai 500 tahun pun sudah mampu beroperasi 24jam,kenapa tidak masjid yang dulunya telah pun beroperasi 24 jam? Adakah kita terlupa atau sengaja melupakan? Tepuk dada tanya iman, kalau sudah tanya iman,usah tunggu dan tangguh,terus bergerak,biar masjid beroperasi 24jam.Ayuh kader-kader Islam,kita mulakan Ramadhan ini dengan membuka masjid 24 jam!

http://www.youtube.com/v/TQ9_zEGxyWg&hl=en_US&fs=1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s